Ahad, 15 April 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Jengka 19: mStar Online : Mingguan mStar

Posted: 12 Apr 2012 01:21 PM PDT


Banjir Di Kuala Dipang 1,145 Mangsa Dipindahkan

Posted:

Published: Jumaat April 13, 2012 MYT 6:21:00 PM
Updated: Khamis April 12, 2012 MYT 10:51:39 PM

KAMPAR: Seramai 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di sini dipindahkan sejak pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam lebih tiga meter berikutan hujan lebat sejak petang Rabu hingga awal pagi Khamis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seramai 767 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar sementara 378 lagi di tempatkan di Dewan Pulau Bergading dekat Malim Nawar.

Beliau berkata hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan banjir melanda di beberapa kawasan di negeri itu.

"Kira-kira 300 keluarga di sekitar Ijok di daerah Larut Matang turut terjejas dan dipindahkan akibat banjir," katanya.

Dr Zambry berkata beliau telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara memantau keadaan banjir dan operasi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

"Kita pohon kementerian terlibat di peringkat kebangsaan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dan kita telah arahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk memantau situasi ini," katanya.

Tinjauan di beberapa kawasan di Kampar hari ini mendapati terdapat puluhan kereta yang rosak tersadai di bahu jalan dan sehingga petang ini terdapat kawasan yang masih ditenggelami air.

Ban di tebing Sungai Kampar berhampiran Kampung Nyior juga rosak sepanjang kira-kira 20 meter mengakibatkan air dari Sungai Kampar melimpah ke kawasan berhampiran.Beberapa buah rumah juga kelihatan tenggelam hingga ke paras bumbung.

Seorang peniaga kedai perabot kayu jati di Kampung Nyior, Mohd Yusri Basiran berkata kesemua perabot di kedainya yang bernilai kira-kira RM600,000 musnah. "Saya tidak ada di kedai semasa air naik. Dua pekerja saya yang sedang tidur di salah sebuah bilik di kedai ini hanya menyedari air naik apabila air sampai ke paras katil pada kira-kira pukul 6 pagi ini," katanya yang membuka kedai perabot itu pada tahun 2010.

Katanya kesemua perabot berkenaan perlu dibaiki dan dicat semula.

"Kayu jati tidak rosak bila kena air. Tapi saya kena ganti kusyen pada kerusi dan sofa," katanya.

Sementara itu, Hairof Tak, 57, berkata beliau hanya menyedari air naik ketika beliau bangun tidur untuk ke tandas pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Air naik begitu cepat. Saya dan isteri saya tidak sedar langsung. Kami hanya sempat menyelamatkan diri. Semua perabot dan barang elektrik termasuk televisyen dan mesin basuh tenggelam. Motosikal saya juga tidak sempat diselamatkan," katanya sambil menjelaskan rumahnya ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

Kerajaan BN Komited Agih Kekayaan Negara Lebih Adil - TPM

Posted:

SHAH ALAM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah properniagaan yang komited untuk memastikan ekonomi berkembang pesat dan pendapatan rakyat meningkat agar kekayaan negara dapat diagih-agihkan dengan lebih adil dan saksama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tidak sukar untuk Malaysia menjadi negara maju kerana ia mempunyai ramuan yang mencukupi untuk mencapainya namun yang turut menjadi keutamaan ialah untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat. "Itu teras BN, teras BN supaya Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika bertemu wakil-wakil persatuan penjaja Selangor di sini Khamis sempena Program Lawatan Nurani Rakyat BN Selangor.

"Apabila pendapatan rakyat meningkat, mereka akan menyimpan beberapa peratus daripada pendapatan mereka dan membelanjakan selebihnya, di mana ini akan merancakkan kitaran wang di dalam sistem kewangan negara yang turut akan dinikmati oleh golongan peniaga," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan membantu golongan peniaga bukan sahaja dalam bentuk pinjaman dan kursus keusahawan tetapi juga dalam bentuk subsidi termasuk "subsidi gula yang dibancuh dalam minuman pelanggan mereka".

Beliau menjelaskan bahawa setiap tahun kerajaan membelanjakan RM500 juta untuk subsidi gula yang dibayar kepada para pengilang bagi memastikan rakyat di negara ini termasuk para penjaja dapat membeli gula pada harga kawalan.

Katanya adalah tidak wajar pakatan pembangkang mendakwa kerajaan BN zalim dan tidak membela nasib rakyat kerana banyak subsidi yang diberikan kerajaan termasuk kemudahan pinjaman untuk anak-anak muda ke universiti menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berjumlah RM43 bilion.

Muhyiddin turut menyelar janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPT Ndan tol jika dapat memerintah. "Kalau saya pinjam duit, saya dengar pun seronok jugak tak payah bayar tapi kalau dibuat begitu terhentilah tabung itu, apa cerita dengan anak-anak sekarang nak belajar ke universiti, kalau tak dapat biasiswa bapa nak dapat pinjaman dari bank," katanya.

Beliau menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermain politik mengenai penghapusan tol serta mempersoalkan siapa yang akan membayar balik pinjaman konsesi tol untuk membina lebuh raya.

"Sebab itu kita hapuskan tol itu sedikit-sedikit, mana yang kita boleh hapus, kita hapuskan mana yang kita boleh kurangkan kita kurangkan. Kalau kita nak hapuskan tol kita mungkin terpaksa belanja RM100 bilion," katanya.

Beliau berkata Anwar mendakwa akan menggunakan hasil dari Petronas untuk memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan banyak daripada subsidi di negara ini adalah sumbangan Petronas.

"Jika dana Petronas diperah habis-habisan, ini bagaikan membunuh angsa yang bertelurkan emas," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan bantuan RM10,000 bagi membantu pentadbiran 74 persatuan-persatuan penjaja Melayu, Cina dan India.

Muhyiddin juga berharap kerjasama BN dan penjaja Selangor akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan pada masa akan datang.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan