Isnin, 4 Julai 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Realiti Kehidupan: <b>Kuala Kurau</b> Dan Tanjung Piandang

Posted: 03 Jul 2011 11:55 PM PDT

Sepintas lalu mengenai Kuala Kurau


Kewujudan Kuala Kurau dipercayai bermula dari abad ke 17 dahulu, iaitu pada tahun 1800an masehi.  Nama Kuala Kurau itu sendiri dipercayai diambil dari sebutan kuala iaitu kedudukan sebagai muara sungai dan ikan kurau yang banyak terdapat pada suatu ketika itu. Pada awal penerokaan dahulu dipercayai dilakukan oleh segolongan orang melayu perak yang bertani dan nelayan.

Selepas itu, Pelbagai peneroka memenuhi Kuala Kurau sehinggalah sekarang termasuklah moyang, nenek, atok dan pakcik kami yang menetap di kampung Tok Hin di dalam kawasan Tanjung Piandang iaitu juga asal usul keluarga sebelah isteri kami .Kebanyakkan penduduk di sini terdiri dari berbilang suku keturunan banjar , perak, kedah dan lain-lain. Dialek yang digunakan kebanyakkan menggunakan dialek kedah dan perak.

Di zaman penjajah, pihak inggeris telah memajukan kawasan tersebut dengan tanaman tebu dan kelapa. Manakala purata hujannya sepanjang tahun sebanyak 2,500 mm (97 inci) dan kandungan tanahnya yang terdiri daripada Tanah Lanar iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah liat yang berwarna kelabu memang amat bersesuaian dengan tanaman padi sehingga kini. Pada kunjungan kami kali ini tanaman sawah padi sedang menguning dan sedang menanti masa untuk dituai.

Jambatan di sungai Kuala Kurau telah siap untuk dilalui dan memendekkan masa untuk ke Kuala Gula. Kami sempat memberhentikan kereta kami untuk merakamkan keindahan sungai Kuala Kurau dan pekan yang terdapat berhampiran dengan sungai. Di sepanjang muara tersebut juga ada mempunyai sangkar Ikan yang diternak untuk pasaran tempatan. Panorama yang kami ambil di waktu petang begitu mengamit kenangan kami sekeluarga di atas jambatan Kuala Kurau.









Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>Kuala Kurau</b> - Ban Pecah - Bagan Serai

Posted: 19 Jun 2011 08:40 AM PDT

Pagi2 Sabtu mak kol abang. Tanya sama ada petang Ahad 19hb tu ada nk gi mana2 ke? Bila abg kata takde gi mana2 pun...mak ajak abg gi Kuala Kurau..gi tempat nelayan bawak ikan naik dari bot dorang..hehe..

Ahad 19hb Jun 2011
Jadi, Ahad petang lepas babai Piluih dan Yui balik ngan kete Sofie (kawan Yui) ke Seri Iskandar...kitorang pun terus gerak ke destinasi yang dirancang.

Bila tgk sape yg join gi Kuala Kurau tu...tingat mcm nak gi kembara Pantai Timur 30/5 sehingga 3/6 dulu pulak, huhu. Cuma along je yg takde & yang ketara..Sela/Anas dh guna kereta baru, hehe. Masa gi Pantai Timur tempohari..Anas lanyak abes si saga itam tu, ngeh2..

Sampai Kuala Kurau (ikut Kuala Gula)...frust jer sbb tak dpt nak beli ikan baru naik yg masih tergedik2 dlm kotak polisterin bot nelayan situ, ermm..
Hmm..cina bawah jambatan tu cakap...ikan takdak..angin kuat.
Tapi mcm tak nak caya je..huhu. Cari lak kat tempat lain. Berhenti kat satu tempat ikan kering tu. Cina tu cakap mmg ikan takde skang ni. Tiga bulan akan berlarutan mcm ni sbb kat laut angin tengah kuat. Tak tau ler monsun apa skang ye, hihi..
Tu ler dorang bot2 kecik tu tak berani nak turun laut. Kalo turun pun..sat2 aje. Keluar tak jauh2 pun. Skang ni cina tu cakap dh masuk bulan ke 2. Cina tu cakap skang ni tgh musim angin pajak gadai. Maksudnya...dorang pun skang ni kalo takde duit kena gi pajak gadai, hmm....

Pastu, kitorang pun terus ler gi bawak mak, abah, Sela, Anas dan kak nor tengok kawasan Ban Pecah kat Tg. Piandang tu.

Pemandangan kat situ mmg best. Tempat memancing pun ye...Tempat berdating pun ye, erm..
Jalan tepian ban tu masih tanah merah....berdebu..abes kete baru Anas, hihi..
Nak berhenti tapi sepanjang jalan tu...port dh penoh ler!! Yang datang ngan kete, ngan motor2, ish..ish....penoh!!
Gambar2 ni pun aku amek dari dalam kete aje, guna kamera Akiss.

Memang best ler kalo nak melepak kat sini. Ngan angin yang menyamankan, ngan redup pohon2 rendang yang mmg ditanam berderet di tepian2 ban tu, erm...
Kat situ waktu malam lagi happening. Kaki pancing dok melepak, ngan gerai makan byk dibukak..siap ada karaoke lagi, huhu..meriah!!!

Korang tau ke citer dan kisah di sebalik kawasan BAN PECAH ni?? Meh aku citer ikut citer yg aku dapat, ye...hehe..
Al-kisahnya, sebenarnya ban atau tembok penghadang tepian pantai ni...jaoh lagi tang sana. Kiranya, ada sebuah kampung lagi kat situ. Ban yang ada skang ni...bkn ban yang asal. Tapi, citernya...kat kampung tu ada ler sorang yg makan harta anak yatim..makan riba'. Tp orang kampung wat tak tau aje. Takde yg menegur ke, menasihatkan ke...
Disebabkan tu ler..kampung ni ditenggelami air setelah ban/ tembok/ benteng penghadang pantai tu pecah dilanda ombak besar (mcm tsunami ler kot, allahhu'alam)...
Dulu2...orang citer...nampak lagi bumbung umah, pokok2 dari permukaan air laut tersebut..tp skang dh tak nampak dh ler..sbb dh mereput dan musnahlah semuanya.
Dorang kata...ni bkn mitos...katanya kisah benar.

Kalo search kat gugel maps pun...takde yg tolong menanda kawasan ban pecah ni kat area Tg. Piandang, hmm..

Tahun 2007 dulu...pertama kali aku gi sini..ada simpan gambo kat gebang fotopages ni..hehe..

Ni dah penghujung2 ban tu dah. Kitorang ingat nak melepak kat gerai2 situ tapi..tak jadi ler.

Last2 abg bawak gi Gerai Buluh Kuning kat Bagan Serai yg penah masuk dlm JJCM musim baru lepas tu..
Seronok tgk Anis makan. Mula2 mi yg mmg jadi feveret dia. Pastu dia cukai nasik ayam yg ibu dia oder. Pastu, dia cukai lak char kue teow ayah dia. Pastu, bihun goreng wan dia lak, hehe..

Ni nasik goreng ayam black pepper aku. Sedap ler bagi tekak aku ni...
Kak nor pun oder yg sama. Abg lak nasik putih ayam black pepper. Angah lak nasik ayam black pepper. Akiss makan kuew teow goreng, Ain oder bihun sup, mak lak nasik ayam.

Dah abes makan tu...kitorang terus gi lepak lake garden...bersila beralaskan selipar di atas rumput dan bersembang satu citer mistik, kisah benar.....ngee..

Akiss, ain dan anis dh leka layan playground, mm..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan