Jumaat, 23 Mac 2012

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 02:55 AM PDT

By admin | March 16, 2012

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 3hb April, 2012.

Tarikh              :  16hb Mac 2012

Daripada          :  YB DATO' NGEH KOO HAM (ADUN Kawasan Sitiawan)

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan :- 
  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa Kerajaan Negeri Perak BN meluluskan projek pusat penagihan bijih besi Syarikat Vale International untuk dibina di kawasan pelancongan Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.
  2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar menyatakan kenapa bayaran premium untuk tempoh pajakan 99 tahun lebih tinggi daripada tanah selama-lamanya seperti dalam kes Yeoh Woo Kiang di Kampong Jering, Ayer Tawar (Ruj Pejabat Tanah Manjung Bil(10)dlm PT MJG A2/452/08-5).
  3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar kenapa potongan premium 80% tidak diberikan kepada pemohon Lim Su choon dan Lim Su Jee (Ruj Pejabat Tanah Manjung: Bil(12)dlm PT MJG A2/20/08-3)  di Changkat Keruing dan lot-lot kedai di Pasar awam, Ayer Tawar sungguhpun tanah-tanah tersebut adalah juga dalam kawasan kampung-kampung Baru.

 

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis :-

  1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan samada pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Kerajaan Negeri berkenaan dengan lapuran SPRM No. 50/2011 yang dibuat oleh ADUN Sitiawan untuk mendapat senarai penerima-penerima 68,503 ekar tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari 2009 hingga Julai 2011 dan sudahkah Kerajaan Negeri memberikan butir-butir yang diminta oleh SPRM? 
  2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan berapakah jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Yayasan Perak untuk menjana hasil bagi sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dan sudahkah tanah tersebut didaftarkan atas nama Yayasan Perak. 
  3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan butir-butir 7 kes dalam Negeri Perak yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam lapuran Ketua Audit Negara bagi tahun 2010. 
  4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk menyatakan kenapa tempat pembakaran yang tertutup (incinerator) di  Pulau Pangkor sudah lama siap dibina  masih belum boleh digunakan.
  5. Bertanya kepada YAB Menteri BesarNyatakan jumlah wang yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada orang-orang berikut dan senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh mereka sejak perlantikan mereka.

            (a) Dato' Chan Ko Youn sebagai penasihat Menteri Besar.

            (b) Dato' S. Veerasingham sebagai penasihat Menteri Besar.

            (c) Dato' Hamdi Bin Abu Bakar sebagai pengarah penerangan Kerajaan Negeri

GD Star Rating
loading...

GD Star Rating
loading...

Soalan-Soalan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima (3/4/2012), 10.0 out of 10 based on 1 rating

Lelaki Mati Dilibas Parang Ketika Memandu | Informasi Malaysia <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 01:05 AM PDT

Seorang lelaki telah dilibas dengan parang panjang sehingga mati di hadapan keluarganya selepas keretanya dihimpit sehingga berhenti di sebuah jalan di Manjung.

Related Posts with Thumbnails

Lelaki Mati Dilibas Parang Ketika Memandu | Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Ayer Tawar – Pantai Remis berhampiran Changkat Keruing, malam kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam apabila mangsa yang menuju ke Ayer Tawar telah dihimpit sebuah kereta.


Polis menunjukkan kereta Ford Ranger yang digunakan dalam kejadian jenayah libas parang ini

Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah setelah menghadiri kenduri berhenti untuk bertanyakan motif keretanya dihimpit. "Mangsa yang dikenali sebagai K Mohan,32 telah dilibas dengan parang di bahagian belakang kepala oleh pemandu kereta jenis Ford Renger apabila mangsa berkenaan bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Bersama mangsa ialah isteri dan anak yang berumur dua tahun serta seorang lagi rakannya selamat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Ahmad berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik Kesihatan Changkat Keruing dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk bedah siasat.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita tidak menolak dakwaan bahawa mangsa mengenali orang yang menyerangnya kerana ketika kejadian dua penyerang berkenaan memakai penutup muka. "Selepas melibas mangsa dengan parang kedua-dua penyerang terus melarikan diri.

"Daripada siasatan kami, kereta digunakan penyerang menggunakan nombor kereta palsu dan kereta berkenaan adalah kereta curi," katanya. Katanya, orang awam yang mengetahui berkenaan kejadian itu boleh menghubungi beliau di talian 019-4483377 bagi membantu siasatan.

"Kita ambil keterangan isteri dan jakan mangsa tentang kejadian itu. "Orang awam juga dialukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

Melayukini.net – Tidak dapat dibayangkan ketika kita sedang memandu, tiba-tiba ada kereta lain datang menghimpit dan melibat kita dengan parang panjang. Nauzubillah. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita semua manusia akan kembali. Semoga keluarga mangsa libasan parang penjenayah itu tabah dengan ketentuan ini. Takziah.


Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Jenayah Informasi Malaysia Kini

Related Posts with Thumbnails

Dia buat dah: Lelaki mati dilibas parang

Posted: 19 Mar 2012 02:30 AM PDT

Lelaki mati dilibas parang - Perak - Sinar Harian:
MANJUNG - Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Ayer Tawar- Pantai Remis berhampiran Changkat Keruing, malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam apabila mangsa yang menuju ke Ayer Tawar telah dihimpit sebuah kereta.

Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah setelah menghadiri kenduri t berhenti untuk bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Mangsa yang dikenali sebagai K Mohan,32 telah dilibas dengan parang di bahagian belakang kepala oleh pemandu kereta jenis Ford Renger apabila mangsa berkenaan bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Bersama mangsa ialah isteri dan anak yang berumur dua tahun serta seorang lagi rakannya selamat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik Kesihatan Changkat Keruing dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk bedah siasat.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita tidak menolak dakwaan bahawa mangsa mengenali orang yang menyerangnya kerana ketika kejadian dua penyerang berkenaan memakai penutup muka.

"Selepas melibas mangsa dengan parang kedua-dua penyerang terus melarikan diri.

"Daripada siasatan kami, kereta digunakan penyerang menggunakan nombor kereta palsu dan kereta berkenaan adalah kereta curi," katanya.

Katanya, orang awam yang mengetahui berkenaan kejadian itu boleh menghubungi beliau di talian 019-4483377 bagi membantu siasatan.

"Kita ambil keterangan isteri dan jakan mangsa tentang kejadian itu.

"Orang awam juga dialukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan