Khamis, 22 September 2011

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Program pengedaran risalah dan Bendera Malaysia <b>di</b> pasar <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 09:07 AM PDT

Pengkalan Hulu 29hb Ogos – Parti Keadilan Rakyat Pengkalan Hulu berjaya mengedar hampir 150 keping risalah risalah parti serta bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Pasar Pengkalan Hulu.

Selepas mengedar risalah di Pasar Pengkalan Hulu Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long berkata, secara keseluruhanya beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap risalah diedarkan itu walaupun ada juga diantaranya enggan menerima risalah yang dihulurkan kepada mereka.

Katanya, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan sebahagian kecil mereka yang enggan menerima risalah.

"Itu hak mereka kita tidak boleh paksa," katanya.

Menurutnya beliau amat memahami pemikiran mereka yang amat taksub kepada parti.

Mereka itu, tidak memahami erti demokrasi kerana bagi mereka hanya Umno sahajalah yang ada, Umno sahaja benar semua parti-parti lain adalah musuh belaka.

Antara risalah yang diedar termasuklah risalah isu-isu semasa dan sebagainya yang dibekalkan oleh Lee Sing Long.

Sementara itu, Mejar Abdullah yang turut bersama mengedar risalah di sekitar Pasar Pengakalan Hulu itu menyifatkan program tersebut sebagai berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat dan isu perlu diteruskan dengan pengedaran isu-isu terkini.

Bagi bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long yang mengedar risalah dan memberi bendera Malaysia sekitar Pasar Pengkalan Hulu  melahirkan rasa gembira kerana berjaya mengedar tidak kurang daripada 150 risalah Keadilan.

"Kita hantar risalah dan bendera Malaysia terus  penduduk dan akan hantar lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Bekas calon PKR Pengakalan Hulu Lee Sing Long sedang mengedar risalah di pasar pagi di Pengkalan Hulu

Mejar (B) Abdullah turut bersama didalam program pengedaran risalah di pasar Pengkalan Hulu






Pak Ali daripada PAS juga turut serta dalam program ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan