Ahad, 5 Jun 2011

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Otai <b>Manjung</b>: TERTUNDA: DS ANWAR IBRAHIM <b>DI</b> SURAU MADAH <b>MANJUNG</b>.

Posted: 19 May 2011 01:39 PM PDT

23.04.2011, Surau Madah Fasa 1A, Seri Manjung, Perak.

Sebelum berangkat ke Teluk Rubiah, DSAI dijemput untuk memberi pesanan kepada muslimin & muslimat yang hadir kuliyah Ustaz Sidek Nor yang kebetulan mengakhiri kuliyahnya. Ustaz juga nerupakan sahabat lama DSAI dan pernah dicalonkan bagi DUN Pasir Panjang ketika era Reformasi 1999, yang kini diwakili oleh Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai ADUN.


Jamaah menyambut ketibaan DSAI

Sebelum itu, DSAI ke Pulau Pangkor yang mana gerombolan DSAI pada awalnya dilarang berlabuh di jeti utama Pulau Pangkor, bagaimanapun rombongan telah menukar arah ke jeti Sungai Pinang Kecil yang disambut oleh penduduk dan ahli-ahli PKR, DAP dan PAS Pulau Pangkor. Di Markas DAP Pulau Pangkor, kelihatan penduduk menyambut kehadiran DSAI dengan penuh semangat dan tepukan terutamanya warga-warga emas Pulau Pangkor yang terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil. Dato' Ngeh Koo Ham bagaimanapun tidak dapat turut bersama kerana rancangan ceramahnya di tempat lain terpaksa di tunda masa dan sukar untuknya hadir ke Pangkor, begitupun wakilnya tetap bersama.

Lencong ke Jeti Sg Pinang kecil Pangkor, Link 1: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1357272427841Link
Sambutan Penduduk Pangkor, Link 2 : http://www.facebook.com/video/video.php?v=1358331574319

Ceramah Penuh di Pangkor, Link 3 : http://www.youtube.com/watch?v=5KGSxaWVt0k

Pautan Misi OM :

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen