Sabtu, 23 Julai 2011

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Voice of EG: Ahli Parlimen <b>Tapah</b>-Datuk M. Saravanan

Posted: 13 Jul 2011 01:56 AM PDT

Hampir di mana-mana di seluruh kawasan Tapah memperkatakan dan mengutarakan isu kembalikan kerusi Parlimen Tapah kepada UMNO dan ini telah disuarakan pada Mesyuarat UMNO cawangan dan juga Bahagian Tapah yang lepas.Desakan ini juga sudah dikirakan agak lama hampir saban tahun. Saya mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding desakan ini. Pada pendapat saya, selain daripada malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk kita juga perlu sedar tentang persetujuan kemerdekaan yang dicapai ketika Tuanku Abdul Rahman menyerahkan memorandum kepada pihak British dan ternyata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen(kongsi kuasa)yang ditunjangi oleh UMNO seterusnya MCA dan MIC. Dalam situasi kawasan Parlimen Tapah Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini bagi meletakkan calon Melayu di Parlimen 072 dan ini membolehkan atau mengurangkan majoriti kemenangan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Hakikatnya sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memang tiada turun padang bagi menjaga kawasannya, jauh sekali mempunyai pusat khidmat Ahli Parlimen berpejabat ataupun bergerak. Setakat ini Khidmat,tenaga,usaha,bantuan,pemantauan yang berterusan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan boleh dikatakan baik dan memuaskan. Bagi menangani isu desakan kembalikan semula kerusi parlimen Tapah kepada UMNO itu bukanlah satu desakan positif dan kurang sesuai untuk orang melayu khususnya atau pengundi Tapah amnya. Ini adalah perjanjian bersama sewaktu kita menuntut kemerdekaan dari tangan Bristish. Tidak dinafikan satu masa dahulu Parlimen Tapah ditunjangi oleh UMNO, tapi itu bukanlah alasan utama yang menyebabkan kita mendesak isu. Walaupun Ahli Parlimen Tapah terdiri dari calon MIC, Pengerusi BN Tapah adalah YB. Dato Hj. Samsudin bin Abu Hassan, ADUN Air Kuning. Barisan Nasional yang dipimpin oleh DS Najib jauh lebih baik daripada PR yang tidak konsisten. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan