Rabu, 7 November 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


lori sewa 3ton pindah rumah <b>di bercham</b> 019-5536710 nasir

Posted: 07 Nov 2012 01:59 AM PST

Nama: NASIR
Email: nasirnasir95@ymail.com
Website:
Tajuk: LORI SEWA 3TON PINDAH RUMAH DI BERCHAM 019-5536710 NASIR
Iklan: KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LORI SEWA UNTUK KEGUNAAN PINDAH RUMAH,PINDAH PEJABAT,PENGHANTARAN BARANGAN KILANG DAN LAIN2,JIKA ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT KAMI,SILA HUBUNGI;
019-5536710 NASIR
Ip Pengirim: 60.48.48.194

Laluan alternatif <b>Bercham</b> keluar ke PLUS dibuka – Perak Today

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bercham dijangka dapat dikurangkan kepada 30 peratus apabila laluan alternatif keluar ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula dibuka secara rasmi, hari ini.

Laluan yang dibina sebulan lalu oleh Topwish Realty Sdn Bhd dengan kos RM230,000 itu adalah antara projek yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah kesesakan teruk di kawasan terbabit yang mempunyai populasi 154,000 penduduk.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan laluan alternatif itu yang dibina untuk kemudahan penduduk Bercham, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) katanya, perlu membina persimpangan baru dekat pekan Tambun dengan secepat mungkin supaya pengguna tidak perlu membuat pusingan U seperti yang ada di laluan sedia ada sebelum menghala ke arah utara.

Jika persimpangan baru itu tidak dapat dibina, beliau bimbang masalah kesesakan di tempat baru pula akan muncul hingga menyukarkan pengguna lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, perancangan yang dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan perlu mengambil kira masa depan dan bukannya untuk hari ini semata-mata.

Ujarnya lagi, dalam mana-mana cadangan pembangunan sekalipun, ia perlu mengambil kira perancangan yang rapi, teliti dan tidak menjejaskan kualiti hidup wargakota bandaraya Ipoh.

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih banyak pembangunan akan mengambil tempat seperti di Meru dan Simpang Pulai," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry memberitahu masalah yang dibangkitkan rakyat perlu diselesaikan tanpa mengira samada kawasan itu dikuasai pihak pembangkang atau kerajaan BN.

Menurutnya, adalah hak rakyat untuk menikmati kemudahan dan menjalani kehidupan dengan baik.

"Walaupun projek ini menelan kos hanya RM230,000, ia sangat penting bagi penduduk Bercham kerana dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Kita perlu memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan baik seperti yang kita lakukan di Bercham ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majllis MBI DUN Bercham, Ir Lai Tong Pui, berkata setiap hari, purata 40,000 kenderaan menggunakan laluan utama Tasek.

Daripada jumlah itu, 20,000 kenderaan katanya, menggunakan persimpangan jalan utama untuk keluar dan masuk ke pekan Bercham hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

"Pembukaan laluan alternatif keluar ke PLUS ini dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah kesesakan lalu lintas di Bercham," jelasnya.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Pegawai Polis Terbunuh Dalam Nahas Helikopter <b>Di Malim Nawar</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2010 08:07 AM PST

KAMPAR: Seorang pegawai polis terbunuh apabila helikopter jenis Robinson 44 (R-44) yang dipandunya ketika dalam latihan terhempas dan terbakar di kawasan lombong, Malim Nawar di sini, Selasa.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi ketika mangsa Inspektor Mohd Shukri Othman, 31 yang bertugas di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalani latihan memandu solo dari sebuah pusat latihan penerbangan swasta di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata Insp Mohd Shukriyang mengendalikan helikopter R-44, dengan empat tempat duduk itu, dipercayaihilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Mangsa yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaandengan kesan kebakaran di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Shukri yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak dikatakan menjalanilatihan memandu helikopter sejak pertengahan tahun ini.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untukmembantu memadamkan kebakaran. - BERNAMA


07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Demo Bantah Sudah Bermula <b>Di Ipoh</b>, Tempat Lain Bagaimana?

Posted: 16 Oct 2012 11:26 PM PDT

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini
Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.
Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.
"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.
"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Anak Haji Amir: Cerita Hari Raya-<b>Di Bota</b>

Posted: 07 Sep 2012 01:04 AM PDT

Selepas bertolak dari Bagan Datoh, kami menuju ke rumah lagi seorang anaksaudara abah di Bota, Abang Deris..Perjalanan terasa amat jauh oleh kerana jalan jem yang teramat mengalahkan jem masa nak naik jambatan Pulau Pinang disebabkan hujan lebat..ke sebab kereta banyak sangat datang beraya.. Setelah berhempas-pulas memandu, sampai le ke destinasi, rumah Abng Deris...
Bila sampai je, kami semua lebih terarah kepada Mural yang dilukis oleh Abang Deris di dinding rumah dia daripada menjamu selera dengan makanan yang sedap yang disediakan. Mula-mula, Furqan la yang memulakan langkah pertama bergambar berlatarbelakangkan mural Abang Deris.
Abah bersembang bersama Abang Deris...
Furqan, yang memula mencetuskan fenomena...

Angah, Furqan dan Faiez..

Menyakat Pinny dan Imah dengan mulut itik..
Faiez dan Along buat gaya ala-ala comel...



Satu family, yang takde Daud, Ijal, Kak Lili...

Imran, Uqaiel dan Naufal...

Kak Ros dan Aina dan Kak Linda dan Basyirah..

Imah dan Pinny, bergambar di tepi pantai kononnya..


***Dah puas bergambar, baru menjamu selera...Masjid pun depan rumah je...best...Lepas Maghrib bertolak ke rumah Kak Yah dan Kak Munah...Memang beraya sakan la...Letih tapi berbaloi-baloi..!!!

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


jinggo-fotopages: Nasib baik ada tokong <b>di Slim River</b>..

Posted: 06 Nov 2012 06:05 PM PST

Venue : Dewan Tokong Khai Kee Teng, Slim River, Perak
Event : Ceramah Perdana Pakatan Rakyat
Date : 6/11/2012 @ 9.00 pm

YDP PAS Kawasan Slim River, Hj Aminuddin Zulkipli melahirkan rasa berbesar hati kepada tuan punya Tokong kerana sanggup menyediakan dewan Tokong bagi kegunaan ceramah Pakatan Rakyat...

 46. Brig Jen (B) Abdul Hadi Khatib,  Pengerusi Biro Keselamatan Keadilan
 47. Nga Kor Meng, Ahli Parlimen Taiping (DAP)

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Check in <b>Bukit Merah</b> Laketown Resort - DaMiA aLeESyA & DaMiA <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 06:04 AM PDT

Alhamdulillah.. Selesai sudaa meeting kami di Kuala Kangsar. Meeting yang agak lama. Dari jam 11 pagi sampai 5:30 petang. Rehat masa solat jumaat sahaja..

Dan tadi kami check in kat Bukit merah laketown.. Check in pun jam 6 lebih.. Penatt drive dari KL awal pagi then terus masuk meeting. Dan yang paling best stay di bukit merah ni adalah salah satu hadiah birthday aleesya jugak ni.. Almaklum lah, dah hampir 1 bulan tak bawak diaorg ni pi leisure..:)

Oraitt malam ni tido awal, esok banyak entertainment yang nak kitaorg main dan cuba.. Both damias excited giler2 ni.. Masing2 dah cakap nak gi situ sini..:)

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Batu vs Kayu: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 12:58 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Siapa Bunuh Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b>? | SEDAKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2010 02:56 AM PDT

LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


<b>Kerian</b>: Diganggu kelibat &#39;pocong&#39; | Kaki Bising Dot Com

Posted: 26 Oct 2012 07:35 PM PDT

Diganggu kelibat 'pocong'

KERIAN – Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu 'pocong' sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

"Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

"Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang 'membonceng' motosikal itu tanpa disedari penunggangnya," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.

"Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

"Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang," katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

"Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

"Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan," katanya.

Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

"Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala," katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk 'diganggu' hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan 'mengganggu' kediaman asal makhluk halus di sini.

"Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

"Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur 'keramat' yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami," katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

"Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

"Kami tidak menolak kemungkinan 'kemunculan' kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu 'marah' dan mengganggu kami," katanya.

sinar harian

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> MAJLIS DAERAH <b>GERIK</b>

Posted: 06 Nov 2012 06:01 PM PST

jawatan kosong 2012 Majlis Daerah Gerik

Jawatan kosong 2012 : MAJLIS DAERAH GERIK sebagai sebuah Kerajaan Tempatan dan agen yang menguruskan pembangunan daerah dengan menyediakan perkhidmatan-perkhimatan kepada penduduk-penduduk setempat.Pada 1 Disember 1979 ketiga-tiga L.P.K.T (L.P.K.T Gerik (Lembaga Bandaran),L.P.K.T.Batu Dua (Majlis Tempatan) dan L.P.K.T. Kuala Rui (Majlis Tempatan) dicantumkan dibawah satu pentadbiran Penguasa Tempatan yang dinamakan MAJLIS DAERAH GERIK dengan keluasan kawasan kawalan 104.88km persegi. Walau bagaimanapun kawasan operasi hanya melibatkan 2.64km persegi sahaja dan 1.51km persegi daripadanya merupakan kawasan Bandar.

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18
TAHUN YANG BERKELAYAKAN, KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL
RIDZUAN.

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Undang-Undang
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Nama Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
Jadual Gaji : L29

CARA MEMOHON :
(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Gerik
atau dari laman web www.gerik.gov.my.
(b) Sertakan bersama gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan sijilsijil
yang berkaitan.
(c) Alamatkan permohonan ke :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK, PERAK.
(e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 15.11.2012
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


sepetang <b>di kuala sepetang</b>, mee udang mak jah - lebih baik jadi <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 05:19 AM PDT


2 Oktober lalu,  selesai tugasan rasmi di Taiping dan Penang ( 1 Oktober ) amik kesempatan terus ke Restoran Mee Udang Mak Jah yang terkenal di Kuala Sepetang....puas hati akhirnya dapat jugak merasa mee udang di sini selepas berbulan2 merancang. Alhamdulillah...rasa sedap dan bestnya adalah udang yang segar dan 'manis rasanya'.
BANYAK PARKING DISEDIAKAN
Selama ini saya hanya mendengar mee udang di di Kuala Sepetang sedap.....kerana sebelum ini  dah merasa mee udang di Bayan Lepas , jalan menghala ke Balik Pulau memang sedap..... harga pun 'sedap' masa tu RM 18.00 sepinggan....tapi udangnya sebesar ibu jari kaki...


Selepas tugasan di Taiping kami terus bertolak ke Kuala Sepetang....teruja sangat....orang pun tetiba ramai dengan kehadiran dua buah bas rombongan sekolah dari Negeri Sembilan...meriah sungguh kedai makan ini.

DENGAN KAWAN2 DARI UTARA DAN HQ
Pendapat peribadi saya, bila dah makan mee udang di sini....keistimewaannya adalah udangnya yang segar dan terasa manis. Alhamdulillah.



Insyallah datang lagi  dan nak cuba gerai2 lain di sekitar Kuala Sepetang.....

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan Adun Hulu <b>Kinta</b> – Perak Today

Posted: 09 Oct 2012 04:29 AM PDT

Kebajikan rakyat di kawasan DUN Hulu Kinta sentiasa menjadi keutamaan saya, demikian tegas Datuk Rusnah Kassim yang diberi amanah sebagai wakil rakyat selepas memenangi pilihanraya umum ke-12 pada 2008.

Bercakap kepada Peraktoday.com, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Perak, berkata program turun padang untuk mendekati dan menyelami masalah rakyat cukup berkesan, sekaligus memberi impak positif kepada peningkatan tahap sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pendekatan seumpama itu katanya, dipraktikkan apabila melawat mangsa kebakaran atau bencana sebelum bantuan yang sewajarnya kepada mangsa.

Beliau juga turut mengarahkan kakitangan Pusat Khidmat ADUN mempraktikkan pendekatan yang sama setiap kali berlaku insiden yang tidak diingini di kawasan berkenaan.

"Pada setiap Rabu, saya akan berada di Pusat Khidmat ADUN Hulu Kinta untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Selain itu, pada setiap Rabu minggu pertama pada setiap bulan kita turut mendatangkan pegawai JKM bagi memudahkan rakyat berurusan dengan agensi berkenaan," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rusnah berkata, sejak berkhidmat di kawasan itu, kerjasama baik yang diberikan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantunya menyelesaikan bermacam ragam masalah rakyat.

Salah satu isu yang mendapat perhatian serius Rusnah ialah masalah setinggan yang tinggal di merata-rata tempat dalam DUN Hulu Kinta.

Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau katanya, terpaksa turun naik ke Pejabat Tanah Daerah untuk memastikan kehidupan setinggan lebih terbela dan akhirnya usaha itu berbaloi apabila tanah seluas 12 hektar diluluskan bagi menempatkan kira-kira 100 keluarga setinggan.

"Di kawasan ini nanti, kita akan membangunkannya menjadi perkampungan tersusun yang dikenali sebagai Kampung Tersusun Changkat Kinding 2," katanya.

Selain itu, isu pemilikan tanah membabitkan penduduk Kampung Baru Changkat Kinding juga berjaya diselesaikan selepas mereka menanti hampir 40 tahun untuk mendapatkan geran hak milik.

Segala urusan kata Rusnah, sudah selesai kerana Borang Tawaran 5A surah diserahkan kepada 69 keluarga di mana 18 daripadanya tinggal di atas rizab jalan JKR.

Tidak ketinggalan 43 peserta mendapat manfaat apabila menerima Borang Tawaran 5A untuk mengusahakan tanah pertanian secara berkelompok di belakang Taman Indah, katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rusnah mengakui Tanjung Rambutan dan kawasan sekitarnya semakin pesat membangun dengan projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan Pusat.

Beliau berkata, projek membina pasar Tanjung Rambutan yang baru sedang dilaksanakan dan bangunan yang dibina dengan kos lebih RM3 juta itu dijangka beroperasi Disember nanti.

Kemudahan jalan pintas untuk keselesaan rakyat berulang-alik turut mendapat perhatian Rusnah yang membabitkan laluan sejauh kira-kira 500 meter dari Taman Indah menuju ke Pusat Latihan Polis Gerakan Am.

Kewujudan Sunway City, Pusat Latihan Giat Mara, Maktab Perguruan Ipoh dan terbaru Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan Tanjung Rambutan, katanya.

Malah, Rusnah berkata, kawasan itu juga berpotensi dibangunkan menjadi pusat gedung ilmu di negeri Perak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap agar sebuah kolej komuniti dapat ditubuhkan di DUN Hulu Kinta bagi memberi peluang kepada rakyat tempatan khususnya kaum wanita mendapat kemahiran seperti menjahit dan memasak untuk menjana pendapatan sendiri.

Ditanya sokongan rakyat terhadap BN, beliau yakin sokongan semakin bertambah hasil kerja keras yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di peringkat Pusat manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di peringkat negeri.

"Saya lihat sokongan rakyat baik di kalangan kaum Melayu, Cina dan India khususnya di DUN Hulu Kinta semakin bertambah baik, sekaligus memberi peluang cerah untuk BN mengekalkan kerusi ini," katanya lagi.

Sementara itu, rakyat yang ditemui berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan Rusnah dan menyifatkan beliau seorang wakil rakyat yang kuat bekerja tanpa mengira masa dan tempat.

S Maniam, berkata sepanjang mengenali wakil rakyat itu, Rusnah sentiasa mengambil berat masalah rakyat di kawasan berkenaan.

"Beliau sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia Perak dan saya berharap beliau kekal bertanding di kerusi DUN Hulu Kinta pada pilihan raya umum nanti.

"Penduduk amat memerlukan pemimpin yang berjiwa rakyat dan berwawasan jauh bagi memastikan kesejahteraan rakyat di sini terjamin," kata bekas kakitangan kerajaan itu lagi.

Pendapat sama dikongsikan Mohd Zan Bohari, 43, dari Gerbang Tanjung Permai yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Rusnah di atas usaha dan kejayaannya membantu rakyat di Hulu Kinta.

"Penduduk kini boleh hidup dengan selesa apabila tapak pelupusan sampah telah ditutup dan pembangunan di kawasan ini juga semakin berkembang pesat," tegasnya lagi.

Penduduk Kampung Baru Changkat Kinding, Chong Bon Hoo, pula berterima kasih kepada wakil rakyat itu kerana berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah yang berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Tegasnya, Rusnah tidak mengenal erti penat cuba membantu penduduk mendapatkan hak milik tanah yang ditunggu-tunggu mereka.

Bagi Mazlan Long, dari Kampung Suak Petai, masyarakat Orang Asli di kawasan itu turut menerima pelbagai bantuan dan sokongan daripada Rusnah.

"Lebih 1,000 pengundi dari kalangan Orang Aslli berdiri teguh di belakang kepimpinan wakil rakyat hari ini dan kita berharap beliau terus diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


My Kerjaya Online: Kerjaya <b>di</b> Majlis Daerah <b>Batu Gajah</b>

Posted: 03 Nov 2012 05:06 PM PDT

Kekosongan di Majlis Daerah Batu Gajah
Tarikh Tutup: 15 November 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Murid tahun enam ditemui lemas <b>di Lenggong</b>

Posted: 29 Sep 2012 10:38 AM PDT

LENGGONG - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas dalam keadaan tersangkut pada kayu di sungai berhampiran Kampung Luat, Lenggong,….

pagi tadi.
Mangsa, Mohd Aiman Izuddin Abd Rahman hilang di Kampung Temelong kira-kira 3.30 petang semalam.

Sinar

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


INDAH RASA J.MALIM: Mengenang Suatu Masa Yang Telah Berlalu 1

Posted: 28 Oct 2012 04:06 PM PDT

Menjadi Kedi Di Kelab Golf Batang Padang

Logo Kelab Golf Batang Padang

Rumah saya di Bidor terletak tidak jauh dari Kelab Golf Batang Padang ( KGBP ). Sedari kecil lagi saya sudah terbiasa melihat abang-abang sepupu dan rakan-rakan mereka pergi ke padang golf berkenaan untuk menjadi kedi. Ketika itu bekerja sebagai kedi hanya dilakukan pada sebelah petang dan pada hujung minggu. Bagi anak-anak muda sekitar Bidor dalam lingkungan usia 12 hingga 20 tahun, menjadi kedi merupakan satu kerja yang sangat lumayan. Jika kena pada masanya, seorang kedi boleh mendapat bayaran sehingga RM25 sehari. Ketika itu jumlah berkenaan sudah cukup lumayan bagi kami.

Gambar Hiasan menunjukkan

seorang kedi dan pemain golf

Mulanya saya memang tidak mahu menjadi kedi. Namun saya selalu juga ke padang golf berkenaan untuk bermain-main. Jika tidak pun sekadar berjalan-jalan bersama teman di waktu petang. Tidak terlintas dihati ini untuk menjadi kedi. Tambahan pula cerita-cerita pembulian yang sering dilakukan oleh kedi senior kepada kedi junior memang menakutkan diri saya. Maklumlah ketika itu saya masih bersekolah rendah.

Hinggalah pada suatu petang, saya dipelawa oleh seorang teman untuk mengikutinya mengambil upah mengutip bola golf di padang latihan kelab golf berkenaan. Anehnya, saya menerima pelawaannya itu tanpa sebarang bantahan. Itulah kali pertama saya merasakan seronoknya mendapat upah. Masih saya ingat lagi upah pertama yang saya terima ialah RM2.50. Seronok rasanya mendapat duit. Namun saya tidak menceritakan hal saya mengutip bola golf ini kepada emak dan ayah. Perasaan bimbang dimarahi begitu bersarang di hati.

Esoknya saya ke padang golf semula dan seperti semalam saya pulang dengan RM2.50 juga. Lama kelamaan saya mula merasa seronok mengambil upah mengutip bola golf ini. Namun kadangkala saya juga pulang hampa kerana tiada pemain golf yang mahukan khidmat mengutip bola dari saya dan teman-teman. Selain itu, persaingan juga agak sengit antara kami. Masing-masing berebut-rebut menawarkan khidmat mengutip bola. Seingat saya, jumlah upah paling tinggi yang pernah saya terima ialah sebanyak RM5. Berbunga-bunga perasaan hati ini apabila melihat not bewarna hijau diserahkan kepada saya. Terasa begitu lumayan nilai RM5 pada diri saya ketika itu.

Membuli

Saya terus mengambil upah mengutip bola golf sehingga ke darjah enam. Ayah dan emak juga lama-kelamaan tidak begitu kisah dengan kegiatan saya itu. Cuma mereka berharap agar saya tidak leka dalam pelajaran. Saya juga tidak takut dibuli kerana padang latihan di padang golf berkenaan terletak agak jauh dari rumah kedi. Tambahan pula, kedi-kedi senior kurang berminat untuk mengambil upah mengutip bola golf kerana upahnya begitu kecil dan tidak setimpal dengan kudrat yang tercurah.

Rasanya pada pertengahan tahun 1996, sepupu saya yang dipanggil Awie mengajak saya untuk menjadi kedi. Beliau sudah setahun menjadi kedi sedangkan usianya pada ketika itu baru menginjak 11 tahun. Agaknya beliau kasihan melihat saya hanya mendapat upah yang kecil sewaktu mengutip bola golf. Mulanya agak gentar juga hati saya namun setelah dipujuk beberapa kali akhirnya saya mengalah walaupun hakikatnya saya harus bersedia untuk dibuli !

Satu set golf dan troli

Pada mulanya agak kekok juga menjadi kedi. Dengan usia yang masih muda dan bentuk badan yang kecil saya hanya mampu menarik troli beg golf yang sangat berat. Pada ketika itu saya terdaftar sebagai kedi gred C di kelab golf berkenaan. Penyelia kedi pada ketika itu ialah seorang tua yang dipanggil Pak Ali. Agaknya memang nasib menyebelahi diri saya, Pak Ali ini walaupun garang namun agak baik dengan saya. Dengan sendirinya saya dipanggil dengan gelaran "anak angkat" Pak Ali. Berbekalkan gelaran itulah saya selamat dari menjadi mangsa buli. Hehehehe. Namun sesuatu yang pasti ialah saya selamat kerana saya dilindungi oleh abang-abang sepupu saya yang sememangnya tidak akan membiarkan saya diusik sewenang-wenangnya.

Menjadi kedi merupakan pekerjaan yang nampak seperti mudah namun memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Lumrahlah jika dimarah, dimaki dan dihina oleh si pemain golf dengan kata-kata yang tidak sedap didengar. Namun sepanjang kehidupan saya sebagai seorang kedi, hanya bangsa kita sendiri yang kerap mengherdik dan memaki anak bangsa sendiri dengan semahunya hati. Agaknya mereka merasakan diri mereka terlalu hebat dan besar apabila bemain golf ini. Kami budak-budak kedi tidak pernah ambil pusing hal caci maki ini walaupun hati bagai bernanah diperlakukan sedemikian rupa. Memang kami sedar taraf kami dan mereka bagai langit dan bumi.

Saya pernah mengalami satu kejadian dimana sewaktu menjadi kedi kepada Encik A, sarung tangan yang baru dibeli oleh beliau untuk bermain golf telah tercicir. Hal ini tidak disedari sehinggalah keesokan harinya barulah beliau tersedar yang sarung tangan barunya telah tiada lagi. Kebetulan pula sepupu saya telah menjumpai sarung tangan berkenaan dan memaklumkan kepada saya untuk memulangkannya kepada Encik A itu tadi.

Sayangnya, Encik A telah bertindak lebih awal dengan menyatakan saya telah mencuri sarung tangannya. Sampai suatu ketika beliau telah menampar muka saya dengan begitu marah malah melemparkan kata-kata cacian yang menghina keluarga saya. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.  Saya terus pulang ke rumah tanpa menceritakan kejadian itu kepada keluarga. Akhirnya sarung tangan itu dipulangkan oleh sepupu saya 2 jam selepas kejadian saya ditampar dan menceritakan kepada Encik A hal yang sebenar. Perkara  ini menimbulkan rasa kesal pada Encik A. Beliau ada berjumpa saya untuk meminta maaf dan bagi seorang anak kampung yang punya maruah diri, saya hanya tersenyum tanpa berkata sepatah kepadanya. Hal itu saya diamkan sahaja dan tinggal sebagai sebuah kenangan yang pahit.

Rupanya kisah ini masih belum berakhir, beberapa tahun yang lepas saya terserempak dengan Encik A di sebuah pasar minggu bersama isterinya. Beliau sudah agak berumur dan berjalan menggunakan tongkat. Saya memandangnya dari jauh dan pandangan kami bertemu. Saya menegurnya dan memperkenalkan diri sebagai kedi yang pernah ditamparnya dahulu. Terkejut isterinya melihat air mata Encik A mengalir deras dari pipi selepas bertemu dengan saya. Benar, selepas melihat keadaanya saya terus memaafkan segala perbuatannya kepada diri saya dahulu. Namun sebelum berlalu sempat saya titipkan kepada sebagai akhir segala krisis yang pernah berlaku dahulu.

                "Saya boleh sahaja menampar muka pakcik sampai mati sekarang ini juga jika mengenang apa yang pernah pakcik lakukankepada saya tetapi saya tidak mahu. Biarlah Allah menjawab untuk saya diakhirat nanti apa yang terkandung dihati saya untuk pakcik"

Beliau termanggu dan air matanya mengalir deras. Saya terus berlalu tanpa memandangnya. Benar dunia ini ibarat roda, sebentar diatas dan sebentar kita dibawah.

Namun tidak semua pemain golf suka memaki kedinya. Ada yang muncul sebagai individu yang sangat dihormati oleh kedi-kedi di kelab berkenaan. Individu-individu seperti ini lazimnya mendapat perhatian yang sangat hebat dari para kedi. Biasanya kami akan berebut-rebut menawarkan khidmat kedi kepada mereka. Upah menjadi kedi ini sangat lumayan. Satu pusingan 9 lubang kami akan mendapat upah sekitar RM5 sehingga RM15. Pernah saya mendapat upah RM35 bagi dua pusingan 18 lubang. Nilai purata pendapatan seorang kedi pada ketika itu ialah RM 90 seminggu. Bagi seorang anak remaja seperti saya, jumlah itu amatlah besar dan bernilai !

Menjadi kedi menjadikan saya seorang yang cekap dengan persekitaran. Selain dari tumpuan pada arah perginya bola golf, saya juga dapat melatih diri mengesan arah angin dan jarak sesuatu lubang dari tempat pukulan. Kemahiran-kemahiran seperti mengesan bola golf di semak juga dipraktiskan disini. Paling penting struktur tubuh juga menjadi sihat akibat bebanan kerja yang berat.

Saya terus menjadi kedi sehingga berhenti rehat dalam tingkatan tiga kerana menumpukan sepenuh perhatian pada peperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah pada tahun 1999. Pada ketika itu saya sudah menjadi kedi gred B. Rupa-rupanya, rehat saya sebagai kedi berlanjutan sehingga ke tingkatan 4. Saya tidak lagi menjejakkan kaki ke padang golf selepas itu. Tidak tahu kenapa, namun yang pastinya saya lebih selesa membuat aktiviti yang lain seperti bermain bola sepak dan berlibur malam bersama teman-teman. Tambahan pula, teman-teman lama kebanyakannya sudah ramai yang berhenti dari menjadi kedi.

Menjelang pertengahan tahun saya di tingkatan 4, ketika ramai teman-teman lama sudah lama berhenti menjadi kedi, saya pula mengambil keputusan untuk menjadi kedi untuk kali yang keduanya. Namun kini segalanya berubah. Pak Ali sudah tidak lagi bekerja di kelab golf berkenaan. Ramai teman-teman sudah tidak lagi menjadi kedi. Yang anehnya kini yang ramai menjadi kedi ialah anak-anak masyarakat orang Asli yang banyak mendiami kawasan kem Pasukan Gerakan Am ( PGA ) yang terletak tidak jauh dari padang golf berkenaan. Ini secara tidak langsung menimbulkan masalah baru kepada kedi-kedi lama kerana pemain-pemain golf lebih berminat mendapatkan khidmat kedi orang Asli yang penawaran upahnya jauh lebih rendah dari kami.

Saya dinaikkan taraf sebagai kedi gred A pada ketika ini. Namun sejujurnya kemahiran saya sebagai kedi tidaklah setaraf dengan gred A saya itu kerana saya sudah lama meninggalkan alam kedi ini. Tempat berkumpulnya kedi yang suatu ketika dahulu meriah dengan gelak ketawa kami bermain judi daun terup juga sudah semakin sunyi. Benar ketika tahun 2000 hingga 2001 jumlah kedi Melayu di kelab golf berkenaan semakin menyusut.

Akhirnya menjelang tahun 2001 ketika saya di tingkatan 5, saya juga turut angkat kaki sebagai seorang kedi. Selain dari memikirkan soal peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba, saya juga dihantui dengan beban perasaan kejadian kes saya dengan Encik A yang seterusnya mematikan niat saya untuk terus menjadi kedi. Selepas itu saya memang tidak ambil peduli lagi dengan padang golf berkenaan. Tinggallah beberapa orang rakan yang terus tabah bertahan menjadi kedi disitu.

Beberapa tahun selepas itu, saya terdengar cerita yang kelab golf berkenaan telah menggunapakai kenderaan automatik bagi kegunaan pemain-pemain golf mudah untuk bergerak dan membawa peralatan golf mereka. Teman-teman yang masih bertahan sebagai kedi memanggil kenderaan itu sebagai "babi' . Tidak tahulah kenapa ia digelarkan sedemikian rupa. Beberapa orang teman yang tertahan itu juga akhirnya terpaksa mengalah dan meninggalkan terus pekerjaan sebagai kedi tidak lama selepas itu. Saya mengira faktor usia juga memainkan peranan. Kebanyakan dari kami pada ketika itu sudah mencapai usia hampir malah melebihi 20 tahun. Tarikan kepada perkara-perkara lain lebih memikat hati kami dalam usia sedemikian.


Walaupun saya sudah lama meninggalkan pekerjaan ini namun kerinduaan saya terhadapnya kadangkala muncul secara mendadak. Kadangkala ketika menonton perlawanan atau kejohanan golf di televisyen, ada juga teman-teman yang merasa hairan melihat saya dapat menghuraikan maksud beberapa perkataan yang dikaitkan dengan permainan golf seperti par, bogey, handicap, jenis –jenis kayu dan bermacam-macam lagi seolah-olah saya pernah bermain golf. Saya hanya tersenyum dan berkata, inilah hasil dari apa yang pernah saya lakukan semasa alam remaja saya. Saya tidak pernah malu dan segan untuk menyatakan saya dahulu adalah seorang kedi. Ya benar … seorang kedi yang pernah ditampar dan dikeji oleh Encik A …..

Melawat Semula Tempat Mencari Rezeki

Ada juga sesekali saya melawat semula padang golf yang pernah menjadi lubuk rezeki kami anak-anak kelas bawahan di Bidor . Keadaannya sudah jauh berubah malah boleh dikatakan agak suram. Masih ada juga pemain-pemain golf yang beraksi disini namun ia tidaklah semeriah dahulu.


Rumah kedi yang tertinggal sepi

Rumah Kedi yang menjadi tempat kami berkumpul mendaftarkan diri sebelum bertugas juga terbiar tanpa pembelaan. Seolah-olah menantikan saat untuk roboh. Disitulah dahulu berkumpulnya anak-anak muda yang datang dari pelbagai jenis keluarga yang punya ribuan cerita susah dan senang.

Di rumah kecil itu tersimpan cerita tentang rokok, ganja, judi, buli, persahabatan dan krisis. Seolah-olah masih terlihat pada pandangan mata saya susunan basikal yang sederet di tempat meletak basikal di koridor rumah berkenaan. Masih terbayang seolah-olah Pak Ali sedang menyapu habuk rokok dan sampah yang bertaburan di lantainya sambil mulutnya memaki-maki kami sedangkan dihatinya Allah sahaja yang tahu betapa baiknya beliau kepada kami. Betapa riuh dan meriahnya ketika itu.

Kawasan saya mengambil upah mengutip bola golf

Kini saya sendiri sudah hampir ke usia 30an. Malah ada kedi-kedi senior saya dulu sudah mencapai usia 40an. Masing-masing sudah meninggalkan alam kedi. Rasanya mungkin saya antara generasi terakhir kedi Melayu di Bidor. Tidak pula saya mengetahui sama ada masih ada yang menjadi kedi namun jika dilihat dari situasi semasa ramai anak-anak Bidor kini  langsung tidak berminat menjadi kedi.

Tempat meletak kenderaan

Dahulunya dihujung atas kiri gambar

merupakan tempat kami melepak

Kelab Golf Batang Padang tempat saya mencari rezeki

Saya berhenti sejenak dipinggir kawasan lapangan golf yang hijau itu pada suatu petang yang kering. Mata saya tertumpu pada sekumpulan pemain golf yang berjalan perlahan. Hati saya tiba-tiba menjadi sebak …. Dan air mata saya tumpah …. Dahulu saya seorang kedi… benar saya seorang kedi !