Selasa, 24 April 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Warga PSB bermotivasi jiwa <b>di Pangkor</b> - PSB Blog

Posted: 16 Apr 2012 08:02 PM PDT

Sintok, 12 April 2012 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) sekali lagi selepas 5 tahun telah mengadakan retreat selama 3 hari mulai 8 hingga 10 April 2012 bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Retreat kali ini disertai oleh seramai 115 orang kakitangan disertai juga oleh seorang pelajar USIM yang sedang menjalani latihan amali dan sebahagian ahli keluarga kakitangan. Tema retreat kali ini ialah "Motivasi Jiwa". Ia merupakan modul ke-2 selepas modul-1 yang diadakan pada tahun lepas di Pendang Lake Resort untuk sebahagian staf PSB. Program-program telah dikendalikan oleh 2 orang fasilitator utama terdiri dari Prof. Madya Dr. Sukri b. Ahmad dan Ustaz Mohamad Khadafi b. Hj . Rafie dari UUM CAS Training & Consultancy. Objektif utama program ini ialah untuk membentuk jiwa yang positif di kalangan pekerja di dalam sesebuah organisasi;  meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan kepada semua staf PSB; membawa staf meneroka alam untuk berfikir dan membuka minda dan seterusnya memantapkan jiwa untuk untuk membina keseronokan dalam  melaksanakan tanggungjawab masing-masing; memenuhi kehendak staf yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar supaya dapat membetulkan niat masing-masing dalam dunia pekerjaan; dan membina hubungan yang mesra di kalangan pegawai dan staf kumpulan pelaksana. Pelbagai aktiviti di dalam bilik kuliah dan luar  telah diadakan bagi mecapai maksud objektif program ini. Pada keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dari segi penyertaan dan pengendalian.

- Sekian

Comments are closed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan