Jumaat, 9 Mac 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Coretan Siti: Petang <b>Di Lumut</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:39 AM PST

Salam semua...
Mulai hari Selasa lepas boleh dikatakan dua kali sehari ke Lumut pagi dan petang.  Bila pagi tue terus je balik sebab kena bersiap-siap pulak untuk ke sekolah.  Bila petang boleh la singgah pusing-pusing pekan Lumut (pekan kecik je kan kejap je dah pusing habis) dan tengok kapal yang lalu lalang.
Sementara tunggu Mahmud selesai, saja-saja ambil gambar kapal.  Cuba tengok kapal merah tue.  Biasa je kan.  Nie gambar masa hari Khamis.
Semalam Sabtu, masa lalu di waterfront Lumut nampak kapal merah tue dah berada sebelah kanan dengan pelantar minyak (iye la kot pelantar minyak kalau silap hehehe...) seperti gambar di atas.  Di Kampung Acheh, Manjung memang ada syarikat oil and gas yang membuat pelantar minyak, jadi nie mungkin yang dah siap dan dalam proses untuk dihantar ke tempatnya.  Nie semua andaian sendiri la.
Hari mula gelap dan masa nie angin bertiup agak kuat tanda-tanda akan hujan jadi cepat-cepat balik, lagipun dah dekat Maghrib masa nie.
Petang nie bila ke Lumut lalu lagi di waterfront Lumut untuk lihat samada pelantar dan kapal merah tue ada lagi atau tidak.  Ada lagi...  tapi hari nie kapal di belah kiri pelantar pulak.
 Zoom sikit pelantar tue. Nampak macam terapung kan...
Nie dari waterfront Lumut dan masa nie ada empat lima orang memancing di sini.  Hari nie elok cerah tak macam semalam gelap , berangin dan  mula nak hujan.
Dah dekat pukul 7.20 pm masa nie balik la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan