07 di beruas - Google Blog Search   |  
|   blues budak utara: Kerajaan Gangga Negara Yang Hilang - <b>Bruas</b> <b>...</b> Posted: 25 Jul 2011 10:41 AM PDT Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta  Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik  mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas  serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.  Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa  yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah  diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Pengasas  Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat  lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timurBukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Kewujudan  Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak  dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua  kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah  suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa  peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa  kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya. Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas. Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal.  Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran dalam keluarga India-Eropah,  pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor,Langkasuka, Sailendra, Srivijaya,  dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat  ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung  Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja. Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan  satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti  dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara  wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama  beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk  nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan  titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak,  dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas  bertarik semenjak abad ke-5 dan ke-6.  Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis,  ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era,  dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan  sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat  kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan  menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana. 
 |  
| You are subscribed to email updates from di beruas - Google Blog Search  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan