Khamis, 28 Julai 2011

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Informasi Malaysia Kini » Pelajar Universiti Teknologi Petronas <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2011 02:22 AM PDT

Satu lagi kemalangan maut jalan raya yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi UTP Tronoh Perak. Kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas di PLUS Slim River sebelum terbalik dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dan mati. Kes kemalangan yang menyebabkan mangsa tercampak keluar biasanya disebabkan oleh mangsa yang tak memakai tali pinggang keselamatan. Apabila dah tercampak keluar, kira game over dah la. Impak dengan permukaan jalan raya akan menyebabkan gegaran organ dalaman. Kalau jatuh di kepala, terus mati. Hmmm…Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al fatihah. Berita penuh boleh dibaca dari artikel tempatan di bawah. P/S: Hidup mati ketentuan Allah, tapi kita kena tawakal hanya selepas berusaha 100%. Menggunakan tali pinggang keselamatan kenderaan merupakan salah satu dari usaha yang boleh kita buat. Ramadhan yang akan mendatang beberapa hari lagi, sempatkah kita ketemu?

kancil kemalangan
Gambar hiasan: Foto Kemalangan kereta Perodua Kancil akibat terbalik atau rolloever di jalan raya

IPOH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) terbunuh, manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 364.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abddullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 3.30 petang semalam itu ialah Hafiz Abdul Hamid, 22, pelajar akhir UTP, Tronoh.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Abdullah berkata, rakan mangsa Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22, yang juga penuntut yang sama mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas dan terbalik.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari keretanya. – Bernama

Sumber Berita: Kosmo

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan