Selasa, 14 Jun 2011

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Menjejak Sembilang Ban Pecah, <b>Tanjung Piandang</b>. - Puakajoran

Posted: 09 Jun 2011 12:10 AM PDT

BAN PECAH, Sungai Baharu terletak berhampiran Tanjung Piandang, Perak tidak asing lagi bagi penduduk sekitar daerah Kerian.Menjadi tempat santai dan menjamu selera penduduk setempat.Terletak lebih kurang  lima kilometer dari bandar Parit Buntar.Lokasi ini juga sering dikunjungi oleh sebilangan masyarakat luar khususnya untuk menjoran dan menikmati sajian yang disediakan oleh peniaga warung secara kecil-kecilan sehingga ke lewat malam.Kedatangan mereka juga adalah untuk berhibur melalui pentas karaoke yang disediakan oleh pemilik gerai yang terdapat di situ. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang  serta mi udang Tanjung Piandang.Di sebalik bongkah-bongkah batu yang disusun berjajar di sepanjang pesisir pantai tersimpan mitos yang masih menjadi bualan  masyarakat setempat hingga ke hari ini. Jajaran batu-batan ini begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak.Terdapat juga pohon-pohon rendang di sepanjang pantai menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman. Sesekali apabila air surut akan kelihatan sebuah objek atau binaan nun jauh di tengah sana. Itulah kunci air atau pintu air dan sebahagian sawah padi yang telah ditenggelami air laut.

Menurut penduduk setempat, pada awal tahun 1960-an dahulu, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur.Sekitar pantainya pula ditumbuhi pohon bakau dan api-api yang menjadi tempat menghuninya sembilang, jenahak, siakap dan sepsis lain termasuk ketam dan udang. Kini sebahagian daripada kawasan sawah, pohon bakau dan api-api telah menjadi sebahagian daripada laut angkara hakisan ombak. Sebahagian penduduk berpendapat kejadian itu adalah berpunca daripada fenomena alam namun sebahagian besar penduduk berkeyakinan kejadian sawah ditenggelami air laut itu ada kaitan dengan sumpahan seorang anak yatim piatu yang dikhianani oleh bapa saudaranya yang tamak. Ketamakan tersebut telah menukar kawasan sawah yang subur itu menjadi sebahagian daripada laut.

Dari cerita  penduduk,  kawasan pantai ini dahulunya adalah sawah padi yang amat subur, kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah mengamanahkan adiknya supaya menjaga anak dan tanah sawah miliknya.Namun,ketika kanak-kanak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik.Bagi menyara hidup, anak yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari.Perbualan masyarakat setempat ketika itu telah menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.Dia lantas bertemu bapa saudaranya untuk bertanyakan perkara itu namun dinafikan dan diusir.

Sebelum meninggalkan kampung, anak yatim itu berdoa dan berharap balasan yang setimpal akan dikenakan kepada bapa saudaranya. Sejak hari itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.Segala usaha dilakukan seperti menambak ban yang pecah. Pihak berwajib juga cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan khidmat bomoh dan pawang untuk tujuan menolak bala. Apapun cara yang dilakukan, kawasan ini telahpun bertukar menjadi sebahagian laut. Terdapat sebahagian penduduk yang masih menyimpan geran tanah mereka hingga ke hari ini sebagai bukti bahawa kawasan ini dahulunya adalah sawah padi dan tanah milik mereka yang telah bertukar menjadi laut.

Beberapa tahun dahulu saya pernah berkunjung ke sini bersama-sama rakan joran untuk meninjau lokasi. Kami menjoran sehingga lewat malam. Ramai juga penjoran lain mencuba nasib di sini pada ketika itu. Tidak banyak yang kami perolehi, hanya gelama pisang dan bererapa ekor ikan lain. Menjadi kenangan kami di waktu itu apabila tidak tertahan dengan serangan ribuan nyamuk hingga ke lewat malam. Walaupun berbagai cara dilakukan untuk menghindari serangan dan gigitan namun tidak terlawan dengan gigitan dan serangan yang bertalu-talu itu dan memaksa kami pulang.

Kesempatan bercuti di kampung baru-baru ini telah menarik kami adik beradik untuk cuba mengail sembilang di sini. Walaupun terpaksa melalui jalan jauh akibat dihalang oleh kumpulan pengunjung karaoke yang tidak memberi laluan, kami masih dapat beraksi hingga ke pagi.

Halil puakajoran dan sembilang yang berjaya didaratkan.

 Abu Afaf, hanya ikan duri.

 Kudin puakajoran.
 Akhirnya berjaya juga mendaratkan sembilang. Pagi menjelang.


 


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan