Ahad, 11 September 2011

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Pasar Ramadhan <b>di</b> sekitar Gugusan <b>Manjoi</b> (sepanjang <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 09:08 AM PDT

Klik pada gambar untuk saiz sebenar.

Bermula hari ini, 1 Ogos 2011, Pasar atau Bazar Ramadhan dibuka setiap hari, sepanjang bulan Ramadhan ini (1 hingga 29 Ogos).

Di dalam Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan diadakan di tempat yang biasa seperti tahun-tahun yang lalu, iaitu di tempat letak kereta Pasar Manjoi. Pasar Ramadhan ini bermula sekitar pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 7 malam.

Pasar Ramadhan di tempat letak kereta Pasar Manjoi

Di luar Gugusan Manjoi, Pasar Ramadhan yang paling dekat ialah di sepanjang Jalan Jelapang Selatan 1, berhampiran Taman Kledang Raya dan Kampung Tengku Hussein Hujong. Kerana kedudukannya berhampiran Silibin, Pasar Ramadhan ini juga popular di kalangan orang bukan Islam.
Di Jalan Jelapang Selatan 1

Pasar Ramadhan juga diadakan di tapak pasar malam Taman Jati, Jelapang (pasar malam setiap hari Jumaat), berhampiran Taman Meru. Pasar Ramadhan ini pun popular di kalangan orang bukan Islam.
Selain daripada itu, terdapat banyak gerai-gerai kecil, sama ada secara bersendirian ataupun secara kluster,  yang didirikan di seluruh Gugusan Manjoi, terutamanya di bulan Ramadhan ini. Antara lokasi yang popular ialah di Jalan Baginda, Jalan Padang, Lebuh Rajawali dan Jalan Baru.
Jalan Baginda, Kg. Manjoi

Seperti biasa, keadaan lalulintas di kawasan sekitar Pasar Ramadhan ini sesak dengan kereta, motorsikal dan pejalan kaki. Keadaan lebih sesak selepas pukul 4.30 petang, apabila waktu pejabat tamat bagi sesetengah pekerja. Ketiadaan pihak berkuasa juga menyulitkan keadaan.

Oleh itu, kami minta kerjasama semua pihak untuk berhati-hati semasa memandu, kurang kelajuan anda dan tumpukan perhatian terhadap pemanduan anda. Kanak-kanak dan warga emas adalah kelompok yang biasa juga mengunjungi Pasar Ramadhan ini. Disebabkan ketiadaan laluan khas untuk pejalan kaki dan laluan melintas jalan, kami pohon semua pihak supaya bertimbang rasa dan utamakan keselamatan.

Jika anda boleh berjalan ke Pasar Ramadhan ini, silalah berjalan kaki. Jika anda berkenderaan, dan mampu berjalan, tolong letakkan kenderaan anda agak jauh dari kawasan yang sudah sedia sesak. Kerjasama semua pihak akan memudahkan semua pengunjung dan peniaga, dan dapatlah kita membeli-belah dengan selesa.

Jadilah sebahagian dari penyelesaiannya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan