Selasa, 24 April 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


: MeMaNciNg <b>di LuMut</b> PeRtaMa kaLi di TaHuN 2012...

Posted: 25 Mar 2012 08:44 PM PDT

            Sama seperti tiap-tiap tahun dah lebih kurang 3 tahun kebelakangan nie tempat yang selalu kami tuju ialah Coral Fishing Chalet kat Lumut..untuk tahun 2012 nie adalah pertama kali gi sini untuk memancing..dari aku tak minat n suka mancing akhirnya nie jadi kesukaan aku lak..nie sebab abang ipar aku sorang nie giler memancing sampai la giler tu sampai kepada anak-anak dia so giler nie sampai lak kat aku ngn kak nurul aku yang sorang nie..dia pun dari tak minat jadi minat nak memancing mana nya tak nie kali pertama dia dapat ikan besar ikan siakap lak tu..ada la kat 1kg kot..nanti aku tunjuk gambar ikan siakap tu kat bawah k...
                Kat atas nie adalah rupa kat dalam chalet tu..ok la selesa jugak ada 2 bilik dalam satu chalet muat la untuk kami yang kat 10 orang nie kan padat tapi best la dapat mancing..semua menghilangkan ketagih memancing termasuk aku..hehehe.........
                   Aktiviti kami pabila sampai kat Chalet tu di masa panas terik mengambang kui 12 tengahari ialah cari tiram..sedih dapat la dalam 10 ekor tiram ja..ingat leh dapat banyak dalam semangkuk macam tu seperti orang yang kami tengok dia dapat tiram untuk aktiviti mancing kami tahun lepas..mungkin kami tak sepandai orang tu so tak dapat la nak rasa tiram nie....anak buah aku iki yang sorang nie giler nak cari tiram nie bertungkus lumus ar mencari tapi kecewa kerana tak pandai nak teka yang mana satu tiram yang mana satu kulit tiram yang tak dak isi, heheee..........so aktiviti mengorek tiram terpaksa di hentikan coz kami semua tak pakar untuk mengorek dan mengenali yang mana satu tiram yang boleh dikorek, hehehe...........

                    Memandangkan pencarian tiram terpaksa kami hentikan, so kami meneruskan aktiviti kebiasaan kami iaitu memancing.......hurray...wah nie pertama kali aku dapat 3 ekor ikan kerapu seekor besar tapi tak besar mana sangat pun seperti gambar kat atas nie pas tu 2 ekor kerapu kecik ja tapi manis jugak la bila mak masak wat steam.....makan ikan yang dapat sendiri tu lebih memberikan kegembiraan dan puas ati untuk aku, manis kerapu tu lebih terasa coz mancing ngan tangan sendiri.......suka nya....
               Kat atas nie adalah antara ikan yang kami dapat masa mancing kat situ untuk 2 hari 1 malam di Coral Fishing Chalet..hehee...untuk sesapa nak try leh ar cari website dia...kerapu singa pun banyak...yang siakap besar tu la akak nurul aku dapat..yang ikan daun baru tu adik bongsu aku yang dapat manakala ikan ebek tu abang ipar aku dapat..hehee......bila lagi nak gi mancing kat situ lagi ek abang rosli..best ooooo...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan