Khamis, 7 Julai 2011

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


SaLam KeNal SaLam SaYanG: SEPAGI BERSAMA RAMLAH RASHID <b>DI BOTA</b> KANAN

Posted: 04 Jul 2011 04:41 AM PDT

entry-content'>


Assalamualaikum.
Sudah agak lama juga saya tidak berkunjung ke teratak kesayangan saya ini. Sudah lama saya kepingin ke sini menebas dan bersantai di sini namun ada sahaja halangan menyekat langkah saya. Namun senja ini, saya gagahkan untuk terus meranduk. Rasanya bukan kerana kekangan waktu saya tidak ke sini, kerana bisa saja saya mencuri detik2 yg saya perguna utk laman sosial lain demi kasih saya pada Salam KeNal SaLam SaYang saya ini. Soalnya hati. Bukan sudah tidak sayang, namun seperti org berpoligami, mana mungkin acap kali berlaku adil, kan? Satu2 masa pastinya yang baharu juga dikunjungi. Begitu jadinya dgn saya, FB fenomena baharu lagi mudah. Saya blh saja menyingkat perbualan menjadi semudahnya dengan sebutan & ejaan terkini kerana di sana semua begitu.

Dan, kepulangan saya kali ini ke blog ini untuk mewar-warkan kepada jiran2 blogers semua, saya akan berada di SK BOTA KANAN PARIT PERAK 23 July 2011 seawal 9 pagi - 2 petang demi melunasi undangan para guru dan pencinta novel di daerah sana untuk berkongsi ilmu. Ilmu saya yang sedikit di bidang penulisan novel mahu dikongsi mereka. Maka saya dengan rendah hatinya menyambut undangan itu di samping pameran & jualan karya saya dahulu dan kini. Saya akan membawa nama KUMPULAN KARANG KRAF & tidak lupa DEWAN BAHASA & PUSTAKA yang sudah dengan ikhlasnya mendidik saya menjadi novelis kini. Meski kejayaan yang sekelumit cuma, banggalah saya menyatakan 2 nama besar dalam dunia penerbitan buku negara ini telah bertanggungjawab membena nama RAMLAH RASHID yg dahulunya hanya seorang gadis kampung yang sangat rendah keyakinan dirinya.

Dengan ini saya menjemput semua warga Parit Perak, kunjung datang ke SK BOTA KANAN PARIT di hari & masa yang diwar-warkan. Jika bengkel tidak berkesempatan, sudilah menjengah karya2 saya yang akan dipamerkan di sana. Wassalamualaikum...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan