Jumaat, 30 September 2011

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


FITNAH TERBARU PAS PARIT BUNTAR | peraktoday.com

Posted: 30 Sep 2011 09:05 AM PDT

Yunus

Laman Blog Pas Parit Buntar bertarikh 17 Sepetember telah menerbitkan artikel yang sebahagiannya  diambil daripada akhbar Sinar Harian dan artikel mereka tidak lain dan tidak bukan untuk memburuk-burukkan Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Tulisan dalam blog berjudul "MASALAH PENDUDUK PARIT TANJUNG PIANDANG , MANA PEGAWAI KHAS MB?

Sebelum bercerita panjang, TM ingin jelaskan sedikit mengenai wakil rakyat kawasan ini.

Tanjung Piandang terletak dalam Dun Kuala Kurau yang diwakili oleh Abdul Yunus Jamahari (Pkr ) dan satu lagi diwakili oleh  Idham Lim Dun Titi Serong (Pas) dan Ahli Parlimennya ialah Mujahid Yusof (Pas).

Apa yang didedahkan di bawah oleh Pas samalah seperti peribahasa melayu iaitu seperti membuka pekung di dada. Ia secara tanpa sedar telah mendedahkan kegagalan Pas dan Pkr dalam membela nasib rakyat.

Ketiga-tiga wakil rakyat sepatutnya membantu apa juga masalah yang dihadapi oleh pengundi kawasan mereka baik yang menyokong BN atau menyokong PR. Buat lah seperti kerajaan BN lakukan, membantu tanpa memilih bulu.

Kalau ketiga-tiga wakil rakyat tak cukup peruntukan sila jumpa tauke mereka iaitu Anwar Ibrahim dan Hadi Awang, paling dekat boleh mohon bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dan Kedah atau boleh juga pinjam duit daripada Selangor atau Kelantan. Ini tugas kerajaan berkebajikan.  Pas di Perak hanya ada 6 kerusi , tak kan lah tak boleh turun peruntukan 500 ribu setahun untuk 6 Adun Pas dan 5 Adun Pkr.

Kepada penduduk juga mesti lah ingat, dulu masa nak mengundi tak mahu undi BN, tak percaya kepada Umno. Sekarang apa jadi, ibarat pepatah melayu nasi sudah menjadi bubur, menangis air mata darah pun tak ada guna lagi.

Jika mereka menuduh MB tak tengok dan tak turun padang juga adalah fitnah. MB kerap turun padang ke kawasan Dun Titi Serong dan Kuala Kurau.

Kali terakhir MB dan rombongan turun ke Tanjung Piandang ialah kelmarin 29 September 2011 Beliau berada di sana seawal 6.30 pagi untuk bersarapan dengan orang ramai dan 10.30 beliau membuka 'klinik' untuk membolehkan rakyat di kawasan tersebut berjumpa dan mengutarakan masalah mereka.

Sejak menjadi MB Perak bukan sekali dua beliau turun ke kawasan tersebut. Cuma masalahnya ialah puak-puak Pas atau mengundi Pas totok yang sombong. Bila MB turun padang, mereka boikot tak mahu jumpa, benci dan meluat konon.

Bila susah dan ada masalah kutuk MB…..Ini yang payah dengan puak-puak lalat hijau. Agaknya itu lah balasan Allah kepada mereka yang kufur nikmat yang diberikan.





PARIT BUNTAR, 17 Sept. :P engarah Majlis Tindakan DUN Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa mengesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap aduan penduduk di Parit Tanjung Piandang yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini.
" Sebagai kerajaan yang memerintah sepatutnya kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terhadap masalah pembangunan yang diadukan penduduk.
" Sejak BN merampas pemerintahan negeri Perak dari PR,pelbagai masalah penduduk tidak diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah. Berbeza sepanjang 11 bulan pemerintahan PR di Perak" katanya
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar berkata, masalah jalan, jambatan dan kedhaifan penduduk sudah banyak kali diadukan oleh penduduk di sini, namun masalah itu terus berlarutan.
" Berapa lama penduduk harus bersabar. Wakil rakyat PR tidak boleh disalahkan kerana peruntukan pembangunan dinafikan kepada mereka.
" Apa yang dilakukan oleh pegawai khas yang dilantik oleh Menteri Besar. Sepatutnya, merekalah yang menyalurkan masalah penduduk kepada Menteri Besar" katanya
Tuntut janji pemimpin


TANJUNG PIANDANG – Janji pemimpin sejak 20 tahun lalu, untuk membaiki jalan sejauh 5 kilometer (KM) bermula dari kawasan Teluk Pial hingga ke kawasan Tanjung Piandang mula dituntut penduduk di sini, apabila tidak ada sebarang perkembangan dilihat setelah lama janji berkenaan ditaburkan.

Penduduk, Kamarudin Ismail, 46 berkata, jalan berkenaan perlu diturap segera kerana keadaannya mendatangkan bahaya kepada pengguna dan sebelum ini dia telah beberapa kali memohon kepada pihak berwajib.

"Malang bagi kami bila jalan di kawasan lain yang diturap selepas janji itu ditaburkan kepada kami sedangkan penduduk di kawasan berkenaan tidak membuat sebarang permohonan untuk menurap kembali jalan.

"Kami melihat kawasan yang mendapat kemudahan jalan itu mempunyai kepentingan politik apabila projek menyediakan kemudahan itu diselenggarakan oleh pemimpin parti tertentu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penduduk di kawasan itu merasa seperti di anak tiri dan melihat pemberian bantuan yang diberikan kepada rakyat mempunyai unsur pilih kasih.

Menurutnya, keadaan jalan di kawasan itu turut memberi kesan mendalam kepada anak-anak jati kampung di luar kawasan yang pulang berhari raya selain menanamkan kebencian terhadap kepimpinan dalam hati mereka.

"Sebelum ini ada pihak yang telah berjanji menurap kembali jalan itu dan memaklumkan peruntukan sebanyak RM50,000 telah diterima, namun hingga kini, ia sekadar tinggal janji kosong.

"Jika benar peruntukan itu telah diterima, ke mana perginya wang berkenaan atau kenapa ia dialih ke kawasan lain dan berapa lama lagi kami terpaksa menunggu untuk melihat jalan yang semakin teruk ini diturap kembali?" katanya.

Sementara itu, Mohd Jamal Mokhtar, 33 berkata, keadaan yang berlaku sekarang ini tidak adil kepada penduduk terpaksa membayar cukai mengikut jadual dan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya terlewat membayarnya.

"Kita kena ikut masa yang ditetapkan untuk membayar cukai sedangkan perkhidmatan semula kepada rakyat cukup susah untuk diselenggarakan, tambahan di kawasan pendalaman dan sepatutnya pihak berkuasa perlu tegas dalam memberikan semula perkhidmatan kepada rakyat terutama berkaitan masalah awam.

"Sudah berapa kali permohonan dibuat dan sudah berapa tahun janji ditaburkan tanpa tindakan, juga tanpa memikirkan keadaan jalan sekarang ini mendatangkan bahaya terutama pada sebelah malam?" katanya.
Tidak mahu terus tanggung risiko


TANJUNG PIANDANG – Setiap kali tibanya hujan, penduduk di kawasan Ban 136 Parit Tanjung Piandang Darat mengeluh kerana memikirkan keadaan jalan di kampung mereka yang tidak berturap sejak sekian lama.

Mohd Jamal Mokhtar,33, berkata, penduduk memohon pihak terlibat supaya segera menurap jalan yang lama tidak pernah diturap hingga menimbulkan masalah becak apabila hujan selain merosakkan kenderaan mereka.

Menurutnya, walaupun jarak jalan di kawasan perumahan itu yang tidak berturap hanya 500 meter tetapi akan merosakkan kenderaan yang melaluinya terutama ketika hujan melanda.

Katanya, alasan peruntukkan tidak ada boleh diterima namun keadaan ini sudah berlarutan agak lama dan ada juga pihak yang mendakwa peruntukan sudah diluluskan.

"Justeru sebagai penduduk kami cuma mahu melihat kesempurnaan kampung kami selain memudahkan penduduk keluar masuk menggunakan jalan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Kamarudin Ismail, 46, berkata, jalan itu sepatutnya sudah lama diturap namun tidak tahu masalah yang timbul hingga ianya tidak diturap.

"Keadaan ini berlaku seolah-olah tiada kajian dibuat pihak yang berkenaan untuk memberi kemudahan kepada penduduk ianya cuma dilakukan untuk kepentingan tertentu sesetengah pihak.

"Kami amat berharap jalan di sini diturap secepat mungkin kerana semakin lama dibiarkan dikhuatiri akan manghakiskan parit yang tidak berbenteng," katanya.


Jambatan perlu diubah


TANJUNG PIANDANG – Kedudukan asal jambatan di Parit Tanjung Piandang Darat, di sini, yang tidak strategik selain mengundang bahaya perlu diubah segera memandangkan telah banyak kemalangan berlaku di kawasan itu.

Kebanyakan penduduk mahu jambatan sementara itu diubah kerana kedudukan asal berbahaya disebabkan terdapat beberapa selekoh tajam.

Penduduk, Mohd Jamal Mokhtar, 33, berkata, keadaan jalan bengkang-bengkok menuju ke jambatan itu menyukarkan pengguna mengagak kedudukan sebenar jambatan terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, bukan itu sahaja malah beberapa kali kemalangan melibatkan lori, motosikal dan kereta terjunam ke dalam parit kerana menyangka terdapat jambatan di jalan lurus.

"Baru-baru ini sebuah motosikal melalui jalan lurus dari kampung dan menyangka di hadapannya terdapat jambatan sedangkan kedudukan jambatan itu sebenarnya terletak selepas melalui dua selekoh tajam.
"Akibatnya penunggang motosikal itu terjunam ke dalam parit bersebelahan jambatan ini," katanya.


Katanya, situasi seumpama itu pasti akan berlaku terutama kepada orang luar bahkan bertambah teruk lagi.
"Diharap jambatan ini diubah dan diletakkan selepas jalan lurus sahaja bagi mengelakkan kekeliruan dan kemalangan berlaku," katanya.
Sementara itu, penduduk, Kamarudin Ismail, 46, berkata, jambatan yang ada kini hanya sebuah titi sementara dibina pihak kontraktor untuk beberapa pembangunan di kampung tersebut selain memudahkan kenderaan berat mereka keluar masuk.
Katanya, sehingga kini jambatan itu tidak diubah dan mendatangkan lebih banyak bahaya kepada penduduk.
"Diharap pihak yang terlibat dapat melihat semula kewajaran jambatan ini dan mengubah kedudukannya kerana dikhuatiri mendatangkan lebih banyak bahaya terutamanya kepada pengguna dari luar.
"Ramai pemandu akan keliru terutamanya pada waktu malam kerana keadaan samara-samar dan mengagak jambatan itu berada di hadapan mereka tetapi sebaliknya," katanyat

TANJUNG PIANDANG – Keadaan rumah yang semakin uzur, di Parit Tanjung Piandang Darat, di sini, membimbangkan keluarga Jamil Azomi Hassan, 50, apabila kawasan dapur dan bilik air kini membahayakan keluarga itu.
Jamil Azomi berkata, dapur rumahnya semakin usang kerana dinding dan lantai mengalami kerosakan dan mereput.
Menurutnya, bilik air juga sudah begitu daif dan hanya berpintukan sehelai kain.
"Saya tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan baik pulih ini kerana sudah tidak bekerja akibat faktor usia.
"Kini hanya bergantung harap dengan pendapatan anak untuk urusan perbelanjaan harian," katanya kepada Sinar Harian.
Jamil berkata, jika dilihat dari luar rumahnya, pasti tidak akan percaya dengan keadaan rumah yang daif itu.
Menurutnya, pemimpin kampung tidak pernah datang menjenguk, mungkin tidak menyangka rumahnya itu mengalami banyak kerosakan.
Katanya, diharap pihak berkenaan dapat melihat sendiri keadaan rumahnya seterusnya memberi bantuan baik pulih rumah.
"Saya amat berharap bahagian dapur dan bilik air di baik pulih oleh pihak bertanggungjawab."Jika saya punya kemampuan saya sendiri akan usahakan untuk memiliki sebuah rumah yang sempurna, malangnya saya tidak ada peruntukan ini," katanyaSINAR HARIAN

Kepada pemberita akhbar Sinar Harian pun  jangan lah galak sangat dok bersekongkol dengan Pas.

Ingat dulu TM sudah hantam Sinar Harian kerana menyiarkan maklumat palsu menngenai warga miskin di Dun Selinsing?

Jangan sampai TM belalasah lagi untuk kali ke 2 dan seterusnya. Akhbar Sinar tak salah cuma yang matarop ialah pemberitanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan