Selasa, 26 Julai 2011

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Sumber Inspirasi Jiwa: ~ Angin Malam <b>Di Kuala Kangsar</b> ~

Posted: 23 Jul 2011 11:20 AM PDT



Salamullah bersyukur kehadrat ilahi kerna dapat jua mengupdate blog pada kali ini.saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu berjalan-jalan sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar 2 malam lepas  iaitu bertarikh 22 Julai 2011.Ceritanya bermula pada petang jumaat lalu, sahabat saya Arif mempelawa saya keluar jalan-jalan ambik angin malam di sekitar Kuala Kangsar.Dia cakap "Weh zul jom arh keluor malam nie,aku nak bwk kau pegi pasar kt K.K nie."lagi pon kau tak pernah kan pegi pasar tu?Saya pon tanpa membantah terus setuju dengan pelawaan Arif Tersebut.


Lepas ja solat maghrib di masjid,kami pon keluor le pegi ke pekan Kuala Kangsar,perghhh memang cantik kawasan K.K nie...dengan ada hiasan lampu-lampu yang gemerlapan menghiasi bahu jalan memang indah sangat.Jam Sudah menunjukkan Pukul 8.33 minit malam ,kami pon bergegas ke pasar untuk membeli makanan dan keperluan yang lain, tapi malangnya pasar tu hampir dah nak tutup kerna kami di fahamkan oleh peniaga tersebut,pasar tu dibuka pada jam 5 petang dan berakhir pada 8 .30 malam.So harapan tinggal harapan dan tak jadi kenyataan...


Lalu Arif cakap "Kita kena tukar ke plan B kita pegi ke Lembah nak x??? yang dekat dengan Arena Square"saya pon cakap "Aku follow ja hihihi"...sampai ja kat situ wah banyaknya barang-barang dalam hati kata mesti barang padang besar nie...Argh bangganya...sangkaan saya tepat. Kat sini setiap hari jumaat sabtu & ahad   mereka adakan satu gudang jualan barang-barang murah..tapi tengok cam mahal ja baik balik beli kat perlis lagi murah..wah2 hati saya berseloroh...pusing punya pusing dah boring...so kami pon menuju ke medan selera makan untuk makan..hahaha ...


Lepas ja makan...Alamak lupa cucuk duit la pulak..."Arif jom pegi kat ATM aku nak ambik duit la " hihihi hehehe...Arif pon on ja....lepas ja ambik duit saya pon pegi ke kedai sebelah tu beli mee segera jenama Mee Sedap...wah terasa sedapnya...lepas ja selesai semua tu kami pon balik la ke kampus .dalam perjalanan tu sempat lagi ambik gambar pemandangan waktu malam kt K.K nie so, saya pon tak larat dah nak taip nie
jam menunjukkan pukul 1.47 minit pagi dah nie....sekian ilham dinihari kamar sepi,kampus kisdarku cintai..
dibawah ni saya sempat capture so tengok la yeee....  :-)













Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan