Khamis, 23 Jun 2011

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


DPPK <b>Padang Rengas</b>: PELANCARAN PENUBUHAN DAP <b>DI</b> SAUK

Posted: 12 Jun 2011 11:08 AM PDT

Pakatan Rakyat Parlimen Padang Rengas mempergiatkan usaha dalam meningkatkan kekuatan jentera pilihan raya umum ke- 13 dengan penubuhan Cawangan DAP Sauk semalam (Ahad 12. 6. 2011). Ini merupakan cawangan DAP yang ke- 2 ditubuhkan di Parlimen Padang Rengas pada tahun 2011 selepas penubuhan DAP Cawangan Pekan Padang Rengas beberapa minggu yang lalu.

Bertempat di kediaman blogger "Mat Saman Kati", di Kampung Sauk,  pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB V. Sivakumar (Timbalan Pengerusi DAP Perak) serta dihadiri oleh YB Khalil Idham Lim (Ketua Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak), Turut hadir meraikan detik- detik bersejarah tersebut ialah Ustaz Mohammad Yassin (Timbalan YDP Pas Kawasan Padang Rengas), pimpinan- pimpinan Pas Kawasan Padang Rengas dan Kuala Kangsar serta PKR.

Walaupun DAP tidak bertanding di Parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh serta Lubuk Merbau, kehadiran DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen dan DUN.

UMNO sambung Muktamar Pas Pusat

Majlis dimulakan dengan ucapan YB Khalil Idham Lim yang membidas UMNO yang menyambung Muktamar Pas hingga ke hari ini. Walaupun Muktamar Pas Pusat telah berakhir pada 5 Jun 2011 yang lalu namun UMNO telah menjadikan media tunggangan mereka untuk memanjangkan Muktamar Pas Pusat hingga kini.

Beliau juga mengambil peluang menjelaskan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh Pas yang berlandaskan kepada Al- Quran dan Sunnah untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat.

3 Perkara Negara Berkebajikan dalam Buku Jingga


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Sivakumar yang mempersoal UMNO seolah- olah tidak tahu Negara Kebajikan itu terkandung dalam Agama Islam. Ini berikutan Umno yang menyerang Pas kononnya tidak lagi memperjuangkan Negara Islam setelah memperjuangkan Negara Kebajikan.Malah tambah beliau dalam Agama Islam sememangnya ada Kebajikan begitu juga dengan agama- agama yang lain.

Beliau juga menerangkan aspek Negara Berkebajikan yang terkandung di dalam Buku Jingga (100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat)yang perlu dihebahkan kepada rakyat antaranya ialah:
1. Pemberian kebajikan RM1000.00 setahun  untuk warga emas.
2. Kenaikan gaji guru- guru sebanyak RM 500.00 setiap orang
3. Penghapusan bayaran Tol di semua lebuh raya di seluruh negara.


Tahniah Pakatan Rakyat !!! Selamatkan Malaysia !!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan