Khamis, 25 Ogos 2011

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Parlimen <b>Kuala Kangsar</b> hulur RM50,000 bantu golongan memerlukan <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2011 02:24 AM PDT

Sejumlah RM50,000 diperuntukkan oleh Parlimen Kuala Kangsar bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan itu termasuk fakir miskin dan ibu tunggal sempena Ramadan tahun ini.

Ahli Parlimennya, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata bantuan yang dihulurkan itu diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan menyambut 1 Syawal.

Katanya, sejumlah RM65,000 juga turut disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan parlimen itu untuk menganjurkan majlis moreh pada tahun ini.

"Setiap tahun, golongan yang memerlukan tidak dilupakan dan tahun ini, seramai 280 fakir miskin dan ibu tunggal dari Parlimen Kuala Kangsar yang membabitkan dua DUN, iaitu Manong dan Bukit Chandan menerima sumbangan duit raya dan kuih-muih.

"Sumbangan ini serba-sedikit diharap dapat menceriakan si penerima dalam membuat persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya kepada golongan memerlukan di Kuala Kangsar, hari ini.

Selain golongan memerlukan, sumbangan turut dihulurkan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Kangsar, pesakit wad Pediatrik dan Wad Penyayang di Hospital Daerah Kuala Kangsar dan tidak ketinggalan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah.

Terdahulu, dalam ucapannya di Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar, Rafidah berkata, umat Islam di negara ini wajar bersyukur kerana dapat beribadat di bulan Ramadan dalam suasana yang aman dan damai.

Berbeza dengan negara di Timur Tengah, umat Islam di sana katanya, tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat puasa kerana pergolakan politik yang turut mencetuskan huru-hara dan insiden berbunuh-bunuhan sesama mereka.

"Selain dapat beribadat dengan aman dan tenteram, kita juga harus menginsafi diri kerana rakyat di negara ini tidak diancam kebuluran seperti yang berlaku di Somalia," tegasnya lagi.

Beliau berkata, berkat kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara, martabat Islam telah diangkat tinggi manakala rakyat bukan Islam pula bebas mengamalkan fahaman serta kepercayaan agama masing-masing tanpa halangan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing daripada bermain mercun atau meriam yang boleh mengancam keselamatan si anak.

Katanya, perbuatan bermain mercun dan meriam bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga turut mengundang bahaya.

"Tolong kawal dan awasi anak-anak daripada bermain mercun atau meriam kerana perbuatan itu boleh mengundang kecederaan serius pada anggota badan seperti putus jari dan hilang penglihatan," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan