Ahad, 22 April 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


MOUNTDWELLER: Orang Perak Sambut PM <b>Di Gopeng</b>

Posted: 18 Feb 2012 07:27 PM PST

18 Feb. 2012 Puluhan ribu ooiii...
Sumber

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


~kAtA hAti sAyA~: Klinik Kesihatan <b>Hutan Melintang</b> :)

Posted: 25 Mar 2012 08:17 AM PDT

dalam masa sebulan ak b'praktikal di klinik kesihatan..
mrata tempat ak g yg berhampiran ngn kwsn Teluk Intan..
antaranye migu 1st ak praktikal di  Klinik Kesihatan Hutan Melintang..
next kat Klinik Kesihatan Sg.Sumun, KK Maharajalela, KK Langkap, 
KK Teluk Intan & KK Chenderong Balai..
utk sem ni ak berehat skjap dari b'praktikal di hospital.. :)
ape yg ak wat sepnjg praktikal kat klinik kesihatan?
antaranya ak amek 'history taking' utk ibu mengandung, bg injection utk ibu n baby, membuat ukuran antropometri ( ukur berat, tinggi n ukur lilit kpala baby) , cek tknn darah n berat ibu, wat assessment utk baby dan kanak2, bg pendidikan kesihatan mngenai perancang keluarga n mcm2 ag r.. 
ktorg jugak ade g skola bg injection n pendidikan kesihatan & lawatan ke rumah..
aktiviti bosan kami di Klinik Kesihatan Hutan Melintang...
haha jOm lyn gmbr kat bawah ni >> :)
awek nurse mane ni? hehe :)
 Jeti di Muara Hutan Melintang :)

mnugu Uncle Sandra utk balek :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka Dan Komen Skali Ye! TQ :) ♥

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Gadis Atas Awan: Office Under Construction

Posted: 17 Apr 2012 07:50 AM PDT

Dah hampir dua minggu office tempat saya kerja dalam keadaan macam ni.. bising..! berhabuk..! bersepah..! dan juga macam-macam ber-lagi.. PENING! harapnya next week dah boleh kembali seperti biasa.. saya dapat new working place.. office sendiri barangkali? hehe.. yang penting dekat dengan boss yang disayangi! opss! :-P

Alhamdulillah tahun ni rezeki boss lebih.. projek dapat dekat sana sini.. yang terbaru di Langkap (Perak) project besar duit pun besar lah yang masuk! saya pun murah rezeki juga.. gaji naik lagi tahun ni.. dan saya dalam process menerajui business (kecil-kecilan) sendiri.. Insyaallah tahun ni bonus besar punya! :-D amin.. mudah-mudahan..

Follow AisumiChan on Twitter

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


KAMPUNG KU <b>TROLAK</b>

Posted: 19 Apr 2012 12:09 AM PDT


07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Wakil insuran prudential dan prubsn takaful <b>di ipoh</b> - CariGold Forum

Posted: 27 Mar 2012 09:33 AM PDT

Forum Jump

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di</b> Kg Tanjung Aur, <b>Bota</b>

Posted: 20 Apr 2012 08:59 AM PDT

0

Bota Kanan, 20 April 2012 – Saari telah diundang oleh PAS Kawasan Parit untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Kg Tanjung Aur, Bota Kanan, Perak.

Cikgu Rafaie Kasimi menyampaikan ceramah beliau mengenai isu PTPTN dan perbelanjaan boros kerajaan Umno-BN

Saari menyampaikan ceramah menegnai penyelewengan yang berlaku di Selangor oleh pentadbiran Umno-BN semasa mereka memerintah negeri dengan memfaraidkan kekayaan negeri kepada kroni

Sebahagian dari ratusan penduduk mendengar ceramah yang disampaikan

Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

BOTAONLINE: Ceramah Isu Semasa <b>Di Bota</b> Kiri

Posted: 06 Feb 2012 12:42 AM PST

Ceramah Isu Semasa bertempat di Rumah Ketua Cawangan PAS Kampung Aji,Bota Kiri malam ini.Penceramah YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan.semua dijemput hadir..

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Kelantan <b>di</b> mata rakyat

Posted: 15 Apr 2012 06:48 PM PDT

Uthaya Sankar SB

Kelantan bukan negeri yang mundur walaupun keadaan di sana tidak secantik negeri-negeri di pantai barat Malaysia.Demikian mesej yang dikirim oleh Izan Ali, seorang penulis yang berasal dari Malim Nawar, Perak dan kini bekerja di sebuah syarikat penerbitan swasta di Kepong."Terdapat enam laluan bagi kereta di jalan raya utama. Maknanya, jalan raya di Kelantan setanding apa yang ada di pantai barat," kata novelis itu yang ke Kelantan tahun lalu dan tinggal di rumah kawannya.

Reaksi yang diberikan Izan adalah berikutan paparan saya di Facebook di mana saya meminta rakan-rakan dari luar Kelantan yang pernah pergi ke negeri itu supaya berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri.

Jamal bin Ludin yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Lahad Datu pula menceritakan bahawa dia pernah tinggal di Kampung Paloh Rambai, Ketereh pada 2007-2008 dan mempunyai keluarga angkat di Pasir Puteh, Kelantan sejak 1994.

"Saya pernah berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Negeri Serambi Mekah itu selama beberapa tahun, serta mempunyai saudara-mara yang bertugas di Kota Bharu.

"Pengalaman mengunjungi sekitar Negeri Cik Siti Wan Kembang, bekerja dan tinggal di sana membawa kenangan manis dalam hidup saya. Saya masih teringat-ingat kenangan manis bertemu Tok Guru dulu," katanya yang sedang dalam proses menulis berdasarkan pengalaman mengunjungi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Pandangan yang saya kumpulkan ini adalah wajar sebagai tambahan kepada "pengalaman" saya sendiri yang saya catatkan menerusi dua tulisan saya di FMT sebelum ini.

Malah, agak menarik untuk diperhatikan bahawa pengalaman dan pandangan saya hampir sama dengan kisah yang dikongsikan beberapa individu berdasarkan pengalaman peribadi mereka.

Maknanya, tidak timbul soal saya diberi "layanan istimewa" semasa saya berada di Kota Bharu pada 11-14 Mac 2012 kerana "layanan" dan "pengalaman" saya sama sahaja dengan beberapa individu lain yang berasal dari luar Kelantan.

Omongan puak cetek ilmu

Perkara ini wajar dinyatakan kerana khabarnya semasa sebuah festival sastera di Melaka pada hujung Mac lalu, beberapa individu mengemukakan pertanyaan kepada pengarang dari Kelantan, Leo AWS mengenai "motif sebenar" saya ke Kelantan; kononnya ada "agenda politik" sehingga diberi layanan khas oleh "parti pembangkang".

Tentu sahaja omongan puak cetek ilmu seperti itu wajar diabaikan kerana ternyata bodoh serta tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapa. Biarkan Luncai dengan labu-labunya!

Sementara itu, Mohidin Yahya yang berasal dari Muar, Johor dan kini tinggal di Johor Bahru mempunyai pengalaman manis yang sukar dilupakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya pernah duduk mendengar tazkirah pada pagi Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati, Kota Bharu dan sempat juga bersalam dengan Tok Guru. Alangkah bertuah kalau dapat kerap bersama Tok Guru; menimba ilmu daripada pendakwah yang tulus dan pemimpin yang bersih," katanya sebagai reaksi selepas membaca catatan saya pada minggu lalu.

Nik Faridah Mamat yang pernah menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menjelaskan bahawa pada setiap pagi Jumaat, orang ramai berpusu-pusu di tengah bandar raya Kota Bharu "untuk menadah ilmu daripada Tok Guru".

"Orang ramai akan duduk beralaskan surat khabar atau tikar untuk mendengar kuliah tafsir al-Quran. Peluang ini juga digunakan oleh peniaga kecil-kecilan untuk mencari rezeki. Orang Islam dan Bukan Islam sama-sama terlibat. Suasana seperti ini terlalu jarang berlaku di tempat-tempat lain," katanya.

Shan Narayanan dari Ipoh, Perak pula mengucapkan "dirgahayu Tok Guru" kerana kagum dengan cara ulama itu mentadbir Kelantan sejak 1990. Seorang lagi pembaca dari Ipoh, Jason Ng turut meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap penduduk negeri Kelantan.

"Bagi penduduk di luar Kelantan, pergilah untuk melihat dan mengalami sendiri segala kehebatan yang ada di sana," katanya.

Cadangan dan saranan Jason adalah sama dengan pandangan saya. Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah betapa penduduk di luar Kelantan "jahil" atau "dijahilkan" mengenai keadaan sebenar di negeri yang mengamalkan konsep "Membangun Bersama Islam" itu.

Misalnya, pemimpin dan penduduk Melayu-Islam di Kelantan berpegang teguh pada akidah Islam, namun tidak menunjukkan sebarang permusuhan atau penentangan terhadap penganut agama-agama lain.

Sebaliknya, apa yang saya lihat dan alami sendiri adalah keikhlasan dan "roh" sebenar Islam; dengan penuh kesedaran bahawa Tuhan menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenali dan saling menghormati.

"Realiti di Kelantan tidaklah teruk seperti dimomokkan pihak tertentu. Penduduk di sana ramah dan mesra. Isu kononnya orang Kelantan suka cari gaduh langsung tidak timbul sepanjang saya berkawan dengan orang Kelantan," kata Izan lagi.

Pada pandangannya, orang Kelantan suka menerima tetamu dan sangat menghormati tetamu yang datang ke rumah.

"Mereka akan masak beria dan hidangkan makanan yang sedap-sedap kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah; tak kira kaum, agama dan fahaman politik. Saya duduk di rumah kawan dulu, asyik makan sahaja!" Izan menambah.

Keharmonian sejati

Amalan menerima dan meraikan tetamu bukan hanya di rumah. Sebaliknya, pekedai dan peniaga juga amat gembira menerima kunjungan orang luar dan dilayan pula sebagai tetamu.

Misalnya, saya bersama-sama Rohani Deraman, novelis dari Johor Bahru dan Zainab Ngah, penulis dari Kuala Terengganu bersarapan dengan Mohammad Faizal Che Yusof (peguam OKU) dan Roshidayu Che Mat dari Shah Alam di Selera Daun Pisang, Jalan Pengkalan Chepa.

Pemilik restoran itu tidak melepaskan peluang merakam foto bersama-sama kami sebagai kenangan bertemu kelompok penulis. Malah, semasa saya bersarapan di Kedai Kopi White House, Jalan Sultanah Zainab, ada pengunjung yang datang bersalam dan mahu ambil foto bersama saya.

Dalam pada itu, Zawawie Abdullah yang berasal dari Pasir Mas dan kini tinggal di Kota Bharu mengakui bahawa keharmonian sejati memang wujud di negeri kelahirannya.

"Bukan politik yang kita nak ketengahkan tapi keharmonian perhubungan antara insan berlainan darjat dan pangkat. Orang biasa dengan Tok Guru pun macam tak ada sempadan. Nak ajak beliau ke rumah untuk kenduri pun boleh dan beliau pasti hadir, insya-Allah.

"Nak jumpa Tok Guru tak payah ada protokol. Pergi saja solat subuh, pasti dapat berjumpa beliau. Pangkat MB dah tak ada masa tu. Itulah kehebatan Tok Guru," katanya sambil mengakui bahawa sikap mulia Tok Guru menjadi cerminan sikap penduduk Kelantan keseluruhannya.

Bercakap mengenai bertemu Tok Guru, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru mengimbas kenangan pada 13 Mac 2012.

"Semasa saya dan rakan-rakan penulis pergi ke kediaman rasmi MB Kelantan di JKR 10, kami terkejut kerana tiada pengawal di pintu masuk dan tidak ada protokol seperti yang lazim ada di kediaman rasmi MB negeri-negeri lain," katanya.

Rohani juga masih ingat Tok Guru bertanya, "Ho guano ramai-ramai ni heh?" (Ada apa hal datang ramai-ramai ni?) dan penulis sepenuh masa itu pula menjawab, "Ambo rakyat Kelate, tak salah ke kalu rakyat nak jupo MB" (Saya ni rakyat Kelantan, tak salah kan kalau ingin berjumpa MB).

Cadangan ikhlas saya adalah supaya sesiapa yang pergi ke Kota Bharu harus singgah di pejabat Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang pasti mampu membuka minda.

Dapatkan juga maklumat sebenar mengenai kehebatan Kelantan daripada penduduk setempat. Sekurang-kurangnya orang ramai tidak akan terus tertipu dengan pelbagai dakyah dan fitnah yang disebarkan pihak tertentu.

Uthaya Sankar SB akan mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen sempena program Perkampungan NILAM di Tawau, Sabah pada 24-26 April 2012.

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


saiful D Riverian: Sejarah <b>Slim River</b> yang harus dingati oleh kita

Posted: 05 Feb 2012 06:47 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami ...

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>Jelapang</b> padi <b>di</b> bumi sarawak - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:41 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada penduduk stumbin/bijat menuai padi secara tradisional di projek jelapang padi di kawasan batang lupar, sarawak.

SEKIRANYA ditanya setahun yang lalu kepada penduduk di kawasan Batang Lupar, bahagian Sri Aman, Sarawak, pastinya mereka tidak pernah membayangkan kawasan jelapang padi yang luas menguning kini hadir di kampung halaman mereka.

Deru jentera penuai padi yang sebelum ini cukup asing dan mungkin tidak pernah diketahui, kini telah pun menampakkan jejaknya. Ia akan memenuhi harapan penduduk untuk pertama kalinya meraih hasil padi sebanyak dua kali setahun.

Penduduk di Batang Lupar, atau secara khususnya di Stumbin/Bijat bukannya tidak pernah mengenali tanaman padi. Namun untuk mengusahakannya secara moden dan tersusun merupakan pengalaman pertama yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Inisiatif oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang menjadi penggerak utama program di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu bakal mengubah kehidupan para penduduk di Batang Lupar dan membawa transformasi menyeluruh yang tidak pernah mereka bayangkan.

Sekiranya disoroti kembali perjalanan dari Kuching ke Sri Aman menerusi rombongan media yang dibawa oleh Bernas, tanpa disedari, tanaman padi sebenarnya terdapat di merata-rata di sekitar kawasan Batang Lupar.

Mungkin kerana tidak biasa, tumbuhan meninggi disangkakan lalang. Rupanya-rupanya ia adalah padi tempatan yang ditanam dan diusahakan oleh penduduk di kawasan itu.

Tanaman padi itu diusahakan di tanah kecil daripada seluas setengah hektar kepada kawasan sebesar halaman rumah biasa. Disebabkan warna padi itu berbeza mengikut jenis, orang yang pertama kali datang pasti menyangka ia adalah kawasan semak samun.

Bagaimanapun, tanaman padi itulah yang menjadi sumber makanan kepada sebahagian besar penduduk tempatan.

Disebabkan hasilnya hanya boleh dituai sekali setahun, ia tidak dapat menjana pendapatan kepada mereka dan kegiatan itu tidak lebih daripada ekonomi sara diri.

Penanamannya yang tidak tersusun juga menjadikan pengeluaran padi tempatan terhad dan tidak berupaya menjadi komoditi, walaupun harganya di pasaran cukup tinggi sehingga 1.3 kilogram beras dari jenis itu boleh mencecah RM10.

Memang beras daripada jenis Bario, Mamut, Selasih, Bali dan lain-lain boleh memberi pendapatan lumayan namun pasaran beras itu terlalu kecil serta eksklusif dan pengeluarannya dan tidak dapat menjadi jaminan bekalan makanan kepada penduduk di seluruh negeri Sarawak.

Mengambil kira semua cabaran tersebut, Bernas menerusi anak syarikatnya, Beras Corporation Sdn. Bhd. mengambil langkah berani memperkenalkan penanaman padi secara moden di Batang Lupar. Langkah pertama itu bukan mudah terutamanya untuk meyakini penduduk mengenai hasilnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Beras Corporation, Mohammad Kamaluddin Mohammed Effendie, cadangan untuk mewujudkan kawasan jelapang padi di negeri Sarawak itu bermula daripada perbincangan makmal Pemandu di Kelana Jaya pada Jun 2010 yang kemudiannya terkandung dalam buku Program Transformasi Ekonomi.

Cadangan tersebut dipertimbangkan secara serius apabila makmal mini dibuka di kawasan Batang Lupar pada awal tahun lalu dan Bernas dilantik sebagai pembekal benih dan peneraju kepada projek tersebut.

Begitupun, pada bulan Ogos tahun lalu, projek jelapang itu dapat benar-benar bergerak kerana projek besar-besaran ini tidak akan dapat menjadi kenyataan tanpa penyertaan penduduk tempatan memandangkan sebahagian besar tanah milik mereka terlibat sama.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Common-Room-Available-in-<b>Bukit</b>-<b>Merah</b>--near-MRT <b>...</b> - Indiaboard

Posted: 22 Apr 2012 10:48 AM PDT

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


PAS sudah bertanding <b>di Bukit Gantang</b> sejak1959.- Pak Mat Che <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 11:38 PM PDT

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


UMNO Online - Kehadiran PKR <b>Di Tambun</b> Tulang Tidak Gugat BN <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 10:28 PM PST

Kategori Berita Lain

Kehadiran PKR Di Tambun Tulang Tidak Gugat BN: Shahidan

KANGAR, 22 Feb – Kehadiran ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional di situ, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota Umno di Kampung Seri Gelam dekat sini, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada Umno.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota Umno telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang.

Shahidan berkata beliau mempunyai bukti bahawa ada anggota Umno yang telah disenaraikan sebagai anggota anggota baru PKR sebenarnya tidak menyedari namanya digunakan.

Mengenai kedudukan hampir 26,000 penduduk Perlis yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih, beliau berkata, usaha drastik perlu dilakukan kerana kebanyakan mereka adalah penyokong kerajaan.

Beliau berkata langkah yang telah dijalankan pada masa ini ialah menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter pendaftaran dalam apa jua program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti komponen BN.

Berita Bertarikh 22 February 2012 Pada 2:28 PM

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Dia buat dah: Tiga maut dalam kemalangan <b>di Tanjung Malim</b>

Posted: 28 Mar 2012 05:41 AM PDT

myMetro | Tiga maut dalam kemalangan di Tanjung Malim: "IPOH: Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di km 114 Jalan Behrang-Slim River dekat Tanjung Malim awal hari ini.

Mereka yang maut ialah pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenalpasti.
Manakala pemandu kereta Abdul Aziz Anthony, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Othman Nayan berkata, dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, lori yang dipandu Abu Bakar yang dalam perjalanan dari Behrang ke Tanjung Malim dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy dari arah bertentangan."

'via Blog this'

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


Detikdaily - Ditahan <b>di Kamunting</b> kerana bantah nadir bumi

Posted: 17 Apr 2012 05:37 PM PDT


You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at tokayah(at)hotmail(dot)com.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 69.162.77.2
Client IP: none
Forwarded For: none

Sabtu, 21 April 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


teganuku: Demonstrasi PAS Berkaitan Tanah Pada 24 April <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 02:22 PM PDT

PAS Terengganu nampaknya mahu menggunakan demonstrasi sebagai modus operansinya melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) tidak lama lagi.

PAS mengambil ketetapan untuk bersama penyokongnya mengadakan demontrasi besar-besaran pada 24hb April ini di Wisma Darul Iman sempena persidangan Dun Terengganu.

Peluang ini diambil kerana pada pendapat PAS hari berkenaan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berada di Wisma Darul Iman dan boleh menerima memorandum rakyat untuk diserahkan.

PAS Terengganu menyifatkan cara ini adalah suara rakyat bersama NGO seperti GEMPUR, GEMPAR, ANAK, WARIS dan semua pertubuhan bukan kerajaan yang bersimpati dan membela rakyat.

Malah PAS menyifatkan pemimpin UMNO Terengganu sebagai 'rakus dan merampas hak rakyat' dalam isu tanah membabitkan:

 1. Tanah I-Sharp yang bakal melibatkan tanah rakyat untuk pembinaan kolam udang di Setiu;

 2. Tanah jelapang padi di Langkap yang melibatkan petani lebih daripada seratus orang yg diambil untuk diserahkan kepada syarikat untuk dikomesilkan.
 3. Tanah Banggol Donas yang melibatkan pembinaan Highway. 
4. Tanah Generasi kedua Felda melibatkan 1,090 lot di Ketengah Jaya yang dirampas untuk dikomesialkan
 5. Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang diramPAS oleh 5 JKKK di Kampung Limbong, Paka 
 6. Bantahan Anak terhadap penyerahan tanah Felda Plantation yang akan diserahkan kepada FGVH untuk diapungkan di Bursa saham. 

Menurut PAS demonstrasi ini adalah isyarat rakyat agar pemimpin BN perlu cakna dan menyelesaikan isu rakyat ini.

Malah PAS berharap melalui demonstrasi ini, semua rakyat sedar dan boleh menggunakan kuasa undi mereka bagi menggantikan pimpinan yang mereka anggap sombong dan angkuh dalam PRU13 yang akan datang.

Bagi PAS hanya kejatuhan Umno-BN sebagai jawapan yang paling tepat untuk menyelesaikan permasalah ini. Namun, persoalan ialah kenapa pilih demonstrasi?

Seorang pemimpin PAS mengatakan : "Kita belajar dari demontrasi yang dianjurkan oleh Umno ketika menentang Malayan Union... Kenapa sekarang PAS buat tak boleh? Tidakkah Umno yang ajar?"

Persoalannya ialah apakah demonstrasi yang dianjurkan PAS ini sebesar atau sepenting menentang Malayan Union?

Mudahnya untuk PAS menyamakan demonstrasi yang akan mereka adakan dengan tunjuk perasaan orang Melayu yang menuntut merdeka.

Sebelum kita melihat enam isu tanah yang diperkatakan oleh PAS, ada beberapa pertanyaan seperti berikut:

1. Kenapa pilih 24 April 2012 dan bukan pada 23 April 2012 sebalik Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Sidang DUN? 
 2. Kenapa isu nasional, umpamanya isu tanah Felda mahu dicampuradukkan dengan kononnya isu tanah negeri? 
3. Bagaimana jika tuntutan mereka tidak dipenuhi kerana ia tiada asas? Apakah cara demonstrasi akan terus digunakan? 

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


JAWA BERNAM: GABUNGAN PAS DAN UMNO <b>DI BAGAN DATOH</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 01:00 AM PDT

Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh, Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak buruk sangka ni. Bagus lah kalau dah ada momentum macam  ni. Ini bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan lagi berpaksikan politik dunia semata.
Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen Bagan Datoh)? "Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada YDP PAS tersebut. Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri. Haram katanya.
DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Adun Hulu Kinta prihatin nasib mangsa ribut <b>di Chemor</b> – Perak Today

Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST

Susulan kejadian ribut yang merosakkan 24 buah rumah di Chemor lewat petang kelmarin, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim segera turun padang bagi memantau bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa ribut di kawasan itu.

Dengan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000, Rusnah berkata, kerja membaiki kerosakan rumah-rumah yang terlibat akan dilakukan secepat mungkin.

"Disebabkan musim perayaan, banyak kedai ditutup dan agak sukar untuk kita mendapatkan peralatan untuk membaiki rumah yang rosak.

"Namun, usaha untuk mendapatkan atap zink serta barang-barang lain kita akan segerakan dan segala kerja-kerja pembersihan selain baikpulih rumah akan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung," katanya.Tambah beliau lagi, laporan akan dihantar ke Pejabat Daerah Kinta selepas senarai lengkap mangsa diperolehi.

"Saya berharap agensi berkenaan dapat bertindak pada kadar segera bagi membantu rakyat di kampung ini," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir yang turun bagi memantau perkembangan itu berkata, semua mangsa diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan membawa bersama dokumen lengkap bagi memohon bantuan Ihsan Pemulihan Bencana Alam.

Katanya, selain salinan kad pengenalan, mangsa juga perlu membawa laporan polis untuk siasatan sebelum dana bantuan mengikut kerosakan yang dialami disalurkan kepada mereka yang layak.

"Bagi pelajar-pelajar maahad tahfiz pula, JKM akan memberi bantuan makanan selama tiga hari sementara membaiki kerosakan tersebut," katanya.

Seramai 20 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Skuad Pemuda BN yang diketuai Mazlan Abd Rahman turun padang membantu mangsa dalam kejadian  ribut petang kelmarin.

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Orang ni: Zambry Gembira <b>Di Kuala Kangsar</b>. Kenapa..????

Posted: 06 Feb 2012 12:00 AM PST

"Saya gembira sebenarnya," demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila kehadirannya sempena program turun padang di Daerah Kuala Kangsar hari ini disambut ceria dengan kibaran bendera parti pembangkang.
Selain memasang bendera PAS, PKR dan DAP,  pihak pembangkang turut menggantung kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.
"Ketika lawatan Perdana Menteri ke Bagan Serai, poster tertera wajah saya dengan disimbah cat dan sewaktu menghadiri program bersama rakyat di Changkat Ibol, papan tanda dewan pula menjadi mangsa simbahan cat merah.
"Hari ini, saya lihat pembangkang seolah-olah mengalu-alukan kehadiran saya ke Kuala Kangsar dengan memasang banyak bendera selain kain rentang yang tertera slogan Kerajaan Bersih, Rakyat Terbela.
"Mungkin pembangkang berasa semakin tergugat dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri lalu mencipta slogan itu pula untuk meraih sokongan rakyat," katanya.
Terdahulu, Zambry melancarkan Sistem Penapisan Tebing Sungai yang dibangunkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) di Loji Rawatan Air Kampung Kota Lama Kiri, dekat Kuala Kangsar, projek pertama di Malaysia yang membabitkan pengambilan air bawah tanah.

Zambry disambut ke Kuala Kangsar dengan kibaran bendera PAS,PKR dan DAP

Zambry Sedang Melihat Perbezaan Kualiti antara Air Rawatan Biasa Dan Air Bawah Tanah Sambil Di Perhatikan Pengurus Besar, Lembaga Air Perak, Datuk Mohd Yusof Ketika Pelancaran Projek Penapisan Tebing Sungai, Pagi tadi. Mungkin pujian melambung-lambung yang menyebabkan Zambry tersangat Gembira.
Orang ni > Rakyat seluruh Perak sudah meluat negok muka MB Haram ni yang sebenonye....Orang kiri kanan Zambry pun ramai yang udah meluat khabonye.. Jangan berangan le nak jadi MB lagi lepas PRU 13 ni...hahaha...