Isnin, 26 Mac 2012

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Manjung Mari: Lapangan Terbang Baru <b>Di Sitiawan</b> Perak..

Posted: 22 Jan 2012 08:44 PM PST

Email ni dah banyak hari aku terima, cuma aku KIV beberapa hari sebelum disiar.....

Assalamu'alaikum.,

Saya ada menerima berita di mana ia diprolehi oleh sahabat saya yang bekerja sebagai pilot di MAS. Menurut kata beliau satu lapangan terbang akan dibina di Sitiawan iaitu dikenal pasti di padang lapangan terbang berhampiran di mini stadium astaka. Padang ini kebiasaannya menjadi tempat riadah masyarakat setempat di sekitarnya. Lapang terbang ini adalah usaha sama Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan Tony Fernandes (air Asia). Pelan pebangunan ini telah siap dan sahabat saya telah melihatnya di dalam jabatan MAS yang menunjukkan kawasan lapangan penerbangan baru di Malaysia. Kini MAS telah mengalami kemerosotan. Akibatnya bon 747 telah habis dijual kesemuanya. Lapangan terbang baru yang dibina di LCCT (kalau tak silap) bertujuan untuk menggantikan kawasan penempatan penerbangan AirAsia tidak diendahkan oleh Tony Fernandes dan Rosmah dalangnya. Bahkan MAS telah memberikan 3 tahun beroperasi dilapangan KLIA tanpa mengenakan apa2 bayaran. Ekoran pembinaan lapangan terbang di Sitiawan, berkemungkinan besar banyak penempatan disekitarnya terutama penduduk tempatan dipaksa ambil bertujuan menyiapkan lapangan tersebut. Bahkan pilot telah ditawarkan pemeberhentian kerja jika tidak senang dengan keadaan yang menimpa MAS kini. Mungkin MAS akan terkubur jika perlakuan tamak si Rosmah terus berleluasa. 28.01.2012 Najib dan Rosmah akan datang ke Sitiawan untuk majlis apa aku tak tau la. Kini kerja pembaikan pulih jalan,perparitan sedang sibuk dijalankan.

Tak tau nak ulas macam mana, aku dah tanya kepada kawan-kawan, banyak yang tak berapa nak mempercayainya kalau nak dibuat di padang lapangan terbang tu, kerana tanah tapak untuk lapangan terbang ada disediakan di kawasan Simpang Dua dekat dengan Kampung Gurney, sekarang ni tanah tu diusahakan untuk pertainan tanaman kontan...
Tetapi bila difikir balik, main dengan kerja-kerja jahat UMNO ni, bukan dia kira apa,, yang penting projek dia ada masuk sama,,, teringat balik bagaimana terjadi kepada pesawah padi di Kerpan Kedah, yang diambil tanah sawah dijadikan kolam udang satu ketika dahulu, begitu juga satu tanak perkampungan di Melaka yang diambil oleh Petronas sewaktu zaman Rahim Tambi Cik menjadi Ketua Menteri Melakaq,
Cuma sekarang dok ingat imbau-imbau balik, sekarang ni siapa menteri pengangkutan,, kemudian kaum mana yang majoriti memeliki rumah kediaman dipersekitaran Kampung Serdang Setiawan, rumah-rumah banglo ditepi pada lapangan terbang tu majoriti kaum siapa punya,,
Jika nak dibandingkan dengan tapak tanah yang disediakan di Simpang Dua Kampung Gurney tu kaum mana yang menjadi majoriti penduduk berhampiran disitu... Kemungkinan berlaku seperti yang diceritakan dalam email itu aku rasa bakal berlaku, kerana kerusi DUN Setiawan mati idup balik pun BN tak akan dapat, jadi faham-fahamlah,, apa akan berlaku pada penduduk-penduduk melayu disitu,,, parti UMNO dah tak ambik kisah,,, sama seperti nasib Cikgu Jauhari bekas Ketua Penerangan UMNO Lumut yang aku cerita sebelum ini yang rumanya pun berhampiran dengan padang Astaka,
Kalau benar-benar itu berlaku, maka penduduk-penduduk melayu akan semakin terpinggir dari pekan Stiawan,,, cukuplah tanah tapak perumahan kuarter kerajaan di hadapan The Store Stiawan dah dirobohkan....
Apa pun kita tunggu, mana tahu pada 28 hb nanti, pada majlis CNY Kebangsaan yang akan diadakan di padang tersebut, Najib akan buat pengumuman... .....

Tiada ulasan:

Catat Komen