Selasa, 6 September 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pekerja kedai telefon bimbit ditembak

Posted: 04 Sep 2011 04:10 PM PDT

IPOH 4 Sept. — Seorang pekerja kedai telefon bimbit cedera ditembak manakala seorang kelindan lori dilarikan empat lelaki yang sama dalam dua kejadian berasingan di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian pertama, Goldan Francis, 18, ditembak di depan rumah neneknya di Taman Rishah pada 2.15 pagi, menyebabkan lengan kirinya cedera.

Difahamkan, sebelum itu, keluarga Francis sedang meraikan sambutan ulang tahun neneknya dan ketika kejadian, mangsa berbual di luar rumah apabila kenderaan yang dinaiki empat suspek berkenaan berhenti di depan rumah berkenaan.

Ibu saudara mangsa, G.Ushanantini, 30, berkata, Francis menganggap kumpulan itu ingin bertanyakan arah, namun secara tiba-tiba seorang daripada mereka keluar dari kereta dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Beliau berkata, Francis yang duduk di atas motosikal kemudian bergegas ke rumah rakannya dan dibawa ke Hospital Pakar Ipoh.

Selepas itu, dua suspek bersenjatakan parang dan kayu golf, cuba memasuki rumah teres berkenaan, namun gagal kerana ia dikunci dari dalam.

Terdahulu, kumpulan itu dipercayai menculik seorang kelindan lelaki berusia 21 tahun yang sedang berbual dengan dua rakannya di sebuah restoran berhampiran hotel bajet di Menglembu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam insiden 12.30 tengah malam itu, suspek turut melepaskan tembakan sebelum melarikan mangsa.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dipukul di Bercham sebelum ditinggalkan di Jalan Kuala Kangsar dalam keadaan mata dan kepala ditutup.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Kerajaan komited bantu pengusaha kasut <b>di Menglembu</b> » Perak News <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2011 03:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri menjemput semua ke Majlis Sambutan Aidifitri dan Kemerdekaan ke-54 di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 1 Syawal dari jam 2 hingga 6 petang ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan