Selasa, 29 Mei 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Terhangat : MP <b>Gopeng</b> ganggu majlis masyarakat Cina <b>di</b> Perak.

Posted: 24 Apr 2012 05:35 AM PDT

Celaka sungguh puak-puak komunis dan puak peliwat serta anjing hampas. Suka kacau majlis orang.

Penduduk <b>Gopeng</b> bergelap 12 jam – Perak Today

Posted: 22 May 2012 08:32 PM PDT

IPOH: Lebih separuh kawasan Pekan Gopeng, dekat sini, terputus bekalan elektrik lebih 12 jam bermula 7 pagi semalam, selepas dua kabel elektrik dan kabel transformer di Pencawang Elektrik Old Folks Home Gopeng dicuri.

Kejadian disedari kira-kira jam 7 pagi apabila pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan mengenai ketiadaan bekalan elektrik di rumah mereka.

Pengurus Besar TNB (Bahagian Pembahagian) negeri, Wan Kamizi Wan Ishak, berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati berlaku kecurian pada sistem pemasangan TNB menyebabkan 1,089 pengguna di Taman Perumahan Awam 1, Gopeng dan separuh kawasan pekan itu mengalami gangguan.

Katanya, siasatan mendapati peralatan yang dicuri ialah dua kabel fasa biru dan kabel transformer termasuk sistem pembumian bernilai kira-kira RM3,000 yang menyebabkan TNB tidak boleh menyediakan punca bekalan alternatif seperti pemasangan jana kuasa bergerak kerana faktor keselamatan serta mengelak pengguna menerima voltan berlebihan.

"Pencawang di kawasan itu juga terletak di tempat terbuka, menyebabkan kerja membaik pulih turut dipengaruhi faktor cuaca.

"Kerja membaik pulih selesai dan bekalan elektrik disalurkan semula ke rumah pengguna yang terjejas jam 6.30 petang.

"Kerugian dianggarkan melebihi daripada jumlah itu (RM3,000) kerana ia tidak termasuk jualan elektrik kepada pengguna TNB," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

- BERITA HARIAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan