Rabu, 14 Mac 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Pendidikan Seni Muzik Berada <b>Di</b> Landasan <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 19 Feb 2012 05:27 AM PST

TANJUNG MALIM, 15 Feb (Bernama) -- Pendidikan seni muzik tempatan berada di landasan yang betul dengan memberi perhatian yang lebih terhadap elemen kreatif dan inovatif, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau juga berkata tenaga pengajar dalam bidang muzik telah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan bakat muzik tanah air malah menzahirkan karya seni muzik yang bakal menjadi khazanah negara.

"Kita imbas kembali, banyak juga lagu-lagu dan karya muzik yang membawa kenangan manis atau nostalgia dalam perjalanan hidup kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia Ke-4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini Rabu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hassan Abdullah berkata persidangan seperti itu perlu diadakan dengan turut melibatkan institusi pengajian tinggi swasta.

Persidangan selama tiga hari ini dianjurkan oleh UPSI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan