Isnin, 22 Ogos 2011

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Apa Ada <b>Di Parit Buntar</b>?

Posted: 31 Jul 2011 07:36 PM PDT

1 08 2011

Best ke pekan Parit Buntar? Pernah datang ke parit buntar? Kalau belum lagi, sila bawa famili atau rakan2 datang ke parit buntar.. jalan-jalan cari makan atau nak shopping pun tak ada hal..

Kalau nak cari hotel kat parit buntar, cari hotel Melor Inn yang baru buka.

Hotel Melor Inn, Parit Buntar

Tak banyak info yang diperolehi tentang hotel Melor Inn ini.

Ok, sekarang kita beralih ke Restoran OldTown White Coffee. Berdekatan dengan hotel Melor Inn jugak.

Parit Buntar OldTown White Coffee

Old Town Parit Buntar memang mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Kalau anda gemar minum white coffee, boleh cuba kat sini dengan kawan-kawan.

Kalau korang datang ke parit buntar, jangan lupa singgah kat old town parit buntar. Memandangkan aku ni cerewet sikit bab makanan, jadi restoran macam ini bukan pilihan aku… anda pula bagaimana?

Tag : parit buntar melor inn, hotel melor inn parit buntar, restoran old town parit buntar, parit buntar oldtown white coffee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dr. Mujahid Yusof Rawa: INFAQ RAMADHAN <b>DI PARIT BUNTAR</b>

Posted: 20 Jul 2011 08:38 PM PDT



Bagi pihak Parlimen Parit Buntar, izinkan saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak terlebih dahulu. Di bulan yang mulia ini, saya turut mengajak rakan-rakan FB dan mengenali saya serta sahabat-sahabat yang simpati dengan perjuangan kami untuk membuat sedikit kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Sahabat-Sahabat sekelian,

Sebelum melangkah lebih lanjut saya ingin menjelaskan bahawa kami wakil rakyat dari Pakatan khususnya di negeri yang tidak diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan kengkangan kewangan untuk membuat khidmat kepada rakyat, antaranya ialah kerja-kerja kebajikan. Alhamdulillah setelah 3 tahun berlalu kami terus berazam untuk mengharungi kengkangan ini.

Khusus untuk program Infaq Ramadhan pd tahun 2008 kami membelanjakan 40k, tahun 2009 45k, tahun 2010 70k dan pada tahun ini anggaran itu meningkat kepada 82k. Peningkatan adalah kerana kami meluaskan para penerima tahun ini untuk guru al Quran di seluruh Parlimen Parit Buntar dan surau-surau yang mendapat sedikit tanda sokongan kami kepada aktiviti mereka.


Dari sudut penyumbang, kami mendapat sokongan daripada seluruh rakan, sahabat dan rakyat yang prihatin bagi menjayakan program ini. Ada individu-individu yang tak perlu saya sebutkan nama-nama mereka telah menyumbang secara konsisten dalam amaun yang besar, kepada mereka dan semua yang menyumbang saya ucapkan terimakasih. Saya selaku ahli parlimen membentang sejadah di seluruh mesjid dan surau yang sudi menjemput saya untuk saya ajukan bagi perhatian mereka program Infaq Ramadhan melalui kuliah-kuliah saya. ia bukanlah kerja yang mudah untuk berada di Kuala Lumpur khususnya bagi tujuan tersebut, dari sudut jawatan selaku wakil rakyat memang agak janggal untuk saya merayu bantuan untuk program di kawasan saya, tetapi saya tebalkan muka demi membantu orang yang memerlukan di tempat saya. Saya sering memberitahu kepada orang -orang miskin: "saya bukan orang kaya memberi bantuan kepada orang miskin tetapi saya juga orang miskin yang merayu kepada orang kaya untuk beri kepada orang miskin, kita sama-sama miskin" Jikalaulah ada peruntukan takkan saya menebalkan muka merayu-rayu bantuan.


Saya membuat azam bahawa kengkangan kewangan takkan menghalang saya untuk terus membela golongan yang memerlukan. Dengan izin Allah, saya tahu Allah mendengar rintihan saya setiap malam mengadu kepadaNya "janganlah kerana wang, perjuangan ini dimalukan Ya Allah, kaulah Maha Pemberi Rezeki dan Pemudah kepada segala kesukaran dan kesempitan, permudahkanlah ya Allah"


Kepada mereka yang membaca doa ini aminkanlah, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang mengaminkan doa saya pada malam-malam yang sunyi. Kepada yang mampu lebih dari sekadar mengaminkan doa anda hanya perlu bersama kami menyumbang untuk menyinarkan Ramadhan dalam kehidupan golongan yang perlu pembelaan. Sedikit sumbangan pun cukup menceriakan wajah-wajah yang menanti sinar Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.






Nama Akaun: PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR


No Akaun: 080-220-100-50832




Hubungi: 016 440 3164 atau faxkan slip jika sudah menyumbang 05 716 6531

PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> tidak lupa pesakit <b>di</b> hospital

Posted: 22 Aug 2011 05:38 AM PDT

PARIT BUNTAR, 21 Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan. Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar. Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi. "Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak " Katanya Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri , Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit. Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Harun Hashim bersama rombongan AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar. Hairul Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar. " 60 orang kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya Sementara itu, Dr Mujahid dalam temubual bersama wartawan berkata program ini merupakan acara tahunan sempena menyambut Aidilfitri. " Saya harap lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan pemimpin bersama masyarakat khususnya pesakit-pesakit hospital yang amat memerlukan perhatian" katanya


Dr. Mujahid bersama isteri memberi sumbangan kepada seorang pesakit kanak-kanak


Dr. Mujahid bersama Pesurujaya melawat seorang pesakit


Dr. Mujahid bersama Abdul Yunus bertanya sesuatu kepada seorang pesakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan