Ahad, 15 April 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: One, Two, Three, Four- Pantun <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 09:11 PM PDT

Saya baru pulang dari berceramah di bota kanan dan parit dalam negeri Perak. Ini negeri yang UMNO bising apabila MB yang sahih, Nizar menyerahkan 6000 grant tanah kepada rakyat negeri Perak, dari semua bangsa. Grant tanah yang di nanti puluhan tahun yang tidak di selesaikan pada zaman UMNO memerintah negeri Perak. Seorang dapat se ekar sahaja. Bising macam nak rak. Yelah, sebab jika tanah di beri sekarang, UMNO tak dapat merompak dan melanun lagi pada masa depan. Kalau dia orang dapat kuasa lah. Jadi kepada orang Perak saya berpesan- untuk mengelak diri dari di lanun dan di rompak, jauhkan diri anda dari UMNO. Jauh jauh. 
Bila Nizar melakukan tanggung jawab tersebut, orang UMNO semua bising. Beri tanah kepada orang Cina yang tanam sayur dan yang mendiami kampung2 baru.  Cina ini rakyat mana? Celaka betul orang UMNO. Mereka bersekongkol dengan orang cina tidak mengapa. kita berkawan dengan orang cina, UMNO tuduh orang cina yang jadi kawan kita kafir harbi. UMNO pulak sekarang mengkafirkan orang dan bertindak liar dan samsing. Inilah tanda2 UMNO akan jadi pembangkang. Mari kita bantu UMNO jadi parti pembangkang dan Najib jadi ketua pembangkang. 
Orang Myanmar, kemboja, Indonesia, Nepal kerajaan UMNO hari ini berikan mykad, orang UMNO tidak bising pun. Ini terang terang menggadai dan membelot negara. UMNO diam seribu bahasa. Maklum sajalah- mesti kekalkan kuasa dengan cara apa pun supaya kekal lesen untuk merompak dan melanun khazanah negara ini. 
Pada masa yang sama, kita menambah anggota RELA? Untuk jaga apa? PATI? Bukankah kita menyambut kedatangan PATI dengan tangan terbuka supaya boleh kita beri mykad untuk mengundi UMNO dan BN didalam PRU 13 nanti? Ini sikap UMNO yang penuh dengan hipokrasi.
Dan cuba kita tanya berapa ekar pulak yang Zamri Kadir beri dalam tempoh masa yang sangat singkat dia menjadi MB? Zamri telah memberi sebanyak 68,000 ekar iaitu 10 kali ganda dari apa yang di lakukan oleh Nizar!. Laknat sungguh pimpinan UMNO. 
Seperti kata Tun Daim Zainudin, beza orang yang datang mendengar ceramah PAS dan UMNO mudah sahaja. Pendengar ceramah UMNO di bayar. Kalau bukan dengan duit , jika tidak ada jamuan tidak akan datang. Majlis besar, orang di datangi dengan pengangkutan, di bayar duit dan di bekalkan dengan nasi bungkus atau jamuan yang mewah . maklum sahajalah UMNO banyak bela lembu.  Orang yang datang di jamu dengan gulai kawah. 
Tapi banyak kali, jumlah yang hadir dalam ceramah UMNO kita kena kena kira kerusi kosong, kuih muih, pinggan mangkuk untuk melapurkan kehadiran yang banyak. 
Orang yang datang mendengar eramah PAS adalah rakyat marhein. Mereka menderma kepada seruan perjuangan pas. perlakuan mereka datang dari sanubari. Itu cerminan keyakinan mereka. 
Apa pengajaran nya disini? Pengajaran nya ialah PAS dan penyokong nya boleh menang dan berjaya. Suatu ketika semasa Fidel Castro sedang bangkit melawan dictator Cuba masa itu, seorang penyokong nya di kejar dan di kepung oleh askar Batista. Daripada menyerah, penyokong itu telah mengebom diri nya sendiri sama seperti orang Palestin yang meletupkan diri mereka hari ini. apa petunjuk dari perbuatan tersebut, tanya seorang diplomat Amerika yang menyaksikan peristiwa di Cuba ketika itu? itu petanda, the rebels can win kata nya.
Demikian juga kepada penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Semangat yang di tunjukkan yang mencerminkan kesungguhan dan keyakinan akan mengatasi kebanjiran wang yang akan di lakukan oleh UMNO dalam PRU ini. UMNO tidak mampu menawarkan apa apa untuk menghidupkan keyakikan dan kepercayaan. Ia hanya tahu membeli kesetiaan rakyat. 
Tapi seperti kata Daim Zaiudin zaman kita membeli sokongan dengan wang ringgit sudah berakhir. Hari ini rakyat bertanya, ke mana kamu mahu bawak negara ini? dan Najib , UMNO dan BN tidak ada jawapan. 
Berbalik kepada Bota dan Parit. Masuk ke kawasan ini, saya teringat seorang ahli Politik Legenda dari Parit- Hashim Gera. Dia terkenal dengan kehandalan nya berpantun.
Jadi sempena berceramah kepada orang Bota dan Parit, saya mengingatkan pantun Hashim Gera.
Husin nordin kereta besor
Sebab saya padankan pula dengan sebuah pantun lagi
Rosmah mansor cincin besor
Rakyat Malaysia apa dapat
Posted by sakmongkol AK47

Jika tidak Berubah lagi!!Tumbangnya UMNO <b>di Negeri Perak</b> Kedah <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 03:46 AM PDT

Oleh rmf

 Kepada orang atau pembodek UMNO,  bila baca tajuk tu, jangan pulak nk melatah, mengamok – Muhasabah diri.. lakukan yang terbaik juka rasa kekurangan tu  berlaku- Lupakan  seketika santai tu.. bewkerja la seperti Pro Kerajaan tanpa mengira masa jika perjuangan  untuk Parti  dah sebati dalam jiwa. tanpa mengira duit minyak, upah – Jika kekurangan  sumbangan keluarkan wang kocek anda.. demi Perjuangan UMNO!! Mampu?

Pro Kerajaan  masih lagi menaruh harapan kepada  orang orang UMNO agar melupakan seketika hasrat yang  meluap luap dalam jawatan dan kepentingan  tembolok mereka demi mengahdapi PRU 13 nanti- Pelbagai risikan Pro Kerajaan dilakukan secara berterusan di banyak negeri termasuk Perak sendiri

Biarpun JASA, BTN yang memberikan laopran tetapi Pro Kerajaan juga mempunyai nya- Walaupun kita tahu setengah daripada Pegawai JASA mengambil maklumat dari Pro Kerajaan. Ini lah realitinya, dimana menunjukkan bahawa kelemahan  barisan Askar yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Tun Faisal UMB.

Benar apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa DS Najib merupakan Jeneral Tanpa Askar- Kasian DS Najib yang mempunyai bala tentera yang beranbi bersorak sahaja.

Kepelbagaian andaian  terjahan  menyelinap masuk secara rahsia di peringkat akar umbi, penyamaran untuk melihat respon daripada pengundi. Perak akan menghadapi zaman kesukaran yang teramat!! Ini adalah kerana  UMNO tidak bekerja dengan rela hati tetapi hanya bekerja  semasa adanya program sahaja.. Bangun segera!!

Keputusan yang agak megecewakan, rata rata daripada keputusan yang diterima  semuanya mempertikaikan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berjawatan didalam bahagian, negeri dan pusat- Agihan sumber merupakan salah satu elemen penting yang dibangkitkan. Agihan yang berbentuk  jangka panjang bukan agihan sumbangan hanya untuk dua hari seperti hamper dan sebagainya.

Mereka inginkan apa yang telah dirasai oleh penjawat UMNO seperti anugerah tanah dan  yang bersifat jangka masa panjang. Dalam hal ini mereka meyebut beberapa nama merupakan petualang bermulut manis tetapi hati yang penuh ketamakan.

Selagi UMNO dan penjawatnya tidak berubah  maka saya akan dapat menjangkakan bahawa PRU13 nanti  UMNO akan menemui jalan  keluar bersama dan dikafankan oleh pengundi.  Sedarlah .. Sepatutnya di Perak sekarang ini telah melakukan pelbagai terjahan  under ground serta tindakan bersama  sama dengan semua pihak.

RU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata DaimBekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin – yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 – sekali lagi membuat analisis politiknya.

Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan