Jumaat, 5 Oktober 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


nizartwork: <b>Kuala Sepetang</b> - Antara Api-api, Berembang, Kelip-kelip

Posted: 30 Sep 2012 12:57 AM PDT

Melayan Abang Johari : Kalau di dalam perniagaan, melayan kehendak pelanggan, ada berbagai cara. Melayan kehendak abang Jo, sesuatu yang berbeza, dan kena pula salah soerang biras yang terdekat. Antara hutan rimba, laut dan bakau adalah kehidupan serta kerjanya.
Tiga Puloh Ringgit sahaja: Berehat 'kepala' dan badan, cara Abang Johari setelah pulih stroke dua tahun lalu cukup mudah. Walaupun dulu, ada masanya masuk hutan dan meredah paya, biasa baginya, kini sedikit payah pergerakannya. Diajaknya bermalam di Hutan Paya Bakau(Pusat Eko Pelajaran), Kuala Sepetang. Tiga Puloh Ringgit sahaja satu chalet.
Yang perlu dibawa, cuma selimut. Jangan ditanya kenapa tiada selimut.
Dorm muat 14 badan, disewa dua. Cuma kami dua keluarga. Sunyi..., kerana tiada pelawat besar dan pelajar yang menginap hujung minggu.
Selesai makan petang di luar, kami berlima ke pekan Kuala Sepetang.
Mengejar pulang solat Maghrib di chalet.
Berembang, api-api, kelip-kelip: Semasa mula-mula sampai, tidaklah pula akan kami boleh bezakan mana pokok api-api, berembang, bakau minyak. Berbagai pengalaman dan cerita dapat dipelajari daripada abang Jo. Bukannya renjar ataupun mergastua.
Usai Maghrib, terkejar-kejar ke jeti Pusat Eko. Sudah ditentukan sesuatu perkara. Ianya bukan 'kebetulan'.
"Che Khairul..." di dalam kegelapan Maghrib, menegur salah seorang yang mukanya sudah yakin di hati.
Che' gu Amirul (sila lawat: http://www.kualasepetang.com/) membawa sekumpulan pelancung daripada Pahang melihat kelip-kelip. Sesuatu yang berbeza cara,  penerangan kelip-kelip bersama media elektronik(notebook!) di dalam bot. Jelas dan mudah memahaminya.


Apakah suatu hari nanti, akan hilangnya pokok berembang, maka hilanglah juga kelip-kelip. Mungkin juga untuk menikmati keindahan Allah s.w.t pada masa itu, mungkin 'perlu dibayar harganya', akan kerana kita juga yang mungkin 'tiada ambil kisah' akan alam ciptaanNya. Mungkin tiada lagi boleh diundur segalanya. 
Mereka yang kecil mungkin tidak mengerti lagi apa itu eko sistem. 
Kami pula sudah 'dipenghujung' usia dan masih bertatih belajar melihat akan ciptaanNya.
Akan ingat juga pada cucu abang Jo - Ajib, jatuh jambatan di Pusat Eko, semasa mula-mula tibanya kami di sana. Berselut  .
Selesai sarapan pagi di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, kami pulang. Jeti nelayan Kampung Menteri tidak sempat disinggah. Sekadar lalu dan lihat. InsyaAllah singgah di lain masa.

.
Nota:
1. Bila bermalam di mana-mana kawasan paya bakau, bawalah insect repellent dan yang sewaktu dengannya. Ada tempat dan masanya di  kawasan paya bakau, agas dan nyamuk menjadi kawan malam.
2. Tutuplah pintu/tingkap menjelang malam sekiranya mahukan nyamuk paya tidak sama-sama tidur dengan kita.
3. Bawalah keluar kembali segala sampah(mungkin juga makanan) yang kita telah gunakan. Bersama-samalah kita jaga untuk generasi masa hadapan. Elakkan guna bekas polisterin. Nampak mudah dibawa dan guna, mudharatnya kepada kita dan alam, amat berganda.

.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: <b>Bidor</b> Bandar Cina

Posted: 10 Jun 2012 07:18 AM PDT

Bidor ialah sebuah pekan di negeri Perak, Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan seramai 30,000 orang yang lahir daripada aktiviti perlombongan bijih timah.

GEOGRAFI

Bidor terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, sebuah daerah di tenggara negeri Perak Darul Ridzuan. Bersempadanan dengan mukim Bidor di sebelah timur ialah negeri Pahang. Capaian ke pekan Bidor dari selatan ialah pekan Sungkai; dari utara ialah pekan Tapah, dan dari barat ialah bandar Teluk Intan.

Bidor juga merupakan tempat yang biasanya akan dilalui apabila menuju ke Teluk Intan dan bandar-bandar lain di barat Perak. Susur keluar ke Bidor dari Lebuhraya Utara-Selatan (E1) bernombor 130 (Exit 130).

Bahagian utara pekan Bidor dipisahkan oleh Sungai Gedong manakala bahagian selatan pekan dipisahkan oleh Sungai Bidor. Kedua-dua batang sungai bertemu di Belakang Pasar dimana kuala Sungai Gedong bersambung ke Sungai Bidor.

Pada bulan September 2009, jalan pintasan yang menghubungkan jalan persekutuan 58 (Jalan Teluk Intan) dan jalan persekutuan 1 (Jalan Sungkai) telah siap. Jalan pintasan tersebut berharga RM19 juta dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan. Jalan ini diharapkan dapat mengurangkan limpahan kesesakan trafik yang menghala ke Teluk Intan dan Lumut dari Lebuhraya Utara-Selatan yang melalui pekan Bidor. Walau bagaimanapun, jalan yang hampir siap ini telah ditutup semula pada bulan Oktober 2009 untuk lalulintas atas sebab-sebab tertentu.

SEJARAH

Sebelum British

Sebelum bermulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan zaman Kesultanan Melayu Perak, mukim Bidor terletak dalam jajahan pemerintahan kerajaan Hindu Gangga Negara yang berpusat di Beruas, Perak. Jajahan ini telah menerima pengaruh Hindu-Buddha sejak 900 tahun dahulu. Ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan artifak gangsa yang bermotifkan dewa-dewa Hindu ketika penerokaan kawasan perlombongan bijih timah di akhir tahun 1930-an.

Mengikut sejarah, semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka kerana aktiviti perlombongan bijih timahnya. Perkataan Bidor berasal daripada acuan bijih timah yang dibuat daripada kayu bagi menyukat bijih. Setiap satu Bidor mengandungi kira kira 70 kati bijih timah.

Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani dan dipercayai beliau juga adalah peneroka terawal di Bidor. Orang Melayu yang mendiami kawasan Bidor majoritinya dari suku Rawa. Suku Rawa berasal dari Sumatera Barat. Orang Asli dari suku Semai pula mendiami kawasan bukit dan pergunungan di timur Bidor.

Orang Cina dari suku Hakka adalah suku orang Cina yang paling dominan di pekan Bidor diikuti orang Kantonis. Orang Cina yang mendominasi populasi pekan Bidor adalah hasil daripada migrasi komuniti tersebut dari Teluk Intan, Ipoh dan Hulu Selangor ke kawasan perlombongan bijih timah ketika penjajahan Inggeris.
Orang India dan Sikh pula dibawa masuk untuk mengusahakan estet-estet majikan Inggeris, bekerja di landasan keretapi, selain menjadi askar dan polis bantuan.

Perang Dunia Kedua

Ketika Perang Dunia ke-2 meletus, pekan Bidor juga terlibat dalam Perang Kampar diantara tentera Jepun dan British. Bidor menjadi saksi pengunduran tentera British dari 501 Battery yang berundur dari Kampar apabila diasak oleh tentera Jepun yang mara dari utara pada 29hb Disember 1941. Rejimen 137 War Diary pula diserang kapal terbang Jepun berdekatan Bikam dan berjaya dilumpuhkan. Saki baki tentera British yang berkubu di Bidor yang rata-ratanya askar upahan dari India yang tidak berpengalaman, berundur ke Slim River seterusnya ke selatan.
Pada 31 Disember 1943 ketika Tanah Melayu masih di bawah penjajahan Jepun, Bidor menjadi tumpuan operasi MPAJA dari patrol pertama, Rejimen Ke-5 yang dipimpin oleh Huang Song dan Cai Dadi. Mereka ditugaskan untuk melindungi ejen-ejen British yang mewakili Komander Tertinggi Tentera Perikatan; Laksamana Lord Louis Mountbatten iaitu Kolonel John Davis, Mejar Frederick Spencer Chapman, Kapten Richard Broome dan Lim Bo Seng (ejen Kuomintang yang bertindak sebagai penterjemah).
Ejen-ejen tersebut telah menyusup masuk melalui kapal selam di Tanjung Hantu, Segari dengan bantuan MPAJA. Mereka didatangkan khas ke Bidor secara rahsia untuk menubuhkan bilik operasi Force 136 bersama MPAJA di Kem Bukit Belantan, 7 batu ke timur-laut pekan Bidor. Dalam mesyuarat penubuhan Force 136 di Bidor, MPAJA diwakili oleh Lai Te (nama samaran Chang Hong) dan Chin Peng, yang ketika itu Pemangku Setiausaha PKM negeri Perak. Perjanjian kerjasama British Force 136 dan MPAJA (PKM) atau dikenali sebagai 'The Bukit Bidor Agreement' (Perjanjian Bukit Bidor) telah ditandatangani pada 1 Januari 1944.

Tujuan Perjanjian Bukit Bidor dibuat adalah membentuk pakatan bersama tentera British dan MPAJA (PKM) untuk menggugat pentadbiran Jepun di Perak melalui aktiviti pengintipan, sabotaj, penyaluran intelijen dan serangan gerila di Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Bidor dan Slim River.
Lim Bo Seng telah ditangkap pada 26 Mac 1944 di Gopeng dalam satu sekatan jalan ketika dalam perjalanan ke Ipoh dari Bidor. Beliau diseksa dan dibunuh selepas soal siasat dan mayatnya ditanam di Batu Gajah. Berikutan penangkapan ramai ejen-ejen British di Ipoh, rahsia pusat operasi Kem Bukit Belantan di Bidor telah diketahui. Pada pertengahan tahun 1944, Kem Bukit Belantan di Bidor telah digempur oleh tentera Jepun dan markas tersebut dibakar.
Pegawai-pegawai Force 136 dan MPAJA yang terselamat telah melarikan diri dan mendirikan markas baru berdekatan Bukit Belantan dengan bantuan Orang Asli. Operasi mereka diteruskan sehingga pihak Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Zaman Darurat

Selepas Jepun menyerah kalah, Bidor menjadi saksi kepada kekejaman pengganas komunis yang enggan meletak senjata selepas kembalinya British ke Tanah Melayu. Kapten A.R.Pickin dari Rejimen Ke-7 Duke of Edinburgh's Own Gurkha Rifles (No.Tentera: 375953) dibunuh pengganas komunis pada 18hb Julai 1948.

Pembunuhan pegawai British berlaku lagi di Bidor pada 2hb Oktober 1948. Seorang pegawai bernama Kapten D.G.Lock (No.Tentera: 113776) dari Somerset Light Infantry dibunuh ketika mandi di sungai berdekatan Bidor. Juga pada hari yang sama, 3 askar dari King's Own Yorkshire Light Infantry (K.O.Y.L.I) iaitu Lans Koperal K.Hutchinson, Prebet A.Dobson dan Prebet H.Woodhouse terbunuh dalam operasi. Berikutan kematian mereka, seluruh Platun Ke-4, Batalion Pertama K.O.Y.L.I telah berjaya dimusnahkan oleh pengganas komunis di sebuah lombong tinggal di Bidor.
Ekoran insiden peristiwa tersebut, Briged Infentri Ke-26 Gurkha dan Charlie Troop dari 95 Independent Field Battery, 48 Field Regiment dari tentera Artileri Di-Raja British telah ditempatkan di Bidor dari tahun 1957 ke 1959 untuk menyekat dan membasmi gerakan pengganas komunis.

Selepas kemerdekaan, pekan Bidor berada dalam pengawasan Batalion Ke-20, Pasukan Polis Hutan (PPH). Unit ini terkenal dengan unit elitnya yang dipanggil Senoi Praaq yang bermaksud 'Orang Perang' dalam bahasa Semai. Senoi Praaq dianggotai anak-anak tempatan Orang Asli dari suku Semai yang dilatih oleh S.A.S (Special Air Service), skuad elit dari tentera Britain. Senoi Praaq ditubuhkan pada bulan Mei 1957 oleh Leftenan-Kolonel R.O.D.Noone yang ketika itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan dilatih oleh Mejar John Slim (S.A.S) untuk menjejak dan memusnahkan kem-kem pengganas. Pada tahun 1957, Senoi Praaq mempunyai 2 skuardon dengan kekuatan 160 orang. Dua tahun kemudian, skuad ini berkembang kepada 4 skuardon dengan kekuatan lebih 200 orang. Kem sedia ada Batalion 18 PGA dan Batalion 3 PGA di Jalan Tapah yang berkeluasan 389 hektar siap pada tahun 1983.
Disebabkan konsentrasi masyarakat Cina yang ramai, pihak British telah menyegerakan penempatan semula (Rancangan Briggs) untuk orang Cina yang bertaburan disekitar luar pekan Bidor khasnya di Jalan Tapah, Jalan Sungkai dan Jalan Teluk Intan. Oleh yang demikian, maka lahirlah kampung-kampung baharu seperi Kampung Baharu Bidor Stesen, Kampung Baharu Coldstream dan Kampung Baharu Kuala Bikam di Jalan Teluk Intan; Kampung Baharu Tanah Mas di Jalan Tapah, Kampung Baharu Pekan Pasir di Jalan Sungkai dan Kampung Baharu Timur (Kem Cina) di utara pekan Bidor.
Sebahagian daripada pekan Bidor terutamanya di bahagian timur masih menjadi kawasan hitam sehingga tahun 1989 selepas perjanjian damai diantara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.

EKONOMI

Dahulu ekonomi pekan Bidor bergantung kepada pertanian seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam/itik, getah, dan kelapa sawit. Kini, perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan untuk menjana industri kecilan yang berasaskan elektronik, dan barang konsumer. Juga, salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain disebabkan populariti makanan dan hasil tani pekan ini.

Sebelum pengenalan Lebuhraya Utara-Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memilih untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Bidor amat terkenal dengan buah jambu (Psidium guajava) tanpa biji dan petai (Parkia speciosa). Juga terkenal ialah Biskut Ayam Pun Chun, 'Sat Kai Ma' (kuih tradisional Cina), Mee Wantan dan Mee Peha Itik Pun Chun. Bidor juga terkenal dengan persinggahan pelancong dari Taiwan, China dan Hongkong. Disebabkan galakan daripada kegiatan pelancongan tersebut, sebatang jalan kecil berdekatan Jalan Persatuan telah dinamakan 'Taiwan Street'. Taiwan Street menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati manisan, kuih, buah-buahan dan masakan tempatan.
Bidor juga menjadi tumpuan acara marathon yang disertai pelari-pelari tempatan dan luar negara. Setiap tahun, kelab marathon akan menganjurkan larian yang bermula di Dewan Muhibbah, berdekatan Taiwan Street. Larian biasanya menjangkaui 7-10km yang bermula di pekan Bidor dan membuat pusingan merentasi Jalan Paku ke Kampung Chang dan kembali ke Bidor. Larian ini juga menjadi penggalak kepada aktiviti pelancongan dan ekonomi di Bidor.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> MRSM <b>Lenggong</b> September 2012

Posted: 03 Sep 2012 01:32 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di MRSM Lenggong, jawatan kosong adalah seperti berikut :


1. Juruteknik Komputer

tarikh tutup 17 spetember 2012

permohonan adalah melalui portal jobsmalaysia


Khamis, 4 Oktober 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : AUSTRALIA , 1991

Posted: 19 Sep 2012 09:19 PM PDT

September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa dipilih untuk menyertai Perbarisan Hari Ulangtahun ke 50 Tentera Laut Di Raja New Zealand (RNZN International Fleet Review) di Auckland, New Zealand. 
Dalam Perjalanan ke New Zealand, kapal telah singgah di beberapa destinasi seperti Darwin, Cairns, Sydney, Adelaide dan Perth di Australia dan juga Auckland dan Wellington di New Zealand. 
DARWIN - NORTHERN TERRITORY
Pelabuhan pertama kapal singgah ialah Pelabuhan Darwin di Utara Australia. 
Darwin adalah ibu Negeri Wilayah Utara Australia (Northern Territory), mempunyai penduduk seramai 127,500 orang. 
Sejarah Darwin bermula pada 9 September 1839 apabila kapal HMS Beagle belayar memasuki pelabuhan Darwin. John Clements Wickham telah menamakan pelabuhan itu "Port Darwin" bersempena nama seorang anggota Kapalnya, Charles Darwin yang telah mengikuti beliau dalam pelayaran yang terdahulu.
Bandar Darwin telah 2 kali dibina semula akibat kerosakan teruk. Kali pertama selepas serangan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kali kedua apabila Cyclone Tracy melanda Darwin pada tahun1974. 
Cuaca di Darwin pada masa ketibaan kami di sana agak panas terik. Disebabkan keadaan cuaca yang agak panas, anak-anak kapal diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas semasa berkelepasan di Darwin. 
Cairns adalah sebuah bandar di Utara Queensland, Australia diasaskan pada tahun 1876. Bandar Cairns dinamakan sempena dengan nama William Wellington Cairns , Gabenor Queensland yang dilantik pada January 1875.
Bandar Cairns terletak kira-kira 1,700 km (1056 batu) dari bandar Brisbane dan kira-kira 2,700 km (1,678 batu) dari Sydney. Cairns adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Australia. 
KURANDA RAINFOREST PARK, CAIRNS
Kuranda Rainforest Park terletak di kawasan Rainforest World Heritage seluas 100 ekar. Kawasan yang menjadi tarikan pelancong ini mengambil masa 5 minit perjalanan dari Kampung Kuranda dan setengah jama dari Cairns Tropical North Queensland, Australia. Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Rainforest Park ini. 
Bungi Jumps adalah satu aktiviti sukan yang agak merbahaya, bukan semua orang sanggup melakukan penerjunan seperti ini. KD Lekir agak bertuah kerana ada anggotanya yang sanggup menyahut cabaran itu. 

Mossman adalah nama sebuah bandar di Utara Queensland di Sungai Mossman.
Mossman George adalah merupakan kawasan hutan yang menjadi tarikan pelancongan ke Australia. Ia adalah sebuah kawasan seluas 56,000 hektar dalam Warisan Dunia. Hutan hujan Tropika yang tebal ini terkenal kerana keindahannya yang sangat mengkagumkan. Ia juga adalah merupakan tempat suci bagi kaum Asli Australia dari suku kaum Kuku Yalanji yang dikatakan telah mendiami kawasan itu selama lebih kurang 4000 tahun. 


HMAS Cairns merupakan sebuah pengkalan Tentera Laut DiRaja Australia (RAN) yang terletak di Cairns, Queensland. Pengkalan ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai pengkalan untuk kapal-kapal perang kecil.
HMAS Cairns bertanggungjawab untuk aktiviti bagi Bot Peronda RAN dan juga sebagai Markas Hidrografi RAN. 


Semasa berada di Cairns, kami telah diraikan oleh anggota Tentera Laut DiRaja Australia yang berpengkalan di HMAS Cairns di Junior Rates Club yang turut dihadiri oleh anggota wanita RAN. 
Pada 19 September 1991, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah selamat tiba di Sydney, New South Wales. 
Sydney adalah ibu negeri New South Wales, Australia dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Australia. Ia terletak di bahagian Tenggara Laut Tasman.

Sydney diasaskan pada tahun 1788 dan merupakan tapak jajahan British yang pertama di Australia. Ia diasaskan oleh Arthur Phillip, Commodore of the 1st Fleet Royal Navy. Nama Sydney diambil dari nama Setiausaha Negara British ketika itu, Thomas Townshend, Lord Sydney.

HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE SYDNEY. Bergambar kenangan bersama LRO Chandran di hadapan Sydney Opera House.
SYDNEY HARBOUR BRIDGE AND OPERA HOUSE
Sydney Harbour Bridge adalah jambatan keluli yang merentasi Pelabuhan Sydney. Ia dibina oleh sebuah firma British Dorman Long and Co. Ltd dibawah arahan Dr. J.J.C. Bradfield dari  Jabatan Kerja Raya New South Wales and dibuka pada tahun 1932.
Sydney Opera House pula dibuka kepada umum pada tahun 1973 dan dibina oleh Arkitek Denmark, Jorn Utzon. Sydney Opera House telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 28 Jun 2007. Sydney Opera House adalah juga pusat Seni yang paling sibuk di dunia dengan pelbagai aktiviti Seni dan budaya Australia. Lebih dari 1,500 persembahan diadakan pada setiap tahun. Ia adalah merupakan mercu tanda Australia yang cukup dikenali diseluruh dunia.
 DARLING HARBOUR, SYDNEY
Darling Harbour adalah pelabuhan bersebelahan dengan pusat bandar Sydney, New South Wales, Australia. Ia mengambil sempena nama Lt. Gen. Ralph Darling, Gabenor New South Wales dari 1825 – 1831.
RO Zaid, RO Azman, RO Azmi, RO Nordin
RO Rosman, LRO Zulheimy , RO Anor
Anggota-anggota Komunikasi KD Lekir di Sydney, Australia berpakaian Jaket hitam yang ditempah khas untuk Pelayaran ke Australia dan New Zealand. 
Satu lagi kenangan manis di Sydney ialah bertemu dengan seorang bekas Anggota Royal Australian Air Force (RAAF) yang pernah berkhidmat di RAAF Butterworth, Pulau Pinang sekitar tahun 70'an dulu. Beliau berkahwin dengan warga Malaysia keturunan Cina. Isteri beliau ternyata amat gembira dapat bertemu dengan Rakyat Malaysia kerana beliau telah menetap hampir 25 tahun di Sydney. Malam itu mereka belanja saya makan di sebuah Restoran Malaysia di Sydney yang menyediakan makanan halal. 

Sydney Paddy's Market , sebuah syarikat Komersial yang mempunyai 2 pasaraya besar di Sydney, iaitu Paddy's Market and Sydney 2129.
Paddy's Market merupakan salah satu pasaraya yang paling terkenal di Australia. Antara yang dipasarkan disini ialah sayur-sayuran segar, buah-buahan, bunga-bungaan, perhiasan, cenderahati dan sebagainya.
Sydney Paddy's Market diasaskan pada tahun 1834 oleh General Richard Bourke, Gabenor New South Wales.

Auckland & Wellington, New Zealand
Selepas beberapa hari berada di Sydney , KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland untuk menyertai sambutan 50 tahun Royal New Zealand Navy dan kemudian ke Wellington, N.Zealand. 
(Rujuk Blog Lawatan Kapal ke NZ)
Adelaide adalah ibu negeri Australia Selatan dan merupakan bandar ke 5 terbesar di Australia dengan jumlah penduduknya melebihi 1.1 juta orang. Bandar Adelaide terletak kira-kira 20 km dari tepi pantai Teluk St Vincent, di utara Semenanjung Fleurieu dan Dataran Adelaide.
Nama Adelaide dikatakan berasal dari nama Ratu Adelaide, Isteri kepada Raja William IV yang lahir di German. Bandar ini diasaskan pada tahun 1836. Colonel William Light adalah merupakan pengasas bandar Adelaide. 

Sebuah akhbar tempatan Adelaide menyiarkan berita ketibaan Kapal TLDM , KD Lekir dan KD Mahawangsa di Pelabuhan Adelaide. 

KD Lekir & KD Mahawangsa tiba di Pelabuhan Adelaide selepas selesai menyertai acara sambutan 50 tahun Tentera Laut DiRaja New Zealand di Auckland dan Wellington. 
Dari Adelaide pelayaran kapal seterusnya ialah ke Pelabuhan Fremantle di Perth, Australia. 
PERTH , WESTERN AUSTRALIA
Perth adalah ibu negeri Western Australia. Ia adalah bandar ke 4 paling ramai penduduk di Australia dengan jumlah penduduknya sekitar 1.4 juta orang.
Bandar Perth ini diasaskan oleh Kapten James Stirling pada tahun 1829 dan dijadikan pusat pentadbiran Swan River Colony. 

Anggota Band KD Lekir telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di Harboursite Hotel yang terletak di Pelabuhan Fremantle di Perth Australia. 

Apa yang amat menarik di Perth ini adalah terdapat ramainya orang berketurunan Melayu di bandar. Pada mulanya saya ingatkan mereka rakyat Malaysia yang mungkin bekerja atau bercuti di sini...  tapi setelah berbual dengan beberapa orang dari mereka... ternyata mereka adalah rakyat Australia berketurunan Melayu... bukan rakyat Malaysia..malah ada antara mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.. namun keinginan mereka amat tinggi agar dapat menjejakkan kaki ke negeri asal nenek moyang mereka dulu.
Kebanyakan masyarakat Melayu Australia tinggal di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos. Mengikut sejarah, orang Melayu mula dibawa ke Australia pada tahun 1826 oleh Alexander Hare untuk diambil bekerja di ladang-ladang yang menghasilkan pertanian tebu dan kelapa. Kebanyakan berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Orang Melayu dari Kepulauan Cocos merupakan komuniti yang membentuk kumpulan lebih banyak di sini. Mereka berasal dari keturunan peneroka Melayu dari Tanah Jajahan British seperti Malaya, Singapura, Brunei dan sebahagian Kepulauan Riau. 

KD Lekir dan KD Mahawangsa mengakhirkan sesi Lawatan ke Australia dan New Zealand dengan bandar Perth ada persinggahan terakhir di sini. Kapal meneruskan pelayaran balik ke Malaysia dari Perth,Australia dan singgah di Surabaya, Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Lumut, Perak....
Setelah tiba di Lumut, Perak, saya mendapat arahan pertukaran dan di tukarkan ke unit SKTLDM Kuantan. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan KD Lekir yang banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya...... 


Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : SURABAYA 1989,1990 & 1991

Posted: 17 Sep 2012 09:10 AM PDT

PELABUHAN TG.PERAK, SURABAYA, INDONESIA
Pelabuhan Tanjung Perak yang terletak di Surabaya, Indonesia adalah pelabuhan kedua tersibuk di Indonesia selepas Pelabuhan Tg. Periok di Jakarta. Pelabuhan ini menghubungkan Surabaya dengan kota-kota Pelabuhan lain di Indonesia. Bersebelahan dengan Pelabuhan Tg. Perak ini terdapat Pelabuhan Ujung iaitu Pelabuhan ferry untuk membawa penumpang ke Madura. 




Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini merupakan kota kedua terbesar di Indonesia dan dikenali juga dengan nama Kota Pahlawan kerana sejarah yang melibatkan kota ini dalam perjuangan rakyat Indonesia merebut kemerdekaan Indonesia daripada penjajah. 
Kunjungan kali pertama KD Lekir ke Surabaya ialah pada tahun 1989. Sepanjang di KD Lekir, 3 kali aku menjejakkan kaki ke Surabaya iaitu pada 1989, 1990 dan 1991.

Antara gambar-gambar kenangan sepanjang di Surabaya :








Di antara tempat menarik yang sempat dikunjungi ialah Makam Sunan Ampel atau Makam Raden Achmad Rachmatulloh berada di sebelah kanan depan Masjid Sunan Ampel, yang wafat pada tahun 1481. Beliau dikenal sebagai seorang yang pandai dengan ilmu-ilmu agama, beliau dipercaya Raja Majapahit untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Surabaya (dulu namanya Ampel Dento).
Masjid itu sendiri merupakan masjid terbesar kedua di Surabaya yang dibangun oleh Raden Achmad beserta pengiikutnya pada tahun 1421 M. Di masjid ini Anda bisa melihat bangunan dengan gaya arsitektur jawa kuno dan nuansa arab islami yang sangat lekat. Tampak juga lima Gapuro (Pintu Gerbang) yang merupakan simbol dari Rukun Islam.


Di samping Surabaya, KD Lekir juga pernah membuat lawatan ke Tanjung Pinang, Riau Indonesia pada bulan Jun 1990. Tanjung Pinang ialah ibukota wilayah Kepulauan Riau di Indonesia. Sebuah bandar dengan penduduknya seramai 200,000 orang ia adalah pelabuhan perdagangan antara pulau-pulau di Riau. Tanjung Pinang terletak di selatan Pulau Bentan yang berhampiran dengan Singapura.
Tanjung Pinang adalah merupakan Pusat Politik kepulauan Melayu kira-kira 500 tahun dahulu. Semasa menyerang Melaka pada 1511, Sultan Mahmud Melaka telah melarikan diri ke Tanjung Pinang.
Setiap kali bila tiba Surabaya terutama di Pelabuhan Tg. Perak... saya teringat akan sebuah lagu Indonesia yang agak popular di sekitar tahun 70'an dulu.. dalam lagu tersebut ada nama Tanjung Perak... bagi orang-orang lama tentu ingat lagu itu...

Waktu terang bulan, udara bersinar terang
Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Si Gendut itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut
Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Mas Dhani itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama
Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut
Ooo.. tanjung perak.. tepi laut
18 September 2012 - 12.10 am


07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


bumiperak: Sekitar bantahan filem "Innocence of Muslims" <b>di Ipoh</b>

Posted: 14 Sep 2012 12:56 AM PDT

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Menginap <b>Di</b> Joy Chalet, <b>Bota</b> Perak - Flipping For Dummies

Posted: 29 Sep 2012 07:36 AM PDT

Dari sehari kesehari nak buat entry berkaitan dengan chalet ni nampaknya macam tak berkesempatan pula. Dan seperti kebiasaannya juga, aku memang tak menulis berkenaan dengan isu hartanah pada hujung minggu. Pengisiannya adalah lebih santai dan berkisar tentang travelling, makanan dan aktiviti-aktiviti kesihatan (larian).

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang link-kan ENTRY INI dan ENTRY INI dalam forum popular lowyat.net. Menjawab soalan En. K - saya akan terus menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali entry yang berkaitan dengan projek perumahan baru ataupun project review di mana pembacaannya adalah lebih menyeluruh.

Aku menginap di chalet ini semasa majlis bertandang ke perkahwinan anak saudara (anak abang), yang beristerikan orang Bota. Kalau ikutkan hati, aku nak duduk di Lumut sahaja sebab lebih familiar dengan lokasinya. Tetapi bila memikirkan aku kena berulang-alik2 semasa majlis nikah then esoknya bersanding, nak memandu 35km one way tu (termasuk tengah malam), secara logistiknya kurang sesuai dan aku terpaksa mencari opsyen lain.

Lalu diusulkan menginap di chalet kat bawah ini yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah pengantin. Duduk free je sebab anak saudara dah book-kan chalet ni awal-awal lagi.

Kreatif - Titi Gantung kat tengah-tengah.
Masa nak masuk tu memang agak suspen sikit, dahlah aku memandu MPV yang agak besar (dengan muatan 6 orang), kena pula menyusuri masuk jalan kampung yang tak berapa nak besar tu. Dalam hati tertanya-tanyalah juga, macam manalah boleh ada chalet kat tengah-tengah kampung ni. Perjalananan itu dikelilingi dengan kebun getah dan kelapa sawit dan agak jauh dari jalan besar.
Aktiviti memancing adalah percuma di sini. Tapi kena sediakan pancing sendiri.

Bila sampai kat chalet tu, memang terkejut dan tertanya-tanya sendiri, macam manalah owner chalet ni boleh terfikir nak bina dan memulakan perniagaan chalet tu, memang kreatif dan "out of the box" untuk kawasan kampung yang semacam tu. Terdapat 14 buah chalet dan FULL HOUSE malam tu (kecuali 2 unit yang dengarnya ada last minute cancellation.

Untuk menginap di sini, semalam harganya adalah RM80. memang berpatutan sangat sebab satu bilik tu boleh memuatkan 5 orang. Ada disediakan juga surau dan tempat berkumpul kalau kita nak buat meeting ataupun team building. Tapi parking agak limited dan kena parking pula kat tepi kebun-kebun orang.

Aku sempat berbual dengan seorang pekerja di situ. Diberitahu dulunya kawasan itu adalah kawasan projek penternakan air tawar. Tapi projek ini telah menjadi terbengkalai, tak tau sebab apa, tapi rasanya mungkin ilmu penjagaan dan pemasaran ikan tu tak cukup. Mungkin jenis macam pelabur hartanah juga, tengok orang lain beli rumah, kita pun nak beli juga tapi asas pengetahuan dan pelaburan tiada, so jadilah projek hangat-hangat tahi ayam.
Tengok pokok-pokok menjalar tu takutlah juga ada ular.
Biznes chalet ni diberitahu boleh tahan jua, terutamanya pada masa pendaftaran pelajar baru dan konvo UiTM Seri Iskandar dan Universiti Tenaga Petronas. Aku ada komen juga dekat pekerja tu produk yang baik (chalet ni) kalau kita tak dipasarkan dengan baik, returnnya tentulah tak memberansangkan. Kena tengok target market dan study lingkungan dan potensi market ni betul-betul. Barulah perniagaan kita boleh maju, (macam bagus je aku cakap, lagipun cakap memang senang, guna ayaq liur je). 

Aku rasa RM80 tu worth the money, janganlah expect service 4-5 bintang pula untuk harga sebegitu. Buat owner chalet ni pula, semoga berjaya dalam biznes chalet ni! Aku ni pula, bilalah nak start business homestay/chalet  ni?

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Dahulu, Mee Udang Banjir Begitu Popular <b>Di Kuala Sepetang</b>, Taiping

Posted: 02 Oct 2012 07:19 PM PDT

                                           (Mee udang banjir di Tanjung Karang hasil dari kolam udang Noh?)

Jika dahulu, mee udang banjir begitu popular di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Teringat ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang, rata-rata yang menyertai kempen di sana tidak akan melepaskan peluang untuk singgah menjamu mee udang banjir.

Pada waktu itu juga, peniaga-peniaga di sekitar Bukit Gantang sudah tidak cukup kaki dan tangan melayani kehendak pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Namun kini, warung-warung mee udang banjir sudah mula terbina bagaikan cendawan tumbuh di Kuala Selangor, Tanjong Karang menghala Sungai Besar, berbagai warung mee udang kelihatan yang menanti kunjungan pelanggan.

Tatkala melihat warung-warung tersebut, terus terimbas di fikiran, adakah warung mee udang yang mula rancak di sekitar Tanjung Karang ini mempunyai kaitan dengan wakil rakyatnya?

Biarpun kedengaran agak lucu, namun ianya tidak ditolak mentah-mentah bagi sesiapa yang mengetahui kaitan kolam udang dengan wakil rakyatnya, Datuk Seri Noh Omar.

Sekadar untuk bercerita santai berkenaan politik semasa di Tanjung Karang, sudah tentu kaitan kolam udang dengan warung mee udang banjir yang tumbuh melata tidak boleh dipandang sepi.

Berkesempatan menemui Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman (gambar), kaitan warung mee udang dengan kolam udang milik Noh Omar itu, katanya sudah pasti menjadi bualan.

"Memang lucu, tapi kalau difikir-fikirkan, mungkin juga ada kaitannya.  Mudah dapat udang agaknya," kata beliau, turut ketawa kecil ketika menyuap mee udang yang dipesan.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikatakan memiliki tanah seluas 30 ekar yang disewakan kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn. Bhd. pada tahun 1995.

Tanah itu, yang pada mulanya dikatakan berstatus tanah komersial, dan kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian pada 2011 bagi tujuan projek penternakan udang.

Dalam siri pendedahan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkenaan kolam udang tersebut, secara jelasnya membuktikan wujud 'conflict of interest' memandangkan Noh sendiri merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan pertanian.

Lebih-lebih lagi, apabila pejabat tanah sendiri memaklumkan bahawa kelulusan tanah itu dikeluarkan pada 13 Jun 1995, iaitu dua bulan selepas beliau menjadi ahli parlimen kawasan terbabit.

Menurut Misran, isu kolam udang dan Noh ini merupakan satu isu yang benar-benar menyinggung hati penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Kawasan itu tidak boleh diterokai kerana ia tanah simpanan hutan kayu bakau yang dijadikan sebagai penampan dari berlakunya hakisan pantai.

"Sebelum ini apabila penduduk kampung membuat penerokaan hutan akan ditangkap oleh Jabatan Hutan. Dalam jarak 100 meter daripada pantai tidak boleh dilakukan aktiviti pertanian dan ini menyalahi akta alam sekitar," tegas beliau.

Sayangnya, kata beliau di saat rakyat diminta menghentikan aktiviti mereka, ada pihak lain yang secara senyap-senyap memohon tanah terbabit dan diluluskan.

Noh dikatakan membeli tanah itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu.

Di sebalik siri-siri pendedahan yang dilakukan Ng dan Misran, kedua-duanya menerima notis saman daripada Noh, meminta agar menarik semula kenyataan yang mengaitkan menteri itu dengan kolam udang tersebut.

Namun, bagi Misran, Noh tidak berani berhadapan dengan isu tersebut memandangkan satu persatu bukti berupa dokumen rasmi telah dibongkarkan.

"Jika dia (Noh) ingin membawa isu ini ke mahkamah, kita tidak bimbang.  Kita ada bukti yang cukup kukuh untuk mendedahkan lebih banyak mengenai isu ini di mahkamah," sahut Misran menutup perbualan petang itu di warung mee udang banjir.

http://harakahdaily.net 

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Galeri Sha Banknote: MATAWANG TIMAH <b>BIDOR</b> NEGERI PERAK.

Posted: 01 Aug 2012 10:03 PM PDT

Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai  BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850   di Negeri Perak. Matawang  Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan  utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang  kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat.
         Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak,  menulis  bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan  pertukaran barang dan Perdagangan  di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi  yang dikenali sebagi Bidor.    [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ].
         Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650  kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :-

1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ]  =  1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar.
1 ikat Kecil 10 Bidor         =   2.5 Dollar Sepanyol
1 ikat Besar 40 Bidor        =   10 Dollar Sepanyol

Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur.
           Galeri Sha Banknote dikesempatan ini ingin memaparkan 6 Bongkah Matawang Bidor Perak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote untuk nilai dan diperlihatkan kepada ahli Numismatik semua.

Gambar Bidor Perak [ SS40 mukasurat 199 ]
Corak Tampok Manggis
berat : 944.3gram
tinggi : 50mm
tapak : 88mmx90mm
atas : 41mmx42mm
rarity : RRR
Gambar Bidor Perak [SS23 mukasurat 194 ]
corak tampuk mangis
berat 850gram
tinggi 38mm
tapak 80mmx80mm
atas 47mmx47mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS27 mukasurat 196 ]
corak tampok manggis
berat 504gram
tinggi 36mm
tapak 72mmx74mm
atas 35mmx36mm
rarity RRR

Gambar Bidor Perak [ SS 26 mukasurat 195 ]
corak tampok manggis
berat 387.5gram
tinggi 30mm
tapak 52mmx52mm
atas 35mmx33mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS 34A mukasurat 198 ]
corak tampok manggis
berat 380gram
tinggi 35mm
tapak 55mmx56mm
atas 30mmx31mm
rarity RRR
 \
Gambar Bidor Perak[ tidak dapat dikenalpasti dikatakan Tampang Johor]
Corak pyramic
berat 625gram
tinggi 32mm
tapak 82mmx25mm
atas 25mmx25mm
rarity diragui            Gambar koleksi kesemua 6 Bidor Negeri Perak

Bagi siri kedua untuk Matawang bongkah Timah ini Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan koleksi Matawang Timah TAMPANG TOPI Negeri Pahang dipaparkan dalam masa terdekat ini. Ahli Numismatik semua diharap dapat sentiasa bersama dengan blog Galeri Sha Banknote. Terima kasih dan Selamat Berpuasa .

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Seputih Kapas: MAHFUZ <b>DI</b> UNDANG KE <b>TANJUNG RAMBUTAN</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 07:26 PM PDT

Mahfuz Tak Sedar Dirinya Liabiliti Paling Besar Untuk PAS..?
Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "not in control". Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun "rojak"!
Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.
Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.
Mahfuz cuba memcetus persepsi dengan melaga-lagakan Najib dengan Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakan itu sama ada benar atau tidak. Ia sekadar persepsi bodoh orang yang tidak lulus SRP…
Benarkah kroni-kroni mantan Perdana Menteri itu dikurniakan projek-projek mewah? San Miguel? Exxon Mobil? Petron Malaysia? Cuba dikaitkan dengan Mokhzani?
Rasanya Mahfuz boleh upah mana-mana pencacainya untuk melawat website-website syarikat yang dikatakan milik Mokhzani itu dan lihat sendiri sama ada nama anak mantan Perdana Menteri itu tersenarai sebagai salah seorang board of director atau tidak.
Selanjutnya, Mahfuz boleh upah "private investigator" untuk merisik sama ada Mokhzani memiliki syarikat-syarikat tersebut atau Mahfuz sendiri yang hanya dengar cakap-cakap kedai kopi yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Peliknya, tak malu betul seorang Naib Presiden parti yang kononnya berjuang atas nama Islam suka menabur fitnah di bulan Ramadhan ini…kan?
Berkaitan tuduhan Mahfuz mengenai kenyataan Muhyiddin yang kononnya bertentangan dengan kenyataan Najib, rasanya Naib Presiden PAS itu tidak punya akal seorang lelaki mumayyiz untuk berfikir.
Siapa Perdana Menteri? Najib atau Muhyiddin? Sudah tentulah Najib! Dari itu, sudah tentulah tarikh PRU ke-13 terletak ditangan Najib! Biar siapa pun yang umumkan tarikh PRU ke-13 selain Perdana Menteri, maka bolehkah individu itu membubarkan parlimen?
Pada pandangan saya, lebih teruk Mahfuz mendesak mahu Najib mengumumkan tarikh PRU ke-13, makin teruklah juga dia dipermainkan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya itu.
Kalau lebih teruk Mahfuz dipermainkan oleh kedua pemimpin utama negara itu, saya risau juga jika rakyat di Pokok Sena akan kehilangan Ahli Parlimen mereka akibat tekanan mental dan kecelaruan pemikiran tahap 12!
Justeru itu, saya merayu kepada Mahfuz untuk mengambil inisiatif bertemu dengan pakar jiwa untuk menenangkan tekanan dalam "kepala otak"nya.
PAS juga perlu mengambil peranan untuk melaksanakan dasar "tutup mulur Mahfuz" segera. Bukan apa, lebih banyak Mahfuz bercakap, makin teruk dia tunjukkan kebodohan dirinya dan PAS. Mahfuz tidak sedar dirinya adalah liabiliti utama untuk PAS!

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Panas! <b>Negeri Perak</b>, Teluk Rubiah dan Pasir Panjang Segari dah <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 04:18 AM PDT

oleh: Otai Manjung

Visit Perak Year 2012 (2.0): Ng Yen Yen bagus!

Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas…. hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.

Aku dapat tahu apabila kerajaan beralih kuasa secara kotor, sebuah hotel terkemuka di Ipoh juga menjadi pertaruhan. Dulu dikenali Casuarina Parkroyal Hotel, apabila termakan budi, MB juga meluluskan peralihan jualbeli dengan 'harga ajaib' yang mana sekarang dikenali Impiana Hotel. Syarikat siapa korang, berapa dijual cari sendiri. Apa yg aku nampak seperti isu Teluk Rubiah juga dahulunya dikenali Royal Teluk Rubiah Country Club, kini Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd atau lebih dikenali Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd. Jadi, jenama 'Royal' sudah tidak ada lagi dalam kedua-dua kes ini! Jadi tak heran jika suatu masa nanti 'Royal' juga bakal ghaib dimuka bumi Perak dan menjadi bahan sejarah di muzium negara dek kerana tangan-tangan mereka sendiri….tambahan pula hari ini rakyat mula bicara & kritik raja-raja secara terbuka, mereka tak peduli dah!

Gambar Hiasan: Hamidah & AC Mizal sama-sama cun, sama-sama cari makan….

Jika Exco Pelancongan Perak, Hamidah yang merestukan segala mak nenek industri di pusat pelancongan Perak, Zambry sbg MB sudah tentulah berperanan utama tapi dimanakah Menteri Pelancongan untuk pertahankan industri pelancongan dari terus dijahanamkan. Jika hamidah tidak memantau website peraktourism serta tidak bertindak dalam membetulkan fakta terkini Teluk Rubiah yang masih diletakkan dalam promosi pelancongan, Ng Yen Yen ada bagusnya sebab mempromosikan 'kempen memastikan kebersihan tempat pelancongan' di dalam website '1Malaysia Green & Clean – Think Tourism, Act Tourism'.

Gambar Hiasan: Ng Yen Yen 'melancong' ke Masjid

Bagus! tapi cakap tak serupa bikin! atau mungkin Ng Yen Yen gunakan percaturan alam maya hanya untuk Curi Curi Wang Malaysia, siapa tak tahu berapa bayaran untuk kendalikan facebook Cuti Cuti 1Malaysia nya! Aku pernah komen difacebook terbabit perihal isu Teluk Rubiah, tak sampai 1minit komen aku hilang & terus dibanned. Wow, memang mahal gaji pengendali fb berkenaan….cepat & cekap menjaga 'kepentingan' menteri terbabit.

Ini copypaste dari website kempen tersebut, baca dan nilaikan sendiri… dia suruh orang ramai paparkan untuk tindakan kementeriannya tapi berlaku sebaliknya. Ini betul-betul belit punya cakap! Jom kita ke tempat pelancongan seterusnya yang bakal diindustrikan. Kali ini bukan sahaja nelayan, pelancongan dan alam tergugat, penyu haiwan terlindung pun bakal menjadi mangsa perakus.

Apa yang ada di tempat pelancongan seterusnya….Data berkaitan akan dipaparkan dalam bahagian 2.5; Hentikan Tangisan Penyu. Tahun lepas aku ada linkkan kisah satu lagi projek musnah alam, antara petikannya – EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. (baca lanjut di SINI). Korang layan dulu kenyataan hamidah……makcik cun ini memang sukses!
Ini salah satu projek yang dibantah oleh Aktivis Alam Sekitar, dan satu lagi Kilang Besi Maegma Steel – antara maklumat baca di SINI.

 The Star Online: Maegma director Tunku Shaharuddin Tunku Mahmud (2nd from left) and Pramod exchanging GSA documents, witnessed by Zambry and Ahrens.

Dalam isu ini, sekali lagi Ng Yen Yen diam seribu bahasa malah aku juga di'diam'kan dalam facebook milik kementeriannya yg jutaan nilainya……nyonya, lu memang bagus!

Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari!

Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar…ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih – korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Ini maklumat dari website Perikanan:  Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Pusat Penetasan Penyu di kawasan ini dalam usaha menangani ancaman kepupusan penyu. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pengurusan dan penyelidikan penyu di samping memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai. Ia terletak di atas tapak seluas 2.4 Hektar dan dilengkapi dengan kemudahan pameran dan juga kolam penyu hidup untuk tatapan pengunjung. (baca lanjut di Segari Turtle Centre)

Projek loji simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel berhampirannya [rujuk artikel sebelum ini- Visit Perak Year (2.0)] boleh menambah gugat ekosistem sedia ada, tambahan ia dikatogerikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (ESA Rank 1), diulang TAHAP SATU! Ia lebih sensitif dari Teluk Rubiah (Tahap 2) yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak.

 Sekali lagi Kerajaan Negeri terang-terang langgar Rancangan Fizikal Negara!

NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantah projek-projek yang boleh menggugat kawasan semulajadi darat mahupun persisiran pantai di Segari daerah Manjung, rujuk keratan-keratan akhbar (klik untuk besar) di bawah.

Keratan Akhbar Berita Harian 13 Julai 2012

Keratan Akhbar The Star 12 Julai 2012

Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Julai 2012

Malaysia bukanlah terletak digaris bencana alam yg dasyat selain banjir dsbgnya, tapi peristiwa bencana seperti contoh tanah runtuh adalah angkara manusia sendiri. Ia seharusnya memberi pengajaran utk dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam, haiwan yang dilindungi & sistem ekologi pada masa akan datang. Duit punya pasal apa pun boleh di negara ini! Lepas tu peruntukan duit keuntungan itu utk hadapi kecelakaan bencana dalam menyelamatkan atau mengurangkan beban mangsa…….pun buat duit!

Dalam menangani isu ini, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) akan sertai lawatan & gotong royong anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk mengetahui lebih dekat segala kelemahan & permasalahan yang ada dan apa yang terkesan dengan bakal kehadiran 2 projek terbabit. Kami mahu bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin bagi menghindarkan kepupusan penyu di negeri ini. Kami bukanlah anti pembangunan tapi kami anti pembangangan, tiada kompromi dalam melestarikan alam sejagat!

QR Code: facebook.com/SaveTelukRubiah – Hentikan Tangisan Penyu @ Segari

Hamidah sbg Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan bla bla…sukses menjadikan zon pelancongan & sensitif alam kepada industri berat, mungkin pelabur asing juga dianggap pelancong baginya. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan berjaya melihat diam seribu bahasa kejayaan transformasi tempat pelancongan bertukar wajah dan Zambry Kadir mengiyakannya dalam memastikan Perak Amanjaya! Aman melancong atau berjaya melencong bai!?!…..

#Selepas ini Visit Perak Year 2012 (3) – berkisar pusat pelupusan sisa radioaktif disebalik banjaran kledang, projek menikus tanpa pengetahuan meluas kepada orang awam. kenapa dan apa yang ada disitu? nantikan….

Related posts: