Jumaat, 9 Mac 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Kekalkan kuasa BN <b>di</b> Perak – Perak Today

Posted: 21 Feb 2012 06:44 PM PST

Ahli UMNO seluruh negeri Perak digesa membantu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengekalkan kuasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan BN amat penting kepada masa depan rakyat pelbagai kaum di negeri ini terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tanggungjawab mempertahankan kuasa BN di negeri ini bukan terletak di bahu Menteri Besar semata-mata, malah semua ahli UMNO yang mendokong perjuangan parti itu.

Menurutnya, selain beliau, dua menteri daripada kalangan UMNO iaitu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut bertanggungjawab membantu dan memastikan lebih dua pertiga kerusi BN dimenangi dalam PRU-13 nanti.

"Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan pemimpin UMNO pelbagai peringkat, kami turut membantu memperkukuhkan sokongan terhadap BN dan memantau perkembangan politik semasa di negeri ini atas rasa tanggungjawab bersama," katanya ketika berucap di majlis perasmian Kursus Transformasi Minda Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, di Ulu Kenas, dekat Kuala Kangsar, kelmarin.

Sementara itu, beliau menggesa semua jentera parti komponen BN menggandakan usaha kerana persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, DUN Hutan Melintang dan Parlimen Bagan Datoh dalam pilihan raya kali ini dijangka sengit.

Beliau berkata, pembangkang telah merasa nikmat memerintah negeri Perak dalam pilihan raya lalu dan ketagihan memperoleh kuasa semula mendorong mereka menggunakan segala taktik kotor untuk mengulangi kemenangan lampau.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian seluruh negeri ini hendaklah memastikan calon BN menang di tempat masing-masing.

Katanya, setiap kerusi DUN yang dimenangi amat penting dalam pilihan raya kerana ia boleh membantu penubuhan kerajaan negeri,

"Kekalahan calon BN di Hutan Melintang dalam pilihan raya lalu menyumbang kepada kejayaan pembangkang membentuk kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan Bahagian Bagan Datoh perlu bekerja keras mengembalikan kerusi berkenaan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

"Kita harus memujuk majoriti pengundi Melayu di Bagan Datoh supaya mengundi calon BN dalam pilihan raya akan datang di samping meningkatkan majoriti besar undi bagi calon Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup," katanya.

- UTUSAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan