Rabu, 14 Mac 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


Hanya Ini Penyelesaian Banjir <b>Di Manjoi</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:39 PM PDT

Saliran Lembah Kinta secara semula jadinya memang membawa sedimen berupa pasir dan lumpur ke hilir sejak berpuluh ribu tahun lampau. Hari ini, dengan jumlah penduduk kira-kira 1 juta orang, proses ini memberi kesan yang memusnahkan harta penduduk sehingga beratus ribu ringgit.
Banjir di Manjoi pada 20 Februari 2012 merupakan yang terburuk dalam beberapa dekad dan ini sudah tentu mencetekkan lagi hilir Sungai Pari di sekitar Buntong yang telah semulajadinya agak cetek. Dengan kedatangan bah ini, sudah tentulah ia kembali menjadi bertambah cetek dan perlu dikorek lagi.
Ini belum termasuk sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai oleh penduduk yang berminda kekampungan. Tiada pula parti-parti politik yang menjaguhi isu bantuan baik UMNO , PKR, PAS dan DAP yang mahu berlumba-lumba menjaguhi isu mendidik penduduk mengenai kesedaran sivik dalam soal menjaga saliran dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai.
Sejak Sg. Pari mula didalamkan dan dilakukan kerja-kerja pencegahan banjir oleh JPS bermula berbelas tahun lalu, berjuta-juta ringgit telah digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini tetapi hasilnya dibuktikan belum cukup berkesan.
Berapa juta lagi yang perlu digunakan untuk kerja mendalamkan semula Sg. Pari selepas banjir ini? Berapa juta lagi yang perlu dihabiskan untuk menyelamatkan Manjoi yang merupakan kawasan ramai Melayu pembangkang tegar, sehingga ada Melayunya yang bangga menjadi ahli DAP.
Jika kita lihat perbelanjaan kerajaan dalam tempoh berbelas tahun kebelakangan ini dalam 'menyelamatkan gugusan ramai pembangkang' ini, angka perbelanjaan dalam memastikan Sungai Pari tidak menghukum lagi , telah mereka mencecah berjuta-juta ringgit.
Jumlah ini hakikatnya jika pada mulanya dahulu dibelanjakan untuk mengalih aliran Sungai Pari ke Sungai Kinta dari Taman Wing Onn di Jalan Kuala Kangsar, ke Taman Wah Keong di Kg. Simee dengan membina terusan selari dengan Lebuhraya Utara Selatan, sudah tentu menjadi solusi kekal hingga ke hari ini.
Namun, hal ini nampaknya lebih praktikal hari ini dengan kewujudan Empangan Sultan Azlan Shah setinggi 90 meter di Hulu Kinta yang berjaya mententeramkan Sungai Kinta yang terkenal mampu mengganas dengan tiba-tiba dan memusnahkan harta benda di tengah pusat bandaraya Ipoh sejak zaman tok kadok lagi.
Tambahan pula, punca aliran Sg. Pari dan Sg. Kinta adalah dari dua banjaran yang berbeza iaitu Kledang dan Titiwangsa di mana amat jarang sekali untuk kedua-dua sungai ini akan melimpah pada masa yang sama, akibat tempoh hujan yang sama.
Maka solusi pembinaan terusan ini harus dipertimbangkan oleh JPS pada masa ini sebelum kosnya meningkat akibat kenaikan harga binaan dan harga tanah di masa depan.


Jajaran yang paling sesuai untuk membina terusan Sg. Pari - Sg. Kinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan