Khamis, 25 Ogos 2011

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Percepatkan projek <b>jelapang</b> padi | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 08:24 PM PDT

by Agnes Tugong. Posted on August 23, 2011, Tuesday

Rohani telah pohon kepada PM bagi membolehkan projek itu diteruskan

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim mahu pelaksanaan projek jelapang padi di Lingga, Banting dipercepatkan.

Susulan itu, beliau telah membuat permohonan secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan projek itu diteruskan.

Bagaimanapun, perkembangan terkini berhubung status projek itu tidak dapat dinyatakan sehingga taklimat bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam tempoh terdekat ini.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah bersetuju untuk meneruskan projek ini dalam usaha kita mempertingkatkan ekonomi penduduk khususnya di kawasan Lingga.

"Projek Jelapang Padi ini adalah di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo mengenai perkembangan terkini pembukaan jelapang padi baru di Lingga Banting untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.

Mengulas mengenai projek itu, seluas 5,000 hektar tanah telah dikenal pasti akan terlibat dalam penanaman padi secara besar-besaran itu yang akan memberi manfaat kepada penduduk di Parlimen Batang Lupar secara keseluruhannya.

Rohani yang jugaTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meletakkan harapan yang besar untuk melihat projek jelapang padi di Lingga, Banting akan memacu pembangunan ekonomi penduduk setempat di kawasan parlimennya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing semalam memberitahu bahawa beliau telah mengenal pasti dua kawasan yang mempunyai potensi besar untuk dijadikan jelapang padi Sarawak iaitu Lembah Sungai Limbang dan kawasan Sri Aman.

Menurut Masing, kerajaan ingin membina empangan di Limbang dan bukan sahaja untuk tujuan menjana kuasa tetapi juga untuk sistem pengairan tanaman padi.

Setakat ini, Sarawak mengimport beras dari Vietnam dan Thailand dan mempunyai bekalan beras untuk tujuh bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan