Ahad, 28 Ogos 2011

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


2 Wanita Maut Dirempuh Van Dekat <b>Kerian</b>

Posted: 27 Aug 2011 09:56 PM PDT

IPOH – Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 12.08 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.

"Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, suami Noorzaihan berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke tepi lebuh raya.

"Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya," katanya.

Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan