Khamis, 15 Mac 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Bencana Banjir Kilat <b>Di</b> Daerah <b>Kinta</b> Pada 20 Februari 2012 | Portal <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 06:04 AM PST

IPOH 20 Feb. – Hampir 200 penduduk melibatkan 71 keluarga di kawasan Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terjejas oleh banjir kilat  yang terjadi akibat daripada hujan lebat yang turun secara berterusan selama lebih 5 jam bermula dari jam 1.30 pagi hingga ke pukul 7.00 pagi di daerah Kinta. Selain itu , ia juga  berpunca daripada limpahan air Sg.Kinta akibat longgokan sampah  sarap yang terlalu banyak hingga menyebabkan  beberapa kampung berhampiran  tebing sungai telah di tenggelami air banjir . 

Kawasan-kawasan yang teruk terjejas adalah seperti  Gugusan Kg.Manjoi ,Kg. Dato' Ahmad Said , Kg.Sri Kinta , Taman Sock Aun , dan Kg. Sri Jaya Batu Gajah .Berikutan rempuhan arus deras, sebuah jambatan yang menghubungkan Kampung Datuk Ahmad Said dan Taman Wing Onn runtuh selain beberapa sekolah terpaksa ditutup pagi ini.Banjir kilat yang mencecah paras hampir satu meter itu turut melanda kawasan sekitar Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri, Mejar Mohd. Bukhori Mat Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 4.42 pagi ini sebelum mengarahkan pasukan ke kawasan tersebut untuk kerja-kerja menyelamat.Operasi ini telah melibatkan 8x orang pegawai ( tetap & sukarela ) ,60x orang anggota lain-lain pangkat  , 2 buah lori 5 tan , 2 buah lori 3 tan , 3 bot aluminium 14' , 5 buah 4WD dan sebuah ambulans.

Operasi tersebut turut mendapat bantuan daripada agensi yang lain seperti Majlis Keselamatan Negeri  , Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak  , Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat  negara.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri , daripada 152 mangsa dari Kampung Manjoi, hanya 48 orang telah dipindahkan melibatkan sembilan keluarga .Bagi kawasan Buntong pula, seramai 60 orang terjejas akibat banjir kilat tersebut melibatkan 46 keluarga.Kesemua mangsa telah di tempatkan di beberapa penempatan sementara seperti  Surau Lama Kg. Tengku Husein , Dewan Kinta India Association ( KIA ) , Dewan Orang Ramai Kg. Sri Kinta dan Masjjid Kg. Sri Jaya .

, , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan