Isnin, 9 April 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Bila lagi mahu bina sekolah Tamil <b>di Jelapang</b>

Posted: 07 Apr 2012 11:42 PM PDT

BATU GAJAH, 8 April: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) meminta masyarakat India di kawasan Dun Jelapang supaya jangan terpedaya dengan janji-janji pilihan raya BN.

"Budaya BN memperdayakan masyarakat India masih tidak berhenti lagi.

"Walaupun masyarakat India telah memberi satu pengajaran kepada BN dalam PRU12, tetapi mereka masih tidak berubah," ujarnya yang juga Adun Tronoh.

Katanya, BN tetap memberi janji-janji kosong untuk menipu masyarakat India semata-mata untuk mendapat undi mereka.

"Saya telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai isu sekolah Tamil di Jelapang dua minggu yang lepas," ujarnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Setakat ini, ujarnya tidak ada apa-apa maklum balas daripada kerajaan negeri mahupun MIC Negeri Perak mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya difahamkan bahawa ada pemimpin-pemimpin MIC telah menjanjikan pembinaan sebuah sekolah Tamil di Dun Jelapang.

"Adakah ini benar?" soalnya

Beliau juga mempersoalkan, jika kenyataan itu adalah benar, di manakah lokasi tanah yang telah dikenal pasti untuk membina sekolah Tamil itu di Jelapang.

"Adakah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu telah membuat permohonan untuk tanah yang dikenal pasti itu?

"Jika ya, apakah status permohonan tersebut?" tanya beliau lagi.

Setahu beliau tidak ada apa-apa permohonan tanah dibuat oleh mana-mana pihak untuk membina sekolah Tamil di Jelapang.

"Ini adalah satu pembohongan besar yang dibuat oleh pemimpin BN untuk meraih undi masyarakat India di kawasan ini," katanya.

Menurutnya, sememangnya Dun Jelapang memerlukan sebuah sekolah Tamil di mana Dun Jelapang mempunyai 23% pengundi orang-orang India.

"Peratusan ini membuktikan bahawa terdapat jumlah isi rumah kaum India yang agak ramai di kawasan ini," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak di kawasan itu terpaksa pergi ke jauh lebih kurang 10 km untuk sekolah Tamil yang paling hampir.

"Saya memang bersetuju dengan cadangan membina sebuah sekolah Tamil di Jelapang. Tetapi, apa yang dijanjikan oleh BN adalah sekadar 'menanam tebu di bibir'," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan