Rabu, 6 Jun 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Homestay <b>di Lenggong</b> Perak | Rumah Sewa

Posted: 14 Apr 2012 11:37 AM PDT

Publish date: April 14, 2012 6:40 pm
Contact Name: Pn. Yati
Region: Perak
Location: Lenggong (Hulu Perak)
Phone: 013 4699626
Tags:

Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak Homestay di Lenggong Perak

fully furnished 3 bedroom max 8 – 10 persons homestay in Lenggong Perak @RM200 perday only

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

AR RISALAH الــرســالـة: PAS Perak bongkar tanah <b>di Lenggong</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 11:48 PM PDT


IPOH: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.

Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.

Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'.

"Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

"Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian," ujarnya.

Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.

"Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?" tanya beliau

Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.

"Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air," jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


NUBE Ipoh sana sini: JomNUBEIpohGempur kini <b>di</b> Tapah dan <b>...</b>

Posted: 18 May 2012 10:12 AM PDT


Rizal Yob Ipoh

UNTUK AHLI NUBE SAHAJA

Pasukan Tempur NUBE Ipoh

Rabu, 16 Mei 2012 – Program NUBE Gempur kini telah menggempur saki baki pengkhianat NUBE di Maybank Tapah dan Bidor. Kami sepertimana diarah untuk berkempen keatas ahli Maynue telah disambut dengan baik oleh rakan – rakan dari NUBE yang setia manakala ahli yang mendaftar sebagai Maynue seperti "tikus takutkan kucing" melarikan diri apabila menghidu kehadiran kami.

Walau bagaimanapun setelah dipujuk dengan baik oleh ahli NUBE disini kesemua 4 orang yang menyertai MAYNUE di Tapah kembali ke NUBE dengan memberikan borang masuk semula ke NUBE. Namun begitu masih ada saki baki yang masih belum kembali ke pangkuan NUBE dan memerlukan masa untuk dipujuk mengikut kata ahli – ahli yang ditemubual seperti dalam clip video.

Ahli – ahli yang ditemuramah media NUBE yakin dan akan mempastikan mereka yang belum kembali dari MAYNUE akan kembali ke NUBE tidak lama lagi. Kata – kata itu memberikan perangsang dan dorongan kuat untuk terus menggempur kawasan lain selepas ini.

Lawatan hormat kami ini juga tidak tertumpu kepada masalah di Maybank semata mata, kami juga telah melawat bank CIMB di Tapah yang terharu dengan kedatangan kami dari Ipoh. Satu perkara yang dikongsikan disini adalah sambutan daripada penolong pengurus CIMB Tapah yang masih tidak menghentikan yuran keahlian RM11.00 walaupun telah naik pangkat hampir 10 tahun. Ia memberikan pandanganya berhubung isu In house Union di Maybank yang mengtakrifkan sebagai cubaan ANTI KESATUAN.

Sesudah sahaja kami melawat dan bertemu dengan rakan – rakan NUBE kami telah meghadirkan diri ke Mesyuarat Khas NUBE Maybank Bidor berkaitan isu dalaman cawangan terbabit. Kami yang hadir amat terkejut dengan pertelagahan antara ahli dengan ahli mengenai isu "Leads Generator". Isu yang dibincangkan ini mendapat perhatian kami yang hadir dan kami telah memberikan pendapat masing – masing supaya perkara yang menjadi barah untuk ahli ini dipulihkan dengan cepat dengan mengesyorkan supaya IRC di Maybank Bidor dapat bertemu denga pihak pengurusan secepat mungkin. Hasilnya mereka akan berjumpa pengurusnya pada Jumaat 18.05.2012.

This slideshow requires JavaScript.

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Sepetang <b>Di Kuala Kurau</b> dan Tanjung Piandang Panduan Guru <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 12:54 AM PDT

dsc0000105.jpgdsc0000104.jpgdsc0000104.jpgdsc0000112.jpgdsc0000107.jpgdsc0000102.jpgdsc0000108.jpg

1 Pada hari Isnin yang lalu kira-kira jam 5.00 petang Datuk Razak (Capt) dan Din Bakau seorang lagi sahabat saya telah menjemput saya di rumah untuk ke Kuala Kurau, tempat kelahiran saya. Ini bermakna sudah dua kali Datuk Razak membawa saya ke pekan Nelayan yang dikuasai oleh pembangkang itu.

2 Kalau dahulu saya dibawa untuk melihat sendiri bagaimana Datuk menyelesaikan masalah bot nelayan yang ditahan oleh APMM, kali ini saya tidak pasti apa tujuan mereka ke sana. Saya pun tidak bertanya apa tujuan mereka membawa saya ke sana sebab bagi saya, saya mengambil keputusan untuk ikut sahaja ke mana destinasi mereka.

3 Sebaik-baik sahaja sampai di Simpang Ampat, Semanggol yang menempatkan pekan pada setiap hari Rabu yang popular dengan panggilan Pekan Rabu oleh penduduk di sini, kereta yang kami naiki membelok ke sebelah kiri memasuki jalan Gula untuk ke Kuala Gula sebelum melalui jambatan yang menghubunkgan antara Kuala Gula dengan Kuala Kurau.

4 Sampai sahaja di pekan nelayan Kuala Kurau yang dikuasai oleh pembangkang, Datuk memberitahu saya bahawa dia nak belanja saya dan Encik Din makan kari ikan semilang. Selepas solat 'Asar di masjid Kuala Kurau, kami terus ke Warung Ikan Semilang yang terkenal itu. Tetapi warung belum dibuka. Melalui percakapan menggunakan hanfon antara Datuk dengan pemilik warung, kami tahu bahawa ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum warung dibuka.

5 Sementara menunggu warung dibuka, saya dan Encik Din mengambil kesempatan untuk berbual dengan beberapa orang yang lebih tua daripada saya yang semuanya berketayap. Mereka sedang rancak berbual ketika saya mendatangi meja mereka. Saya memperkenalkan diri sebagai cikgu Bashid anak kepada Tok Imam Harun Nafiah yang pernah berbendang di Parit Haji Manan atau lebih dikenali sebagai Tebuk Jawa.

6 Al-Hamdulillah salah seorang daripada yang berbual dengan saya yang kelihatannya lebih tua daripada yang lainnya telah memperkenalkan dirinya sebagai Haji Kasbi mengenali arwah ayah saya. Dia memberitahu yang lain bahawa ayah saya adalah seorang ahli lagu.Maksud beliau ialah ayah saya mahir dalam seni bacaan al-Quran (tarannum) dan tajiwid.

7 Memandangkan ada yang mengenali saya di situ, perbualan semakin rancak sehinggalah perbualan bertukar tajuk daripada separa agama kepada seluruhnya politik apabila Encik Din Bakau dengan gaya biasanya membuka bab politik.

8 Dalam masa menunggu itu rupa-rupanya Datuk Razak yang masih berada di dalam kereta telah menelefon Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar dan Naib Ketuanya serta beberapa AJK bahagian tersebut untuk memaklumkan akan kehadirannya di Pekan Kuala Kurau, khususnya di warung ikan semilang.

9 Lebih kurang setengah jam menunggu warung pun dibuka, dan setengah jam selepas itu datanglah En Mohd Salleh Bin Mat Disa, Ketua UMNO bahagian Parit Buntar yang lebih dikenali dengan panggilan cikgu Uchop yang disebut-sebut sebagai bakal calon Parlimen Parit Buntar atau Kuala Kurau. Dan kira-kira 15 minit selepas itu datang pula Encik Abu Bakar, Naib Ketuanya yang turut disebut-sebut sebagai calon bagi DUN Titi Serong.

10 Rupa-rupanya pertemuan pada lewat petang itu bukan sekadar acara makan ikan semilang dan minum tetapi pertemuan keluarga dan sahabat antara JK Teringgi UMNO Bahagian Parit Buntar dengan Datuk Razak. Daripada pertemuan dan perbincangan yang saya dapat saksikan dapatlah dirumuskan bahawa mereka sangat mengenali Datuk Razak, sangat menghormatinya malahan menerima arahan-arahan dan nasihat daripada beliau.

11 " Sangat terkenal dan berpengaruh," bisik hati saya. Perbelanjaan makan dan minum petang itu dibiayai oleh cikgu Uchop. Terima kasih cikgu Uchop yang sangat dihormati di kawasan Parti Buntar, khususnya di kawasan Kuala Kurau.

12 Selepas solat Maghrib berjemaah di masjid daerah, kami bergerak ke rumah Ayahanda Shariff Lobo di jalan atas Tanjung Piandang. Sampai di sana rupa-rupanya ramai yang menunggu kami di sana termasuk Cikgu Uchop.

13 Di situ beberapa strategi dan taktik diatur bagaimana hendak menawan kembali kawasan Kuala Kurau, khususnya kawasan nelayan yang ada kira-kira 3 000 orang. Perbincangan berlangsung selama 2 jam sebelum kami dijamu dengan satay, ketupat dan kopi o kau.

14 Terima kasih kepada Ayahanda Shariff Lobo yang melayan kami dengan sempurna sekali. Dan bagi saya sendiri tentulah saya berterima kasih dengan Datuk Razak yang bersetuju mengambil saya sebagai sahabatnya.Jika tidak saya tak kan merasai semua nikmat perjuangan ini. Dan yang lebih penting sampai menikmati tidur sambil berdiri. He he.

Catatan Abd Bashid Harun

Selasa, 5 Jun 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Game <b>di</b> RTC <b>Gopeng</b> Perak! - Laman Serama Parit Buntar

Posted: 05 Jun 2012 07:28 PM PDT


Assalammualaikum dan salam sejahtera...........
Maaf diatas kelewatan SPB mengupload foto untuk game di Gopeng Perak yang telah berlangsung pada 2hb Jun yang lalu... kelewatan ini kerana disebabkan SPB dan jugak anak-anak dirumah dalam keadaan tidak sihat demam panas jadinya memang terlantar tak bleh nak pikir pasal nak update blog... nak buka PC pun tak lalu...! Ada juga yang msg pada SPB kenape tak postting lagi game hari tu.... Teman Tak sihat yop...!!! mintak maaf bebanyak lerr yerr!!!
Ha... ni dah kebah sikit boleh lerr teman upload gambar game RTC minggu lalu... diharap dapat mencuci mata lerr yerr!!


Pintu gerbang menyambut para tetamu di hari pameran dan pertandingan Ayam serama...

Selain Pamiran dan pertandingan Jualan Ayam serama juga turut duisediakan kepada pengunjung pada hari tersebut...

 Bukan sekadar Ayam Serama... Pamiran Arnab dan Jualan turut diadakan
Pamiran Kucing dan Jualan pun ada....!!!

Persaingan Hebat Antara 3 Kategori.....  BOTB
Johan Muda Dan Johan Remaja


Sebahagian dari Gambar Pemenang..... Serama Mie pun ada. (blogger)
Antara Orang Lama Dan Baru..... !!! Terbaik

Ajun SBD dan Cikgu Lah Vistana

                           Hahaha..... SPB interframe No.3 ABS          Geng Ipoh Pun Ada !!!

Okeylah.... sampai disini dulu buat kali ini, mungkin kalau ada masa SPB upload lagi... oh ya! penyertaan pada hari pertandingan tersebut adalah kurang memberangsangkan.. ini mungkin kerana kurang promosi dan hebahan... apa-apa pun selepas ini pihak penganjur kenalah lebihkan promosi.. sayang sekali dengan hadiah yang diberikan pada BON RTC kali ni boleh dikategorikan sebagai Game besar.... ! ape-ape pun majulah Hobi Ayam serama pada masa hadapan.... SPB memohon maaf jika ada tersalah bahasa dalam menyusun kata... semoga bertemu lagi di BON yang terdekat akan datangi.... !
Jumpa lagi.. bye...bye!!!

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


LATIHAN EBOOK DAN KELAS MAYA <b>...</b> - PKG <b>Langkap</b>, Setiu

Posted: 22 May 2012 09:41 PM PDT

Latihan eBOOK dan Kelas Maya bagi sekolah menengah telah dilaksanakan pada 22-23 Mei 2012 bertempat di BTPN Terengganu. Pengisian latihan adalah menjurus kepada pengintegrasian eBOOK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan di sekolah menengah. Pendedahan diberi kepada penggunaan mythware dan media baru. Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan penggunaan eBOOK di sekolah menengah. Peserta bolehlah mengikuti perkembangan kami melalui [facebook.com/ebooksm]

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


shahrul anuar shaari: Rehat <b>di Pangkor</b>

Posted: 04 Jun 2012 11:45 PM PDT

maaf sebab sudah agak lama aku tidak menjengah ke blog aku ni,..banyak sangat perkara yang perlu dibuat..gambar diatas ni semasa trip ke Pulau Pangkor, bercuti bersama keluarga..dan sebenarnya memang kampung asal wife di pangkor pun jadi kira balik kampung le ni.

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Saya geram dengan kerani <b>Behrang</b> 2020 Sdn Bhd.

Posted: 10 May 2012 05:36 PM PDT


Sebab, dia suka lepas tangan. Aduan pembeli selalu diletak tepi. Selalu menipu, cakap belit-belit. Nama dia saya tak tahu. tapi saya panggil dia AS. memang macam Amerika Syarikat.

Tak pandai ambil hati customer, memang amat menjengkelkan. Dia telah buat saya pandang Behrang 2020 sebagai pemaju penipu.. putar belit. As ni suka salahkan orang lain. Salah mulut dia yang janji itu ini masa saya nak beli rumah dengan dia dulu, pastu dia salahkan lawyer pulak. Adakala dia salahkan majikan dia jugak. Yang jadi mangsa saper?? haa...saya lah.

Jadi, kalau anda nak beli rumah di Behrang 2020, hati-hati dengan kerani perempuan nih.

Apa-apa pun, saya gembira kerana akhirnya dapat saya berurusan dengan kerani lain yang nama dia Jumiati, yang jauh lebih bijak dari pada si As ni. Jumiati telah buat saya faham situasi yang berlaku. Cakap direct je.

Saya juga geram dengan kerani lawyer A.M Ong, yang saya panggil Kak Adibah. Dia nih, selalu taknak dengar cakap saya. Saya baru cakap sikit, dia dah panjang lebar dah cakap part dia. Akhirnya, nasib baik ada Miss Fok (kerani lawyer juga) yang telah menyelamatkan emosi saya, dan membuat saya faham semua situasi sebenar. Yang paling menjengkelkan, lawyernya sendiri, Cik Ong tuh, langsung tak pernah nampak batang hidung. menyampah kan?

Kesimpulan:

Nak beli rumah di Behrang 2020??? Fikir masak-masak. Selamat membeli.

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Rumah untuk disewa <b>di teluk Intan</b> – 1843th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 07:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rumah untuk disewa di teluk Intan – 1843th Edition. Listed: May 23, 2012 2:41 am; Expires: 107 days, 13 hours. Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa: 3 BILIK TIDUR, 2 BILIK AIR..BERDEKATAN PUSAT BANDAR DAN HOSPITAL ...

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


House PK: BANJIR TERBURUK <b>DI KAMPAR</b> MENDAPAT <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT

"Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik," demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung.

Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55.

Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar.

"Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung.

Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Read more...

BANJIR <b>DI KAMPAR</b> 12 APRIL 2012 — ABGTEROR HOTLINE NEWS

Posted: 12 Apr 2012 05:49 AM PDT

Order food delivered to your home from over 100 restaurants in Klang Valley! Klik HERE!
Post image for BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012

BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012 |  Seramai 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di Kampar dipindahkan sejak pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam lebih tiga meter berikutan hujan lebat sejak petang Rabu hingga awal pagi Khamis.

Seramai 767 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar sementara 378 lagi di tempatkan di Dewan Pulau Bergading dekat Malim Nawar.

Hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan banjir melanda di beberapa kawasan di negeri itu. Kira-kira 300 keluarga di sekitar Ijok di daerah Larut Matang turut terjejas dan dipindahkan akibat banjir.

Beberapa kawasan di Kampar hari ini mendapati terdapat puluhan kereta yang rosak tersadai di bahu jalan dan sehingga petang ini terdapat kawasan yang masih ditenggelami air.

Ban di tebing Sungai Kampar berhampiran Kampung Nyior juga rosak sepanjang kira-kira 20 meter mengakibatkan air dari Sungai Kampar melimpah ke kawasan berhampiran.Beberapa buah rumah juga kelihatan tenggelam hingga ke paras bumbung.

Rating: 7.5/10 (2 votes cast)
BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012, 7.5 out of 10 based on 2 ratings

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Kemalangan maut <b>di Bukit Merah</b> Parit Buntar

Posted: 01 Jun 2012 07:07 AM PDT

Warga emas tercampak keluar

Parit Buntar- Seorang lelaki maut akibat pemandu yang juga menantu mangsa,  gagal mengawal kenderaan selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terbabas lalu melanggar pengadang jalan, sebelum terjunam ke parit ..mangsa  maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 185.4 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Merah

Sumber : Sinar harian

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


::INI BLOG CERDIK::: Dilanggar dari belakang <b>di Bukit Gantang</b>...

Posted: 04 Jun 2012 05:30 PM PDT

Ini adalah sebab kenapa Na EL semalam.
Yang terjadi, biarkan terjadi.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Lelaki rentung dalam kebakaran <b>di Pengkalan Hulu</b> | Malaysian <b>...</b>

Posted: 28 May 2012 08:44 PM PDT

Posted by AnnPHarison on May 29th, 2012

IPOH: Seorang lelaki rentung manakala ibunya cedera apabila rumah dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, awal hari ini.

More:
Lelaki rentung dalam kebakaran di Pengkalan Hulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Jambatan runtuh <b>di Kamunting</b> : Portal Berita Terkini

Posted: 12 Mar 2012 07:13 AM PDT

image

Pada petang Jumaat lepas hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam membawa ke pagi.Keadaan tersebut telah menyebabkan aliran air deras dan dalam kuantiti yang banyak.Ia mengakibatkan struktur jambatan menjadi lemah apabila hakisan di tebing sungai.Hakisan tersebut telah menyebabkan jambatan arah Taiping telah rebak dan membahayakan pada pengguna jalan tersebut.Jalan ke arah Taiping dari Batu Kurau telah dilencongkan ke Jalan Bukit Jana buat sementara waktu.

Posted from WordPress for Android

Category: Blog