Jumaat, 23 Mac 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Stabilo rai pemenang <b>di Pangkor</b> Laut - Halaman Gambar Menarik <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 01:35 AM PDT

SIAPA sangka penyertaan secara suka-suka akhirnya membawa tuah kepada Joshua Muniandy apabila dia berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Stabilo Boss Wanted yang dianjurkan oleh Stabilo sempena ulang tahunnya yang ke-40.

Ahli muzik berusia 43 tahun itu menewaskan 3,150 peserta lain dari Malaysia untuk muncul sebagai pemenang hadiah utama iaitu percutian mewah selama tiga hari dua malam di Pangkor Laut Resort pada 13 Februari hingga 15 Februari lalu.

Menurut Joshua, pada mulanya dia hanya menyertai pertandingan itu kerana tertarik dengan soalannya yang berbentuk seperti kuiz personaliti.

"Saya hanya ingin menguji kemampuan diri menerusi soalan-soalan yang disediakan kerana ia seperti ujian kenali diri. Bagaimanapun, saya tidak menyangka jawapan yang diberikan membolehkan saya pulang dengan hadiah kemenangan," katanya.

Tambah Joshua, kemenangan itu lebih manis apabila dia berpeluang membawa isterinya, Irene Teo Ai Ling, 42, bersama dalam percutian tersebut.

"Apabila diberitahu saya memenangi hadiah utama, saya agak terkejut. Apatah lagi dengan hadiah itu saya berpeluang membawa isteri bersama. Ini merupakan hadiah istimewa buat saya dan isteri kerana kami bukan sahaja dapat meluangkan masa cuti malah, dapat menyambut Hari Kekasih bersama," ujarnya lagi.

Pasangan yang telah berkahwin selama 13 tahun itu turut berpeluang menaiki Sunset Cruise sambil menikmati makan malam romantik.

Tambah Joshua, impian untuk meraikan isteri tercinta dalam suasana yang romantis pada Hari Kekasih tahun ini tercapai apabila percutian itu turut diselitkan dengan aktiviti menaiki cruise sambil melihat matahari terbenam.

"Terima kasih kepada Stabilo kerana menjadikan impian saya satu kenyataan," katanya.

Pertandingan yang dianjurkan secara online bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu itu menerima penyertaan daripada 45,657 peserta termasuk dari negara Asia Tenggara.

Peserta pertandingan itu perlu menjawab 10 soalan mudah selain mencipta slogan melalui laman sosial Facebook bagi merebut peluang memenangi pakej percutian mewah.

Pengarah Urusan Pemasaran Schwan Stabilo Malaysia, Schwan Goh berkata, penganjuran pertandingan itu sebagai satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pengguna setia yang banyak menyokong kami selama ini.

"Kami juga berharap pemenang dapat merasai pengalaman indah menerusi aktiviti menarik yang kami sediakan di Pangkor Laut Resort," katanya.

Selain itu, Joshua turut berpeluang mengubah gaya dan penampilannya pada bengkel Make Over and Excellence bersama pakar perunding imej profesional, Wendy Lee.

"Saya berasa lebih berkeyakinan selepas mengikuti sesi yang banyak membantu saya memperhalusi imej dan gaya melalui etika pemakaian dan kemahiran berkomunikasi. Bukan itu sahaja, saya turut menerima sut buatan tangan dan potongan rambut percuma pada bengkel itu," jelas Joshua.

My Sweet Diary .: .Kursus <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>, Perak

Posted: 16 Mar 2012 05:50 AM PDT

Maaf kerana lambat update...Ira tak ada mood nak update lepas konvo..heee..;p
Entri ni khusus untuk blogger yang nak tahu tentang Pulau Pangkor, Perak..Ira ke sana kerana menghadiri Kursus Guru Baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor..jadi semuanya FOC la kecuali duit poket dan tiket Feri...dari jeti untuk ke resort, kami naik van teksi..memang banyak kat sana..
Kalau dah sebut pulau..semestinya yang istimewa di sana adalah pantai dan makanan laut :)...Ira menginap di Pangkor Holiday Resort di Pantai Bogak...tak silap Ira Pulau Pangkor ni macam Pulau Tioman juga..ada banyak pantai dan kawasan...rasanya yang best untuk percutian adalah di Pantai Teluk Nipah...:)
Nahhh gambar Ira di sana..

Tiket feri Ira hanya RM10 pergi dan balik..tapi ni untuk tiket berkumpulan...rate semasa Ira tak pasti...



Bilik kami..2 orang sebilik..selesa..:)
breakfast..muka suci lagi murni..;p
ada swimming pool..cikgu2 lelaki je yang dapat terjun kolam ni..hee ;p




even hujan gerimis kami tetap posing..haha..semua di Pantai Bogak..:)
Suku daripada peserta kursus..kat sana dapat la berkenalan dengan cikgu2 lain..
Kursus kali ini dihadiri oleh seramai 117 orang guru baharu dari serata Negeri Selangor selama 4 hari 3 malam...anggaran perbelanjaan kerajaan untuk kursus ini tak silap Ira, RM 40K ++....termasuklah penginapan, makan, pengangkutan dari JPN Selangor ke Jeti Lumut...tapi nama pon Kursus kan..aktiviti Ira hanyalah ceramah sahaja..dari pagi sampai malam...dapat berjalan ke pantai pon selepas pukul 5..tak mandi laut pon sebab Ira tak rasa nak mandi..hanya jalan-jalan di persisiran pantai sambil teringat pada yang tersayang..kuikuikui
Kursus ni best hanyalah sebab makanan sahaja..hee..6kali sehari tau! Ira rasa macam Ira gemuk kat sana sebab asyik makan je..haha..sampai tak larat nak makan..huuu..
Siapa yang sukakan pantai dan suka ubah angin boleh lah ke Pulau Pangkor..:)...ada pantai yang boleh snorkelling tapi Ira tak pasti kat mana..sila tanya Mr Google yea..hee ;p
pss : Ira shopping makanan laut macam sate ikan, sotong gula, ikan bilis dll di Lumut..hee..kat area Pantai Bogak tu Ira tak berani nak beli sebab peniaganya adalah orang Cina..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan