Jumaat, 1 Julai 2011

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Lumut</b> Atur Strategi Kekal Parlimen, Ambil <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 03:02 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Lumut Atur Strategi Kekal Parlimen, Ambil Setiawan & Pasir Panjang

Oleh: Azlina Rosdy

LUMUT, 15  Jun – Setiausaha UMNO Bahagian Lumut,  Ahmad Sazali Mohd Amin berkata semua jentera parti termasuk komponen Barisan Nasional (BN) harus berusaha keras sekiranya mahu mengekalkan UMNO dan BN di Parlimen Lumut semasa Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selain itu tegasnya, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Setiawan dan Pasir Panjang yang dikuasai oleh DAP dan Pas juga harus diberi perhatian utama.

"Perlu di ingat Parlimen Lumut kita menang tipis dengan majoriti 298 sahaja. Sekiranya kita tidak menggandakan usaha di dalam misi memenangi hati rakyat, tidak mustahil kita akan tewas. Bagi memastikan kita tidak tewas, semua jentera gerak kerja pilihan raya harus turun ke bawah dan mendekati rakyat. Fahamkan rakyat bahawa UMNO dan BN sentiasa bersama rakyat.

"Jelaskan kepada mereka agenda penipuan pembangkang dalam usaha memanipulasikan rakyat. Pembangkang tidak pernah ambil tahu pasal mereka. Mereka hanya mahu berkuasa. Setelah mereka berkuasa, rakyat diketepikan. Ini semua dapat dilihat di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tambahnya lagi, jentera pilihan raya yang telah diatur harus lebih berusaha keras demi parti di samping mengadakan aktiviti berfaedah untuk mendekati rakyat.

"Selain mengadakan program ceramah, kita juga mengadakan ativiti sukan. Setiap kali ada aktiviti yang dijalankan, daftar pengundi baru akan dibuat. Inilah di antara cara mendekati rakyat.

"Selain itu, Wanita dan Puteri turut aktif mendekati pengundi untuk mendaftar pengundi baru. Kita sentiasa berganding bahu dan bergerak bersama agar agenda kita untuk terus memegang kerusi parlimen Lumut tercapai," jelasnya.

Di dalam bergerak aktif mendekati pengundi, beliau berkata, tumpuan lebih diberikan kepada pengundi Cina kerana mereka dilihat masih keliru dengan dakyah pembangkang.

"Kita lihat pengundi Cina di Bahagian Lumut masih tercari-cari siapa yang harus mereka sandarkan harapan. Sebab itu kita memberikan lebih tumpuan kepada pengundi Cina agar dapat kita jelaskan agenda sebenar UMNO dan BN.

"Mereka harus diyakinkan bahawa kita tidak pernah mengetepikan kaum lain. Ini jelas dapat dilihat kerana kaum lain juga mendapat manfaat yang sama . Walaupun orang Melayu dilindungi dengan hak bumiputera namun kerajaan tidak pernah menganak tirikan bangsa lain. Inilah kelebihan kita," katanya. - MediaUMNO

Berita Bertarikh 15 June 2011 Pada 6:02 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan