Isnin, 27 Jun 2011

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Ceramah umum & dialog pembebasan peserta Felcra <b>di Lenggong</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 05:50 AM PDT

Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) menganjurkan ceramah dan dialog pembebasan peserta dari cengkaman Felcra di Dewan Rest House Lenggong pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 bermula jam 2 petang.

Ahli panel yang diundang untuk menyampaikan penerangan antaranya adalah Pengerusi Bapa Kebangsaan Razman Zakaria dan Pengerusi
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (Juham) Aminuddin Zulkifli.

Turut hadir ialah seorang peserta tanah rancangan yang menang kes saman Felcra di Lubok Sireh, Razi Mustafa.

Manakala program ceramah umum dengan tema 'Bersatu Mengangkat Ekonomi dan Hak Peserta akan diadakan pada sebelah malam di Markaz Pas Kampung Chepor, Lenggong bermula jam 9 malam.

Para peneroka dan orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terbaru mengenai perkembangan dan perjuangan peserta Felcra dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15314

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan