Sabtu, 31 Mac 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Sambutan Meriah <b>di Parit Buntar</b> Inn | beliamuda {dot} com

Posted: 31 Mar 2012 12:30 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Parit Buntar Inn
Parit Buntar Inn, gambar lama…

Setelah membelah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Puchong ke UNITEN kemudian terus Parit Buntar Inn selama lima jam, kami disambut dengan meriah di sini. Persinggahan pertama di RnR Rawang membolehkan kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang turut dalam perjalanan ke sini dan kali kedua kami singgah sebentar di Hentian Sebelah Bukit Gantang.

Tanpa disangka, ada sambutan meriah sebaik sahaja kami tiba di Parit Buntar Inn. Jalan masuk (sehala) ke laluan depan Parit Buntar Inn sesak dengan kereta memarkir di kiri dan kanan jalan.

Rupa-rupanya ada majlis kenduri kahwin yang diadakan di dewan. Bukan setakat satu, tetapi dua majlis perkahwinan. Satu diadakan di bahagian dewan yang terletak di luar dan satu lagi di ruang dewan berdekatan dengan lobi. Kebetulan pada masa kami sampai tadi rombongan pengantin baru sahaja berarak masuk.

Meriah betul sambutan ketibaan kami di sini. Hehehe. Nasib baik bilik kat sini masih banyak yang kosong. Lagipun, kami dah booking awal-awal lagi. Sebenarnya kedatangan ke sini adalah bertujuan untuk program Sambutan 10 Tahun MRSM Transkrian yang akan diadakan pada hari esok.

beliamuda: Nak keluar cari makan dulu. Perut sangat lapar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan