Selasa, 29 Mei 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Sidang DUN Perak Ke-12: Masalah Banjir <b>di Kerian</b> dijangka <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 04:00 AM PDT

Penduduk di sekitar Daerah Kerian kini boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri mengumumkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dijangka siap menjelang 2014.

Dengan perlaksanaan projek terbabit, ia sekaligus dapat membantu rakyat daerah Kerian khususnya di Alor Pongsu dan Beriah yang selama ini dibelenggu dengan masalah banjir.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Ramly Zahari, berkata projek itu telah mula dilaksanakan sejak 12 Mac lalu dengan kos RM490 juta bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

"Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti punca berlakunya banjir di daerah itu yang melibatkan lembangan Sungai Kerian dan Sungai Kurau.

"Akibat hujan yang berterusan, air di kedua-dua sungai itu melimpah dan kejadian air pasang surut turut menjadi faktor yang menyebabkan aliran air kedua sungai itu perlahan lalu menjadikan kawasan sekitarnya dataran banjir.

"Pelepasan air dari empangan Bukit Merah juga telah capai aras maksimum dan ia terpaksa dilakukan demi menjamin eselamatan dan kestabilan empangan tersebut daripada melimpah," katanya.

Beliau  berkata demikian apabila menjawab soalan lisan Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu-BN) berhubung projek berkenaan termasuk punca berlakunya banjir di daerah itu.

Katanya, sebanyak 16 projek tebatan banjir telah dikenalpasti antaranya RTB lembangan Sungai Kerian iaitu membina ban dari Changkat Lobak ke Lebuh Raya Plus, ban dari Sungai Ayer Hitam ke Padang Lalang dan pembinaan rumah pam Parit Buntar.

Pihak JPS akan mengadakan perbincangan bersama penduduk tempatan di kawasan itu terutama penghulu-penghulu kampung bagi membincangkan masalah untuk mengatasi masalah banjir, katanya ketika menjawab soalan tambahan wakil rakyat Alor Pongsu itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan bagi membaik pulih dan menaik taraf sistem pengairan di daerah itu ketika merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Daerah Kerian pada 14 Jan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan