Ahad, 11 September 2011

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Ketua PKR <b>Padang Rengas</b>, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 03:59 PM PDT

No of View :312

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Rengas, Alias Zenon (gambar) yang dilarikan empat penyamun semalam, ditemui selamat di Plaza Tol Changkat Jering, dekat sini, awal pagi ini.

Beliau dipercayai ditinggalkan kumpulan berkenaan di kawasan tersebut pukul 1.30 pagi selepas dilarikan dari rumahnya di Padang Rengas, kira-kira 12 jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, mangsa yang hanya mengalami luka ringan menghubungi salah seorang rakannya untuk meminta bantuan.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan dan diambil keterangan di IPD Kuala Kangsar.

"Pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah dan kereta Mercedes-Benz milik mangsa yang dilarikan kumpulan tersebut.

"Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Alias, 73, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di IPD Kuala Kangsar hari ini berkata, kejadian berlaku sejurus selepas beliau tiba di rumahnya dengan kereta pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada masa ini, beliau yakin kejadian itu bermotifkan samun dan menolak kemungkinan berunsurkan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan