Jumaat, 25 Mei 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Honeymoon Trip | Cuti-cuti Cinta <b>di Pangkor</b> | Journal of my life

Posted: 02 May 2012 06:53 AM PDT

Assalamualaikum to all readers
we went for a cuti-cuti malaysia in Pulau Pangkor untuk 3 hari 2 malam.
ni first time nik dan hubby ke Pulau Pangkor. excited tu jangan cakap la kan :)
dah survey tempat ni sejak dua bulan lepas,merancang nak pi pulak dari tahun lepas kot .
tak jadi2. kali ni confirm dah kena pegi

naper pilih pulau untuk  bercuti?
pertama, sebab duit tak banyak keluar untuk shopping.tak de la pening kepala en hubby ..winkss
tak perlu fikir nak jalan2 sebab tujuan utama ke sini nak manja2 dengan hubby jea..kira honeymoon la, baru2 nikah dulu tak merasa honeymoon ni. sibuk kan. bila tak sibuk, fulus lak tak der.
perjalanan kami mengambil masa 4 jam  dari Kuala Lumpur untuk sampai ke  Lumut.
1 hari parking nilainya  dalam RM 7, so dalam 3 hari 2 malam tu harga parking dalam rm 15 la. kira murah la ni kan.

tambang feri ke Pulau Pangkor pulak RM10 untuk orang dewasa (pergi-balik) dan RM 5 untuk kanak-kanak (pergi-balik).
so please alert. keep your ticket safely. jangan hilangkan. sebabnya masa nak balik dari pangkor nanti, akan di check balik
perjalanan ke Pulau Pangkor tak lama, dalam 30 minit so tak sempat nak mabuk laut.

ok.banyak sangat dah membebel so



pengangkutan rasmi kat sini..VAN PINK! van pink yang comel
unik kan?


tengah menunggu orang datang pick up :)

ok.cukup untuk kali ni.nanti nik update lagi.
nik pi dengan pakej. so nanti ni citer pakej apa yang kami pilih.

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Kerajaan lulus RM150,000 bina gelanggang futsal <b>di</b> Bandar <b>Seri</b> <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 09:39 PM PDT

Kerajaan negeri akan terus menyediakan kemudahan riadah dan bersukan di kawasan taman perumahan dan kampung di seluruh Perak dalam usaha mengurangkan masalah sosial di kalangan golongan belia.

Terbaru, kemudahan gelanggang futsal bernilai RM150,000 akan disediakan untuk kegunaan golongan belia sekitar Taman Fasa 2H, Bandar Seri Manjung seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini.

Kemudahan gelanggang futsal itu kata Zambry, boleh dimanfaatkan untuk kegiatan riadah dan bersukan terutamanya di waktu malam.

"Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas RM2 juta untuk mengupayakan generasi muda dan belia di Perak dengan menganjurkan pelbagai program bersesuaian.

"Selain bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan, kemudahan riadah dan rekreasi juga disediakan seperti gelanggang futsal dan sepak takraw di kawasan taman perumahan dan kampung.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan peruntukan RM150,000 untuk kegunaan belia di sekitar kawasan perumahan Seri Manjung yang dianggarkan mempunyai lebih 20,000 penduduk.

"Kemudahan riadah ini sangat penting untuk golongan belia bersukan di khususnya di waktu petang atau malam agar mereka dapat menghindar diri daripada terjebak dengan kegiatan sosial seperti penagihan dadah," katanya lagi.

Sementara itu, beberapa remaja yang ditemui berasa gembira dengan pengumuman Menteri Besar yang juga Adun Pangkor untuk menyediakan gelanggang futsal di kawasan kediaman mereka.

Shahmin Sazali, 16, berkata kegiatan bersukan di waktu lapang dapat mengeratkan hubungan dengan rakan yang lain selain baik dari segi kesihatan.

"Sudah pasti saya gembira dengan kemudahan futsal yang akan dibina di sini kerana sebelum ini, saya dan kawan-kawan terpaksa ke Stadium Manjung untuk beriadah dan bersukan.

"Apabila kemudahan ini dapat digunakan kelak, ia pasti lebih memudahkan kami untuk beriadah di waktu lapang," katanya lagi.

Rakannya, Mohd Hairi Azri Mohd Ridzuan, pula berkata dengan wujudnya kemudahan itu, masalah sosial di kalangan belia seperti melepak di kafe siber dapat dikurangkan sebaliknya masa yang terluang diisi dengan aktiviti bersukan yang lebih berfaedah.

"Kegiatan bersukan seperti bermain futsal bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi dapat menghindar remaja terjebak daripada aktiviti kurang sihat seperti melepak.

"Golongan belia Bandar Seri Manjung ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas peruntukan RM150,000 untuk membina gelanggang futsal bagi kegunaan kami di sini," jelasnya.

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


26/5: Program Jelajah AMK <b>di</b> Perak | Shamsul Iskandar Mohd Akin

Posted: 25 May 2012 01:24 PM PDT

8.30am
TANJUNG MALIM (Sdr Saifulzizuan, KAMK TgMalim: 013-2632726, 017-2713208)

-Ketibaan AMK Pusat di Pejabat AMK TgMalim
-Taklimat & Pelancaran
-Konvoi bermotorsikal AMK TgMalim ke penempatan Felda

10.30am
KAMPAR (Sdr Zabidi, KAMK Kampar: 013-3408930, 016-5024754)

-Edar risalah di Pasar Awam Malim Nawar
-Minum pagi
-Melawat Bilik Gerakan Pilihanraya DUN Tualang Sekah

12.30pm
GOPENG (Sdr Eric, Timb/Pemangku KAMK Gopeng: 016-4112570, 017-5612570)

-Makan Tengahari di rumah Sdr Eric Lim

1.30pm
TAMBUN (Sdr Akhdor, KAMK Tambun: 019-5443595)

-Solat Zohor di Masjid Taman Meru
-Edaran Risalah di Pasaraya MYDIN

4.00pm
BAGAN SERAI (Sdr Azroul, KAMK Bagan Serai: 019-5172299, 012-5503677)

-Melawat Bilik Gerakan Pilihanraya AMK Bagan Serai (DUN Alor Pongsu)
-Solat Asar di Masjid Alor Pongsu
-Santai petang & minum the bersama pemuda

6.00pm
BUKIT GANTANG (Sdr Khairul, KAMK Bkt Gantang: 012-2863617)

-Edaran Risalah di Pasar Changkat Jering
-Solat Maghrib dan Tazkirah di Bkt Gantang

9.00pm
PADANG RENGAS (DrMeor, KAMK PdgRengas: 019-2589589)

-HiTea bersama kaum Cina di Pekan Sauk (DUN Chenderoh) bersama YB Tian Chua (6.00pm)
-Lawatan /pemberian hadiah kepada pengantin: Sdr Suhaizam, AMK Pdg Rengas
-Ceramah Perdana 1: Pekan Sauk (DUN Chenderoh)
-Ceramah Perdana 2: Tmn Kuala Kangsar (DUN Lubok Merbau)
-YB Tian Chua, Dr M Nur Manuty, Shamsul Iskandar,Dr Meor Ahmad

–Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Welcome to Wikiwalet: NEXT RELEASE : <b>BUKIT MERAH</b> MAS

Posted: 19 May 2012 05:39 AM PDT

E      X      T      E      R      N      A      L

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Bangsat punya manusia - Ceramah Nizar <b>Di</b> Sayong <b>Kuala Kangsar</b> <b>...</b>

Posted: 24 May 2012 08:09 PM PDT


Friday, 25 May 2012 admin-s


Orang UMNO simbah cat pada kereta penyokong Pakatan.. Biar lah Allah saja yang membalas perbuatan khianat puak-puak ini.

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=A5em4svjY3Q




 

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Gerik</b> (MDG) - Mei 2012

Posted: 21 May 2012 08:48 AM PDT

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Penilaian
2. Pembantu Tadbir (P/O)
3. Pemandu Kenderaan
4. Pekerja Awam
5. Penolong Pegawai Tadbir

IKLAN JAWATAN:
http://www.gerik.gov.my/web/guest/jawatan_kosong_mdg
atau
http://gerik.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=38913&folderId=41835&name=DLFE-6012.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://gerik.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=38913&folderId=41835&name=DLFE-6011.pdf

TARIKH TUTUP : 31 Mei 2012

Khamis, 24 Mei 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


BLOG ANJAR: Objek wisata tirta Muara <b>langkap</b>

Posted: 20 May 2012 01:55 AM PDT

Kondisi alam yang masih sangat alami, merupakan potensi yg dapat dikembangkan. Akses ke jalan utama sangat lancar. Kedepan dibutuhkan investor dengan pengelolaan yang profesional untuk mamaksimalkan potensi yg ada.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Ombak Rindu <b>di Pangkor</b> Island.. | A DAY In MY LIFE

Posted: 24 May 2012 01:06 AM PDT

cadang nak bubuh intro lagu ombak rindu tapi..
macam tak kene pulak dengan jalan cerita teman nih...
lagu tu sedih sangat..leleh gitu..
jalan cerita teman ni pulak banyak tersengih,ketawa dari menangis...
so,..tak payahla lagu intro...
percutian di Pangkor kali nih ditaja dan dibahagi sama rata antara cik asbenn,cik sayang kita & tn haji...
teman cuma tukang booking bilik sajor...
dan nak dijadikan cerita lagik best...
teman nyaris-nyaris nak tinggal wallet dalam kereta..
mujur time tu blom naik feri menyeberang laut lagik..
mereka juga teman jemput utk join percutian nih..
datang bertiga bersama adik bam-bam dari Tlk Intan tapi cuma bawak 1 beg AF sajor..
camne la boleh muat semua baju sumbat dalam beg tu....
petang Jumaat tu kami semua naik feri pukul 6petang dari jeti Marina..
~ nasib baik abah dah sesiap beli tiket..teman sampai jeti pukul 5.15ptg!! ~
teman bertolak dari Taiping lepas solat Jumaat...
lagipon pagi tu big boss masih lagi on duty...
CikMat buat akrobatik dalam feri...
mentang2 la umie cuma boleh jeling aje sebab uwan,opah & atok ada sama...
kemain kamu tunjuk perangai kannnn.....
perjalanan dari jeti Marina ke jeti Pangkor cuma mengambil masa 10menet sajer...
harga tiket rm10 dan tiket tersebut adalah untuk perjalanan pergi & balik..
untuk parking kereta pulak,..rm5 sehari tapi takde bumbung la.....
tapi..apa ada hal..pasang ajelah car sunshade..abes cerita....
pada pendapat teman,..feri dari jeti Marina lebih selesa...
tambahan pulak perjalanannya tak mengambil masa yang lama...
last year masa teman pegi Pangkor..
tambang teksi pink ni cuma rm10 ajer..
sumbat la selagi muat satu teksi nih...
tambang dah naik jadi rm20!!!....
giler ahh.....gamaknya kalo teman pegi Pangkor lagik sekali tahun depan..
korang percaya tak tambangnya boleh jadi rm30 sekali perjalanan??.....
 nilah tempat kami menginap..
Pangkor Indah Beach Resort...
last year pon di sini jugaklah teman menginap...
harga bilik sangatttt reasonable somemore dekat aje dengan pantai...
~ aweks yang berdiri tu bukan papan gelongsor ye.... ~
teman amik 3 bilik & semuanya sebelah menyebelah..
senang nak buat sesi laung-melaung & tumpang toilet kalo emergency nanti....
masing2 nak turun pegi tepi pantai..
nak tengok sunset katanya..
feeling ala-ala foreigner...
tak payah carik la henbeg teman..
beg sandang tulah henbeg teman....

 percutian kali nih teman tak bawak kamera..
sebab abah bawak kamera canon dia..
teman tumpang pakai ajer...
jadi haruslah gambar teman yang paling banyak dalam kamera abah...
 gigih tu nak amik gambar sunset...
sambil layan tengok sunset...
kita layan jugak minum air kelapa muda...
ni baru betul feeling foreigner....

kita kenduri dinner beramai-ramai....
menu ikan ayam laut bakar,siakap 3 rasa,sotong katak versi besar goreng kunyit, 
sayur campur beserta sejug air fresh oreng....
total semua rm140++ tapi memang puas hati sebab sedap!!!
Selesai sesi sarapan pagi kat kedai Kak Milah...
~ breakfast aje dah kene charge almost rm50..pitamkejap..~
kami terus proceed untuk sesi tawar menawar harga nak naik bot...
at last lepas puas tawaf dari hujung ke hujung pantai...
dapat jugak rm15 sorang untuk bot berbumbung, 7 gogle untuk snorkling beserta safety jacket sorang satu..
CikMat tak payah gogle...bukan dia pakai pon...
meh la layan gambar GIGAM (gilagambar) kitaorg....
gile melampau kesengalannya...
seronok sangat memasing dapat pakai safety jacket..
korang tengok aje camne MIL teman gelak tengok gelagat anak menantu dia...
ni sebenarnya masih menunggu bot berbumbung sampai....
lama sangat..isi angin tayar dulu kottt.....


yang ni baru cukup korum...
fokuskan sikit kat adik bam-bam teman yang duk belakang tuh..
gaya lebey bawak jet ski...padahal..
 pasangan ombak rindu sengal kita...
big boss demam sebenarnya..
tapi kalo dah namanya sukakan air..
demam pon buat-buat macam tak demam...
 ni konsider pose paling seksi...
siap baring tu kat atas pasir...nasib baik MIL teman sporting..
dia pon tau menantu dia tu spesis camne...



 oh...i like..i like...i like...
sape lagik yang nak like gambar sendiri kalo bukan diri sendiri kan....
feeling macam baru menikah...hanimun aumm aummm gitu....
life guard kita dah asyik pandang laut ajer...
time naik bot laju tu toksah tanya la...
laju kemain adik tu bawak..siap amik korner baring lagik...
setiap kali adik tu amik korner..setiap kali tulah teman menjerit....
gile ko..buatnye jatuh dalam laut kang...tak pepasal ajer...
teman ni dah la pegi bercuti bawak warga emas.....
haduuiiii...memang macam tertinggal kat belakang kejap jantung nih rasanya....
lepas dah puas pusing keliling pulau tengok replika batu yang menyerupai ikan paus, kepala buaya,kepala penyu,pokok couple...bla..bla..bla..
baru ler kami semua diturunkan di Pulau Giam untuk snorkling..
mahaple ye takde gambar yang teman snap masa naik bot laju...
camne nak snap gambar kalo tangan dah kaku pegang batang besi tepi bot...

jejak aje kaki ke pulau tu..
maka bermulalah aktiviti bersengal-sengalan....
 sebelum berendam..kita layan aktiviti berbuai dulu....
ada pulak abg kat tepi tu buat suweet..suweet..
haiissshh..mahap bang ye..saya tak available!
setiap kali tengok gambar abah yang nih..
rasa cam nak gelak tapi tak sampai hati....
dah serupa supervisor pestcontrol ajer....
yang adik bam-bam pulak..dah serupa tak cukup oksigen...
tarik napas...hembuss.....

awek sorang ni pon sama gak sengal gila kamera...
gaya itu perlu!
1st time snorkling bersama-sama sambil pegang tangan dalam air..
giler romatik rasanya...sambil pegang tangan,..sambil lambai2 pada ikan dalam air...
tetiba rasa diri diva mengalahkan dobot....
ahaks!!
seksa jenuh nak boleh amik gambar dengan life guard sorang nih...
kemain seronok dia dapat main air...
 korang tengok...
CikMat sempat bukak kedai air laut tarik lagik.....
yang kat belakang tu pulak...
mak, abah dengan adik bam-bam baru timbul lepas snorkling...

dari pukul 10.30pagi kami bertapa di pulau nih..
pukul 2 petang baru call adik bot laju tu untuk amik....
jadi of coz anda-anda semua boleh bayangkan betapa
 "sunburn"nya kulit teman yang memang dah sedia burn nih..
nasib baikle seronok..so redha ajelah kaler kulit tambah burn..
hahahahahaha...

sampai kat pesisir pantai Teluk Nipah..
mak,MIL,sayang & cik asbenn layan pulak naik yang nih...

korang tengok..
kemain semangat acik-acik nih...
suka!! teman cuma mampu pandang aje sebab dah tak mampu nak naik...
lutut dah ketaq sebab lama sangat berendam..
hahahahahahaha.... jangan posing sakan sangat dik ooii..
pegang kuat-kuat..
ko tercampak kang..tak pasal jer...hikhikhik...
tadik kemain riang lagik acik-acik tu naik pelampung nih...
sekali bila adik tu pecut laju-laju..
terus terperosok tunduk acik-acik nih.....
tudung nak tercabut tuh..

sebelum balik bilik..masing2 tapau nasi bawak balik..
tak larat dah nak turun lagik sekali..
harusss kene rehat dulu...
kulit muka masing-masing dah rasa tegang sebab lama sangat sauna dalam air garam..

petangnya pulak...
kami jalan-jalan tawaf keliling pulau..
oleh sebab ramai ahli kabinet yang join percutian kali nih...
kami sewa sebuah kereta & sebiji motor....

 hajat hati nak verangan kejap jadi minah rempit..
tapi.....kaki pulak tak berapa sampai nak jejak tanah...
haissshhhh!!.... tak jadi minah rempit pun takpelah..
dapat bawak motor pon kira ok!diaorg bertiga aje yang konker motor... teman cuma dapat tumpang kejap jer..
tu pon time CikMat pengsan....

malamnya,lepas aje dinner..masing-masing pengsan awal....
tak koser dah nak sembang bagai..
masing-masing dah rasa cam nak tercabut lutut,tercabut lengan bagai..
semua gara-gara sakan snorkling sambil berenang pagi tadik....
sapu losyen seluruh badan untuk CikMat...
sapu losyen serba sikit kat diri sendiri...
terus pitam atas tilam.....krrroooohhhh..kkrrrooohhh....

Ahad, 20 Mei 2012






masing-masing bangun awal pagi tu..
kata nak layan angin ombak rindu pagi-pagi..
maka...terjadilah gambar-gambar nih..

 dua beranak ni korek lubang untuk apa sebenarnya..
lain macam aje kedalaman lubangnya...
korang jangan macam-macam..
tempat awam ni weh!!.....hahahah berbuai sambil tunggu anak raja mana-mana datang masuk meminang...
kapal battleship satu ye untuk salah satu hantaran nanti.. ombak rindu laki-bini....nampak tu..kaki dah berjengket pon..
still lagik nak tolak buai tu ke belakang..
kekunonnye kasik buai laju-laju..anjakan lebey.... kaler kulit pon dah seakan sama...perangai pon lebih kurang....
pagi-pagi dah mandi laut....gigi pon tak gosok!!bila nampak gambar ni mesti nak ketawa..
gigih model berdiri kat situ tak bergerak-gerak..
kamerawoman tengah adjust kasik masuk sekali ombak & kapal2 battleship kat belakang tu....

settle sarapan pagi & mandi...
barule bergerak untuk sesi sopping mengempiskan poket....
sebelum sopping,..singgah kejap kat Kota Belanda...
jom..kita layan gambar...

 teman,MIL,sayang,mak teman....nampak macam seakan-akan aje hidung teman & mak...
ahaks!! kata adik bam-bam teman....
"nko ni kakyong macam baru umo 20taun..."
laa.....ko baru tau ke,dik?...... adik bam-bam teman....
4hb Jun ni melapor diri kat Institut Baitumal...
amik Dip Perakaunan....
~ dik,..muka nko lagi besarrr dari muka kakyong....~ jelitawan....oh,..lupa pulak nak bagitau..
budak lelaki baju cokelat tu adik bongsu teman.. *perasan* sekali lagik bersama adik bongsu....
he..he..he..he..drama sebabak....bingung!

lepas dah puas bergambar macam nak rak kat Kota Belanda..
kita layan pegi Tokong Fo Ling Kuan...

~ gmbr pinjam dari google sbb taman idak ngambik gambar tokong ni..tak koser! ~
 yang menarik cuma sebab ada ikan yang tersangatle besar... laa.....kat sini pulak dia layan ombak rindu...
ok..abes sesi tawaf...
sekarang sesi kempiskan poket....teman takde beli banyak2 pon...
takde sape nak makan kang...

oleh sebab kereta proton yang kami sewa tu manual....
terpaksa la teman jadi 2nd driver....
cik asbenn teman tak berapa expert bawak kereta manual nih....
~ mujur teman BOLEH bawak manual & auto ~
sangat mencabar hoke bawak kereta manual bila
turun naik bukit + lalu selekoh yang giler babas punye selekoh..
tak payah mimpi nak nak tukar gear 4...semedang gear 2 & 3 ajer...
kalo tak,..memang ko mengundur time naik bukit kalo pakai gear 4..
memang cepat jahanam gear box kereta....
1st trip ke jeti adalah abah,mak & adik bam-bam beserta deretan beg..
~ time ni abah bawak kereta ~
2nd trip barule MIL,CikMat,sayang & cik asbenn....

 diaorglah model sebab model tetap dah kene bawak kereta...kitaorg 3 beranak pakai baju bau kedai sebab dah abes baju bersih dalam beg...
hahahahhahaha...

sekian ajelah cerita bercuti kali nih....
bulan ni aje 2 kali teman pegi bercuti...
macam biasa...gambar adalah yang paling banyak....
tapi,teman tau korang suka tengok gambar kan....
bulan depan masih ada lagik ke agenda bercuti ni,boss?....
teman memang suka bab makan angin nih....
hahahahahahha.....

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


EXPO Perniagaan "Karnival Gegar Aidilfitri 2011" <b>di Seri Manjung</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2011 10:48 PM PDT

JOM BERNIAGA !!!
Karnival Jommmm berniaga 1Malaysia.....

Sempena menyambut musim perayaan yang semakin hampir, saiz pasaran yang meningkat dan kuasa beli yang besar, kami akan menganjurkan satu EXPO "karnival gegar aidilfitri" bertempat di Seri Manjung, Perak.


Tapak/lot perniagaan yang di sediakan adalah terhad,
Jumlah tapak keseluruahan : 24 lot
Jumlah yang masih kosong setakat 4/7/2011 : 19 lot

Kelebihan@Lokasi Yang Strategik:-

1.Kemudahan parking yang luas dan juga selesa untuk pengunjung EXPO

2. Bersebelahan jalan besar utama, yang menghubungkan Lumut- Seri Manjung - Sitiawan

3. Keluasan Khemah 20' x 20' (jenis arabic)

4. Kemudahan untuk pengujung membeli belah menggunakan kredit kad (EXPO yang pertama menyediakan kemudahan sedemikian)

5. Pengiklanan yang meluas di kawasan2 sekitar yang berhampiran
-banner & streamer 300-500pcs
-flyer 20,000pcs

6. Berhampiran Pengkalan TLDM, Lumut(terbesar di Malaysia)

7. KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM

8. Bendera fair(warna warni), belon angin untuk menarik perhatian pengunjung dan memeriahkan lagi suasana EXPO

9. Hadiah percuma untuk pengunjung dan kanak-kanak, DAN PERBAGAI AKTIVITI UNTUK KEMERIAHAN.

Provide/disediakan: Kanopi 20'x20', kipas, plugpoint, kerusi dan meja

DALAM PERANCANGAN:

Sasaran @ target pengunjung melebihi 100,000 orang

Cara bayaran bole nego lagi... sila call:-
012 - 509 9605 - am
atau
019 - 478 3891 - shahril

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


Gathering Blogger Perak <b>di Teluk Batik</b> Memang Sempoi — Blog <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 08:54 PM PST

blogger perak

Gathering Blogger Perak. Salam 1Malaysia dan salam sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Agak lama juga tak update blog ni, maklumlah cuti tahun baru cina. Balik kampung bukan ada coverage baik punya.

Waktu cuti banyak habiskan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan televisyen. Tapi cuti pada kali ini, rasanya banyak habiskan masa dengan geng blogger Perak. Siap join gathering blogger Perak di Teluk Batik memang sempoi habislah.

Rasanya ini merupakan gathering besar yang ketiga oleh blogger Perak, gathering sebelum ini saya tidak dapat join. Maklumlah, tidak kena pada masanya. Oleh kerana yang pertama, sudah pastilah ramai rakan blogger Perak yang baru nak kenal.

Walaupun sebelum ini dah kenal dalam Facebook, tapi tak semua kenal pun. Yang kenal pun dua tiga kerat dari 1000 lebih ahli blogger Perak. Maklumlah, nak lepak lelama layan Facebook je mahu keje tak jalan pula nanti.

Anyway, ini bukan post journal. So saya ringkaskan sedikit secara kesimpulannya, kalau nak baca versi jurnal dari pukul berapa ke pukul berapa nantikan saja jurnal yang saya akan keluarkan kelak.

Secara ringkasnya, gathering blogger Perak yang berlansung di Teluk Batik pada hari Isnin bersamaan 23 Januari yang lepas memang meriah. Walaupun tidak semua blogger Perak yang dapat hadir, tetapi kemeriahan ini dibantu oleh keadaan Teluk Batik itu sendiri.

Maklumlah, waktu cuti tahun baru cina ini. Banyak keluarga mengambil kesempatan membawa keluarga mandi-manda di Teluk Batik. Aktiviti utama pada gathering pada kali ini ialah BBQ dan mandi laut.

Reaksi pertama saya bila pertama kali jumpa geng blogger Perak, memang sempoi habis. Tidak macam gathering lain yang sibuk cerita pasal blog sahaja, blogger Perak dari mula sampai habis gathering asyik bahan membahan demi mengeratkan silaturrahim. Tapi siapa rasa tersentap, harap maaflah jawabnya.

Habis sahaja gathering di Teluk Batik, aktiviti lain yang dilakukan oleh saya dan beberapa blogger yang tinggal ialah pembikinan video khas untuk menyampaikan ucapan hari ulangtahun kepada salah seorang blogger Perak. Kemudian bergerak makan malam di restoran apa pun dah lupa.

Akhir sekali, sesi melalak di pusat karaoke. Tapi saya tak nyanyilah, maklumlah suara tak sedap. Secara ikhlasnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger Perak yang menjayakan gathering pada kali ini. Serius saya katakan, anda semua memang sempoi.

Nota: Nama blogger semua saya tidak masukkan, sebab saya akan tulis satu lagi artikel sebagai jurnal termasuk gambar-gambar. Nantikan ya. :)

ADVERTISEMENT

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


36 Mangsa Banjir <b>Di Teluk Intan</b> Dipindahkan | MyNewsHub

Posted: 02 Mar 2012 10:17 PM PST

36 Mangsa Banjir Di Teluk Intan Dipindahkan

IPOH – Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.

Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.

Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.

Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Pilihan Anda: &#39;Disneyland&#39; akan dibina <b>di Ipoh</b>, Perak

Posted: 22 May 2012 01:15 PM PDT

|

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD).

SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu 'fantasy forest', 'wacky world', 'pirates cove', 'lost canyon' dan 'pixel planet', selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

"Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.

Related Posts : ISU, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 5:09 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Seharian <b>Di Bukit Merah</b> Laketown Resort | Admiral&#39;z Legacy

Posted: 18 Mar 2012 05:03 AM PDT

Pada 2,3 minggu yang lepas, aku & rakan-rakan serumahku telah berpeluang untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.
Pada awalnya, kami merancang untuk ke Pulau Pangkor, tapi entah kenapa, Bukit Merah pula yang menjadi destinasi kami.
Bertolak daripada UTP hampir jam 10 pagi, dan pada pukul 12 tengah hari, tibalah kami di sana.

Di Bukit Merah, tidak hanya ada Waterpark sahaja, tetapi ada banyak lagi pakej yang ditawarkan.
Antaranya adalah Eco-Park, Orang Utan Island, dan juga Skycycle.
Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tiket PERCUMA untuk Waterpack Combo (Pakej Utama) kerana kenal dengan orang dalam di sana.
Jadi, jimatlah RM 68 kami...

Aktiviti pertama kami adalah Skycycle, iaitu mengayuh basikal secara berpasangan dengan menggunakan tangan.
Kami berpeluang untuk mengelilingi hutan-hutan sambil menikmati permandangan yang terdapat di sana dari jarak atas.
Agak memenatkan juga aktiviti ini sebenarnya.
Seterusnya, kami melawat pula Taman Eco-Park yang terdapat di sana.
Banyak juga haiwan-haiwan yang ada, seperti ular, burung merak, monyet, dan banyak lagi.
Ada juga pertunjukkan binatang, tapi dek kerana kekangan masa, jadi tidak dapatlah kami luangkan masa yang lama di situ.
Semangat bagi arnab makan sayur
Semestinya, aktiviti utama kami di sini tidak lain tidak bukan adalah mandi mandi di Waterpark.
Memang diakui, agak menarik waterpark di Bukit Merah ini.
Banyak aktiviti-aktiviti air yang cukup menyeronokkan dan tidak kurang juga mendebarkan.
Dan paling best bila dapat mandi semasa di kolam yang ada ombak buatan tu.

Setelah puas mandi manda, maka tibalah masanya untuk aktiviti terakhir kami iaitu di Pulau Orang Utan.
Untuk ke sana, kami dibawa dengan menaiki bot khas yang telah disediakan.
Perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa hampir 10 minit.
Pulau Orang Utan ini adalah satu tempat penjagaan dan juga penyelidikan khas untuk Orang Utan.
Oleh kerana bilangan Orang Utan yang hampir pupus, di negara kita khususnya, jadi kerajaan telah mengambil insentif untuk menubuhkan pusat penyelidikan ini.
Banyak info-info menarik yang aku peroleh ketika berkunjung di sini.
Antaranya adalah 98% daripada DNA orang utan adalah sama dengan manusia,
Jadi, orang utan juga mengalami masalah nyanyuk, selsema, dan juga seperti penyakit-penyakit manusia yang lain.
Malah, mereka juga turut mengalami 'Datang Bulan' (period).. Menarik bukan?

Dan hampir jam 6.30 petang, bertolaklah kami pulang ke UTP.
Tidak dinafikan, Bukit Merah Laketown Resort ini memang satu tempat percutian yang cukup menyeronokkan.
Jadi, tidak rugi jika sekali sekala anda meluangkan masa di sini bersama keluarga tersayang.
p/s: Ada sesiapa yang pernah ke Bukit Merah Laketown Resort? Best kan?

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Kedai Koperasi <b>di</b> Infoternak <b>Sungai Siput</b> Perak - KOTERNAK JAYA <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 05:02 AM PDT




susu pasteurised yang di jual
peti sejuk untuk minuman berkarbonat dan minuman tin

ayam kampung & daging rusa

antara pelanggan kedai koperasi

Aminah sedang melayan pelanggan

Jurujual sedang mengira wang hasil kutipan di kaunter



07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


4 maut nahas <b>di Gerik</b> | Malaysian Daily News

Posted: 28 Apr 2012 02:54 AM PDT

Posted by admin on April 28th, 2012

GERIK: Sekurang-kurangnya empat maut, seorang parah dan dua cedera apabila kereta Toyota Camry yang dinaiki tujuh orang bertembung dengan lori di Kilometer 84.6 dekat simpang 3, Tanjung Rambai Jalan Grik-Lenggong, tengah hari tadi.

Read this article:
4 maut nahas di Gerik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.