Jumaat, 3 Jun 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Pejabat Tanah <b>Manjoi</b> Ipoh bagaikan kepunyaan Ah Ngau penyokong <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2011 02:05 AM PDT


Berlanjutan dengan posting saya pada 29 Mac 2011 bertajuk Kakitangan Kerajaan di Perak banyak yang mesra pembangkang banyak maklumbalas yang saya terima dengan jelas bahawa kakitangan di Perak banyak yang telah mesra pembangkang.

Contohnya Pengurus bahagian pinjaman Bank BSN Batu Gajah En Ismail adalah YDP Pas Kawasan Batu Gajah. Baru-baru ini satu email yang saya terima berkenaan Pejabat Tanah dan Daerah di Manjoi yang menjadi tapak pembangkang buat harta seperti dibawah:

"Cerita mengenai pejabat tanah kinta di Manjoi dan sebelumnya ini sebenarnya sudah berkurun lama. Sudah diwarisi oleh pejabat tanah dan menjadi budaya kerja. Mungkin orang-orang politik tidak banyak mengetahuinya, namun jika ditanya sahaja mengenai kontroversi isu tanah ini oleh orang-orang kampungg mudah sahaja jawapan mereka bahawa adun atau ahli politik (dato' itu dan ini) adalah dalangnya(pra-2008). 

Alasan ini telah tersemai dalam minda penduduk atau rakyat sekian lama dan diturunkan oleh ibubapa kepada anak-anak sehingga menambah kebencian generasi bawah yang memandang dengan dendam ahli-ahli politik.

Kontraktor yg sgt terkenal dipejabat tanah di manjoi lewat beberapa tahun ini bernama Ah Ngau (penyokong kuat DAP). Beliau sering sahaja memperoleh kontrak longkang, parit dan jalan di pejabat tanah ini, RPT Ulu Chepor Tambahan, Tanah Hitam dll bertahun lamanya sehinggakan fungsi dia di pejabat tanah amat dimusykilkan. 

Tanya sahaja kepada bekas kapten bolasepak Perak Ahmad Shahrul Azhar yg memohon lot rumah di RPT berkenaan. Dia bukan sahaja mengarahkan staf perempuan membawakan pelan tanah untuk dipilih oleh shahrul, malah terus shj menggunakan bilik mensyuarat tingkat 2 pejabat tanah tersebut. Sesuatu yg memeranjatkan kerana staf pejabat tanah seperti bertuankan Ah Ngau ini. Adakah Si Ah Ngau ini adalah ketua pejabat tanah Manjoi?

Sebahagiannya sangat gembira apabila berlaku peralihan kuasa pasca PRU13 dahulu, sehingga mendabik dada memomokkan BN dan patuh kepada arahan MB boneka DAP iaitu  Nizar Jamaluddin  ini sehingga urusan pejabat tanah sangat cepat dan mudah dilakukan, khususnya permohonan orang Cina dan setelah BN memerintah perangai buruk mereka ini telah kembali menyusahkan orang-orang Melayu supaya rakyat menanam dendam dan benci terhadap Barisan Nasional. 

Seorang tua dari Kg Ulu Chepor, cuba untuk membayar cukai tanahnya tetapi telah diberitahu bahawa tanah lot rumahnya telah bukan menjadi miliknya. Maka berlaku pertengkaran dan akhirnya fail yg didakwa hilang telah muncul dan beliau dapat membayarnya kembali. Ini adalah sebilangan penderhaka Melayu yang tunduk dan menjilat duit tuannya dari bangsa lain hingga menggadai maruah dan mengkhianati bangsanya sendiri.

Perkara menghilangkan fail bukan perkara baharu, Hj Muhd Ayob pesara polis hutan yg telah bertahun-tahun membuka kedainya di hadapan kilang kayu Kayutah Sdn bhd di Ulu Chepor tambahan ini mempunyai pengalaman buruk berurusan dgn staf pejabat tanah. Permohonan untuk tapak kedai makan sebanyak 3 kali tetapi fail permohonan tetap hilang hingga beliau berjumpa dengan pengarah pejabat tanah yang dahulu bertanyakan adakah kerana beliau tidak memberi duit kopi kerana itukah fail permohonanya 3 kali dihilangkan? 

Sedang pemilik kayutah ini seorang berketurunan Cina senang sahaja membesarkan kilangnya sehingga lebih 2 kali dengan permohonan pejabat tanah sedangkan pada 11 bulan 3N (Ngeh, Nga dan Nizar) ini memerintah Perak, isteri pemilik tanah ini dengan sombong membuka pelan permohonan baru tanah. Isteri pemilik ini adalah pendokong tetap DAP dan saudara boleh bertanyakan tentang ini kepada Hj Ayob tersebut untuk mengesahkan.

Saudara juga boleh meneliti tender-tender projek kelas F yang diberikan di Sg Siput dan dengar sendiri apa yg mereka ini luahkan semasa 11 bln dibwh Pakatan Rakyat. Cuma jangan ditanya kepada pengarah atau yang berpangkat kerana tidak semuanya adalah penyokong BN.

Tanyakan juga siapa yg memperolehi kws balak bermutu tinggi di perak. Apek tua ini adalah antara pemilik kilang kayu terbesar di Perak. Tanyakan berapa banyak duit yg disumbangkan olehnya kpd DAP perak?

Nasihat saya, supaya umno tidak terusan mengulangi pemerintahan kurang cekap daripada pemimpin terdahuli kerana kurang cekap inilah yang banyak memberi kesan kepada rakyat di bawah ini.

Ironinya saya sendiri yakin kepada Dato' Seri Zambry untuk mengurus negeri. Perak strength sgt mudah utk disifirkan dan mampu menjadi 2nd highest income states in Malaysia dlm masa 5 tahun jika shj strength ini saudara utilisekan."

Untuk pengetahuan alamat pejabat tanah ini ialah KOMPLEKS PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, IPOH. GUGUSAN MANJOI, KAMPUNG SUNGAI TAPAH, 30020 IPOH.
PERAK DARUL RIDZUAN. 

Apa yang merisaukan saya adalah, si Ah Ngau yang menjadikan pejabat tanah Manjoi  seolah-olah miliknya. Oleh itu saya berharap kepada pihak yang bertanggungjawab cuba-cubalah melawat Pejabat Tanah dan Daerah Kinta di Manjoi, jika bertemu dengan Ah Ngau yang dikatakan itu agar suatu tindakan yang drastik dapat diambil sebelum PRU13 ini.

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

biLa aKmaL berKaRya!!!!: <b>Manjoi</b> Satu

Posted: 27 May 2011 02:49 AM PDT

halo!! halo!!
kita berjumpa lagi....kali nie aku nk mengimbas pula kisah silam aku 7 tahun dulu semasa aku di :

"SK MANJOI SATU"

Sekolah Kebangsaan Manjoi (Satu) atau nama ringkasnya SK Manjoi (Satu), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid, Kampong Manjoi. mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum & Penyelia Petang.

sekolah nie merupakan sekolah bersejarah kerana semua adik beradik aku memulakan langkah menuntut ilmu di SMKS nie....ape yang aku nk kongsikan di sini adalah, sekolah ini berkongsi satu pagar dengan Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua (SKMD)...

pada mula nye kedua-dua sekolah ini merupakan satu pentadbiran, tetapi mengikut apa yg diberitahu oleh beberapa org pemberi maklumat, "bhw sekolah ini terlalu besar", maka dengan memisahkanya akan menyelesaikan masalah kerenah birokrasi di situ....

-pemandangan kawasan kelas-

aku pernah menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah (PBSM) semasa di sekolah nie..mmmng best, pergi pertandingan di wisma PBSM Perak bersebelahan Balai Bomba Ipoh...

di situ kami diajar teknik-teknik asas berkawad, pertolongan cemas, memasak & berkhemah...aku juga pernah masuk pertandingan boria sekolah dan kumpulan tersebut memenangi johan daerah kinta pada waktu itu...

secara automatik, kumpulan tersebut akan mewakili daerah kinta ke pertandingan peringkat negeri yg pd waktu itu dipertandingkan di daerah kerian, perak...

lepas balik drp pertandingan tu, semua ahli kumpulan kami "demam"....perhhhhh...termasuk aku.....maner x nyer semasa di sekolah teknik kerian (tmpat penginapan kami), pd sebelah malamnyer, kami bermain sepak takraw....ape kehalnyer jang.....hu....ketua kami pada waktu, saudara Haikal...telah memberi arahan, suapaya kami tidur, xp kami buat x taw....

a/p: jgn melanggar arahan ketua, kalau x.....sume nyer akan jd hancur & lebur....

-pemandangan dalam kawasan sekolah-

aku pernah berkhidmat sebagai ketua kelas darjah 1 & 6, mmng berat tanggungjawab tu...xp aku terpaksa ambil sebab nk memenuhi syarat khas ke sekolah berasrama penuh....

walau apa pon...kini aku telah melepasi zaman sekolah rendah & menengah...waktu yg paling seronok...takkan aku lupakan sampai sampai bila-bila.....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan