Jumaat, 10 Jun 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Tukang urut dinobatkan keluarga terbilang | Darul Iman

Posted: 10 Jun 2011 05:50 PM PDT

ASHA'ARI Idris (dua dari kiri) memakaikan jubah kepada Salleh Md. Zin sambil diperhatikan Nazri Yusof di Majlis Anugerah Keluarga Mithali DUN Langkap 2011 di Sutra Beach Resort and Spa Setiu, baru-baru ini.

SETIU 10 Jun (Utusan Malaysia) – Seorang tukang urut tradisional, Salleh Md. Zin, 66, dari Kampung Seri Aman, Sungai Tong di sini dinobatkan sebagai keluarga terbilang bagi Anugerah Keluarga Mithali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Salleh yang mempunyai lapan orang anak membawa pulang wang tunai RM1,000 sejurus diumumkan sebagai penerima anugerah itu pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Pejabat DUN Langkap.

Pemilihan beliau sebagai keluarga terbilang dinilai berdasarkan warga emas itu sering terbabit dalam pelbagai kegiatan masyarakat selain tiga orang anaknya cemerlang dalam akademik.

Pada program yang berlangsung di Sutra Beach Resort & Spa Merang dekat sini itu, seorang guru tabika, Serimas Sulaiman, 51, dari Kampung Langkap pula diisytiharkan sebagai Ibu Tunggal Terbilang dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Lain-lain pemenang ialah Abdullah Che Mat, 65, dari Kampung Padang Muar, Sungai Tong bagi kategori Keluarga Gemilang sekali gus mendapat RM700 diikuti Ramlah Seman, 66, dari Kampung Tayor Tengah bagi kategori Ibu Tunggal Gemilang (RM700) dan Mohamed Ripin Ya, 63, dari Kampung Bukit Nenas untuk kategori Keluarga Cemerlang (RM500).

Dua penerima lain ialah Mohamad Nasir Abd. Hamid, 52, dan Mohd. Daud Othman, 59, masing-masing mendapat hadiah sagu hati RM250.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah YPKT, Nazri Yusof dan Pegawai YPKT Parlimen Setiu, Wan Zul Fazlee Mustaffa.

Dalam pada itu, Nazri ketika ditemui berkata, pelaksanaan program berkenaan bagi memantapkan institusi keluarga yang merupakan asas terpenting dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui YPKT menganjurkan majlis seumpama itu bagi memberi pengiktirafan serta memartabatkan ibu bapa atas pelbagai pengorbanan mereka melahirkan keluarga cemerlang dan terbilang.

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan