Ahad, 25 Mac 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


2 penunggang motosikal maut dalam kemalangan <b>di</b> Perak

Posted: 19 Mar 2012 08:51 PM PDT

IPOH: Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan berasingan di negeri ini, semalam.

Ketua Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Hashim, berkata dalam kejadian pertama, seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hutan Melintang-Teluk Intan, malam tadi.

kemalangan maut

Gambar hiasan: kemalangan maut

"Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Hazrul Hasan, 19, berasal dari Hutan Melintang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dalam kemalangan jam 11.20 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan mengakibatkan pemuda itu tercampak ke atas jalan.

"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Hutan Melintang dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya.

Kemalangan maut motorsikal

Dalam satu lagi kejadian, Mustakim Saat, 23, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Kilometer 243.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya berkenaan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya

Tag: Kemalangan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan