Sabtu, 9 Jun 2012

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Asam Garam 2 PUTERI: Sejarahhnya <b>Bagan Serai</b>, Perak...

Posted: 22 May 2012 11:44 PM PDT


Assalamualaikum...

Dah 3 lokasi saya ceritakan kat blog ni. Satu tu pasal kampungku Bukit MerahTaiping Bandar Warisan dan satu lagi pasal Kuala Sepetang. Sebenarnya waktu tulis ketiga-tiga artikel tu saya tak sedar yang tahun 2012 ni adalah Tahun Melawat Perak. Memang tak ingat langsung...


Ni kira promosi free le buat kengkawan. Tapi saya ni berminat ceritakan termasuk bab sejarahnya. Kadang kala nak gak tahu keistimewaan satu-satu tempat tu. Bila baca bab Taiping dulu baru tahu bestnya Bandar Taiping masa tu. Kot tak takat tengok sikit-sikit tu tak faham lagi. Bila dah tahu sejarah sesuatu tempat tu ha...baru feel lebih sikit kot nak datang melawat kan :)

Kali ni pulak saya nak cerita pasal Bagan Serai. Berhampiran tempat saya tinggal tapi jarang pergi ke pekannya heheh. Tah le dari zaman saya kecil memang jarang ke sini dengan datuk nenek. Diarang suka ke Taiping lagi untuk berurusan. Jadi saya pun masih terbawa-bawa. Kalau nak berurusan harus ke Taiping . Eh..ni nak cerita Taiping ke Bagan Serai heheh...

Storynya bermula....


Bagan Serai adalah sebuah mukim sekaligus merupakan sebuah bandar (kota kecil) di Daerah Kerian, Perak, Malaysia. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, Kuala Kurau dan Kuala Gula. Kedudukan dalam peta pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ketinggian 436 meter dari aras laut.

Sejarah nama Bandar/ Kota Bagan Serai berasal perkataan "Bagan" yang merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian kepada sebarang aktiviti atau barangan dan dikenali juga sebagai jeti. Manakala "Serai" ialah sejenis tumbuhan herba yang menjadi ramuan utama di dalam masakan Melayu. Gabungan kedua-dua nama tersebut wujudnya Bagan Serai.

Tetapi veri lisan berkenaan nama Bagan Serai mendapat namanya dari perantau yang berhijrah ke Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu, ramai perantau dari tanah seberang iaitu Indonesia berhijrah ke sini termasuk ke Daerah Kerian.

Golongan perantau ini telah menyusuri jalan laut di pesisir pantai barat dan singgah di pantai sebelah Kuala Kurau. Mereka telah menyusuri Sungai Kurau dan di sepanjang sungai mereka mencari satu tempat persinggahan yang sesuai untuk berehat. Di tempat mereka berehat itu didapati banyak pokok serai ditanam di pinggir sungai tersebut. Oleh sebab kawasan tersebut sangat sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan, maka perantau tersebut telah membina sebuah kawasan penempatan. Maka, dari situlah timbul ilham mereka untuk menamakan tempat tersebut Bagan Serai.

Kota ini terletak kira-kira 16 kilometer dari Parit Buntar. Kedudukannya cukup strategis iaitu terletak di Jalan Persekutuan 1 yang merupakan jalur lalulintas kedua terpenting untuk Utara-Selatan Semenanjung Malaysia.

Bandar ini terkenal sebagai penempatan suku Banjar yang terbesar di Malaysia. Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia yang menjadi nadi utama masyarakat Banjar  Semenanjung Malaysia berpusat di sini. Sebuah Galeri Banjar telah dibangunkan pada tahun 2011. Galeri ini terletak di Bagan Serai atau Jalan Banjar (Parit Buntar-Bagan Serai).

Di sepanjang Jalan Persekutuan 1 dan di Jalan Pasar terdapat deretan pertokoan yang kebanyakan bangunannya adalah bangunan sebelum Perang Dunia Kedua yang merupakan salah satu petempatan awal di sini.


Terdapat juga sebuah masjid lama di Kampung Masjid Tinggi yang dibina dalam tahun 1890an dan telah dirasmikan oleh Sultan Perak pada tahun 1923. Menurut penduduk tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera dan Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860.
Dengan pertambahan jumlah penduduk, surau tersebut telah dirobohkan dan digantikan dengan Masjid. Rekabentuk Masjid ini dikatakan diambil dari daerah Banjar Masin Indonesia. Masjid ini mempunyai rekabentuk yang amat menarik dan telah dibaik pulih oleh pihak Muzium. Masjid ini juga tidak lagi digunakan dan telah dijadikan warisan negara oleh pihak Muzium. Masjid yang baru telah dibina pada tahun 1966 diberi namaMasjid Al-Athar dan terletak di sebelah Masjid Tinggi ini. Terdapat juga sebuah Maahad Tahfiz Al- Akhlak Al- Islamiah Masjid Tinggi dibina berdekatan dengan masjid ini

  
Bagan Serai merupakan pusat lembaga pendidikan swasta untuk mempelajari agama Islam. Diantaranya yang terkenal ialah Maa'had Madiwa, Jalan Banjar, Masjid Tinggi; Sekolah Agama Al-Ridwaniah, Telok Medan dan Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol.


Majoriti penduduk di Bagan Serai ialah sebagai petani iaitu sebanyak 54 peratus daripada jumlah penduduk terlibat dalam kegiatan ini. Kebanyakannya mengusahakan tanaman padi dan tidak hairanlah Daerah Kerian diberi gelaran Jelapang Padi Negeri Perak. Selain bertani, ada juga di kalangan penduduk yang bekerja sebagai nelayan. Ada juga penduduk yang bekerja sebagai kakitangan awam iaitu sebanyak 10 peratus manakala pekerja swasta pula sebanyak 25 peratus.

Terdapat pusat bandar utama yang dikenali sebagai Pusat Bandar Bagan Serai. Kemudahan terminal bas dan teksi juga disediakan sebagai kemudahan asas masyarakat. Pusat komersial utama yang terdapat di sini adalah Plaza Arisun. Sekarang namanya telah ditukar kepada Hiway setelah ditukar pengurusnya. Kini, semuanya tinggal kenangan. Hanya bangunan sahaja kerana Hiway juga sudah ditutup.

Kegiatan perniagaan turut dikenal pasti sebagai salah satu punca pendapatan penduduk. Tujuh peratus daripada jumlah penduduk di Bagan Serai menjadi pengusaha atau peniaga. Pelbagai kegiatan dijalankan seperti berniaga di pasar-pasar, mengusahakan projek makanan ringan, menjual bantal kekabu dan sebagainya. Taraf hidup bagi penduduk di Bagan Serai boleh dikatakan di tahap sederhana namun mereka tetap menjalani kehidupan dengan aman.


Pelbagai kemudahan hidup disediakan oleh pihak pentadbir buat penduduk Bagan Serai ini. Antaranya gelanggang badminton, sebuah gymanium, masjid, surau, pusat kesihatan, stesyan bas dan teksi, stesyen kereta api serta pengawalan keselamatan oleh pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Komen