Isnin, 22 Ogos 2011

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


blog usang lagi bersawang: Satu Minggu <b>Di Taiping</b>

Posted: 02 Aug 2011 07:18 AM PDT

Selamat berpuasa everyone!!! Dah lama nak update belog sebenarnya tapi tak menyempat-nyempat. Jadi akhirnya di kesempatan ini, i nak update cerita minggu lepas. Memang slowpoke,tapi asal berupdate kannn??
Seminggu yang lepas dihabiskan di Taiping. Disebabkan internet hotel siput maka tidak berselera untuk update belog. Actually pergi Taiping bukannya bercuti tapi posting dekat hospital for general medicine. Motif posting kat Taiping? Entah,tapi dah kolej bayarkan hotel takkan kita nak menolak ye dak?
Hotel adalah sedikit rundown. First impression bilik nampak macam tak siap. Sebab hujung bilik tu tiba-tiba ada ruang kosong yang tidak diketahui motifnya. Mulalah pemikiran tahyul ligat mencipta teori ruang kosong tersebut adalah tapak pembunuhan justeru tak boleh letak katil kalau letak jugak bangun pagi sedar-sedar baring tengah lobi. Ini akibat menonton siri Keliwon.
Tapi menjelang second day duduk setiap pagi takpayah kemas katil tambahan pula penghawa dingin yang nyaman, i think this hotel is not bad at all. Definitely better than super small pigsty i call my room back in Penang.
Memandangkan kampung halaman adalah di Perak and ive been to Taiping gazillion times before,i was not really looking forward to this week-long posting. I mean,theres nothing much to see in Taiping. Selain dari Taman Tasik memang takda apa dah nak tengok kat sini. Orang Taiping sila sangkal dakwaan ini.
But we did enjoy some good food while we were there;
-yong tau fu,15ringgit sorang makan. Memang sah mewarisi saka.
-Ansari famous cendol. Famous tapi asal kedai buruk?
-kueytiow Doli.kunjungan ke Taiping tidak lengkap tanpanya
Setiap hari we were required to be at the hospital till noon. So petang tu kalau takde lecture memang tak tau nak buat apa. On the first day we ended up melawat zoo. Sekumpulan remaja tongkeh melawat zoo, sedih ke tak sedih ni wei?
Dahlah semangat gila zoo dah nak tutup tapi nak masuk jugak. We were the last group of people yang dapat masuk.
Since its already late,not many people were there. Binatang pun semua macam dah takde mood nak beraksi. Semua muka mengantuk sebab nak kena kerja shift malam pulak lepastu untuk Night Safari.
Zoo Taiping is in dire need of donations. Most of the kandang adalah sungguh pathetic. Dahlah kotor,tak terurus,bau masyaallah.... Its like visiting an animal cruelty centre. What for having so many zoo in the country kalau semua tahap macam loji najis terbengkalai?
We also went to Burmese Pool on the last day in Taiping. Bukan pergi nak mandi pun tapi sebab dah takde tempat nak lawati dah. I've been here long time ago,when i was a kid.
Dont be fooled by these images. Upon reaching that place you will be welcomed with sampah sarap. Clearly somebody is not doing their job. Waktu i pergi kecik-kecik dulu, gila best sebab kebersihan terpelihara. What happen Taiping people?
Kalau dah sampah sarap berlambak tepi-tepi sungai memang kau takboleh nak blame tikus ah kalau dia nak kencing berjemaah dekat tepi tebing.Nanti bila ada kes leptospirosis baru terhegeh-hegeh nak bersihkan. No wonder Malaysia takde benda yang tahan lama. Maintenance memang fail.
Taiping,i iz disappointed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan