Sabtu, 6 Ogos 2011

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Bagan Serai</b> Harap Tiada Isu Nasional Menjelang <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2011 11:32 PM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Bagan Serai Harap Tiada Isu Nasional Menjelang PRU 13

Oleh : Azlina Rosdy

BAGAN SERAI, 4 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha  berharap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tiada isu nasional yang timbul menjadi penyebab kekalahan parti di kerusi-kerusi yang sepatutnya mampu parti meraih kemenangan.

Sebagai contoh katanya, di Bagan Serai, walaupun pada PRU yang lalu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di DUN Alor Pongsu, tetapi atas usaha keras dan gerak kerja terancang, kajian sikap menunjukkan BN mampu merampas kembali semua kerusi yang telah tewas.

"Di Bahagian Bagan Serai ini, kita telah berusaha sebaik mungkin dan hasil kajian sikap menunjukkan kita mampu merampas kembali kerusi yang kita tewas. Malah saya juga telah menjalankan pilihan raya olok-olok sebanyak tiga kali dan ianya menunjukkan peningkatan yang amat baik.

"Oleh itu, saya amat berharap agar jangan ada isu nasional yang boleh mencalar dan menjadi menyebab kepada kekalahan kita. Saya sedar, semua bahagian sedang berusaha keras untuk membantu kejayaan parti di PRU nanti tetapi kita juga harus memastikan tiada sebarang isu nasional mahupun peribadi yang mampu digunakan pembangkang sebagai senjata untuk menentang kita kelak", katanya kepada UMNO-Online di sini.

Bagi memastikan Bagan Serai berjaya menjadi milik BN sepenuhnya, beliau telah mengaturkan pelbagai program mendekati rakyat sejak awal lagi dan ianya semakin diperhebatkan dari semasa ke semasa di antaranya ialah, semua ketua kampong diwajibkan mengadakan program hari bertemu pelanggan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Saya telah mewajibkan perkara ini kepada semua ketua kampung. Kita akan memanggil agensi-agensi berkaitan membuka kaunter agar masalah rakyat dapat diatasi dengan baik. Ini adalah salah satu cara kita mendekati rakyat dan menyelami masalah mereka.

"Selain itu, kita juga mengadakan program turun padang bersama semua sayap. Contohnya Wanita akan mendekati pengundi dan memberi bantuan dengan apa yang perlu manakala Puteri pula akan melancarkan program deko di mana rumah-rumah yang dikenalpasti akan dikemas dan dibaik pulih dengan peruntukan RM500 sebuah rumah. Manakala kaum lelaki pula akan mengadakan gotong royong. Program ini memang mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa gembiranya terhadap komitmen parti komponen BN khususnya MCA yang telah menunjukkan perubahan mendadak di Bagan Serai.

Katanya, jika dahulu MCA agak kurang terlibat di dalam program mendekati pengundi tetapi kini MCA akan bersama-sama UMNO dan sayap turun ke akar umbi.

"Ini satu perubahan yang amat baik malah kerana inilah, pengundi Cina termasuk pengundi India telah menunjukkan perubahan yang amat baik.

"Keputusan pilihan raya olok-olok menunjukkan peningkatan yang amat baik dari pengundi Cina dan India. Pengundi Melayu yang sebelum ini dilihat  di belakang Pas juga telah mula membuka mata. Saya amat berpuas hati dengan senario ini," terangmya.

Beliau turut memberitahu pengundi Melayu yang sebelum ini merupakan penyokong setia Pas, mula berubah fikiran setelah berlangsungnya muktamar Pas baru-baru ini.

Terang  beliau lagi  penyokong Pas kecewa dengan sikap parti tersebut kerana terlalu banyak isu yang timbul sehinggakan perjuangan sebenar Pas tersasar jauh.

"Ini memberikan kelebihan kepada kita kerana mereka mula berfikir dan membezakan perjuangan kita dengan parti Pas. Malah saya mengharapkan agar pengundi atas pagar akan memberikan kemenangan kepada kita di PRU 13 nanti," ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 4 August 2011 Pada 2:32 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan