Ahad, 24 Jun 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Anjing liar ganggu penduduk – Perak Today

Posted: 19 Jun 2012 05:08 AM PDT

Susulan tragedi seorang warga emas maut diserang seekor anjing pitbull ketika berjogging kira-kira sebulan lalu, penduduk dari beberapa kawasan perumahan di Ipoh hari ini melahirkan merasa bimbang mereka terhadap kehadiran anjing liar di kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk kawasan perumahan di Bercham , Siti Hajar Mohd Salleh, 24, berkata kehadiran anjing tidak bertuan di kawasan perumahannya mengundang ketakutan di kalangan penduduk.

Katanya, anjing itu bukan sahaja berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut malah turut memasuki halaman rumah untuk mencari sisa makanan.

Bukan itu sahaja, malah anjing tersebut kadangkala bertindak mengejar dan mengepung individu yang sedang berjalan kaki di situ.

"Kadang kami berasa tidak selamat walapun berada berhampiran dengan kawasan rumah sendiri.

Menurut Siti Hajar, penduduk kawasan tersebut pernah cuba menghalau anjing itu keluar dari kawasan tersebut namun disebabkan bilangannya begitu banyak, kehadiran penduduk langsung tidak memberi kesan kepada haiwan berkenaan.

Penduduk mula berasa bimbang jika haiwan tersebut tidak ditangkap oleh pihak berkuasa, ia dikhuatiri mampu mencederakan penduduk di situ, katanya lagi.

"Keadaan ini tidak selamat apatah lagi ia mampu mengundang bahaya kepada kanak-kanak di sini," katanya kepada Peraktoday.com.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan  menangkap anjing-anjing ini sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada 8 Mei lalu, seorang warga emas hari ini maut akibat diserang seekor anjing jantan jenis Pitbull ketika berjoging di sekitar kawasan taman perumahannya.

Ketika kejadian 9.50 pagi itu, Yip Sun Wah, 74, berjoging bersendirian di Taman Seksyen 19/5b, Subang Jaya, dekat sini, sebelum diserang anjing berkenaan yang muncul dari tempat pembuangan sampah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat digigit pada bahagian leher dan telinga kanan selepas bergelut kira-kira dua minit.

Semasa kejadian berlaku dipercayai pemilik anjing berkenaan tidak sedar dan saya difahamkan pemilik anjing mempunyai lesen yang sah.

Sementara itu, anak mangsa Yip Hon Mun, 51, berkata sebelum ini ayahnya sering joging di kawasan perumahan itu dari pukul 9 hingga 11 pagi secara bersendirian.

"Saya berasa cukup kesal dengan kejadian ini, dan saya minta pemilik anjing berkenaan meminta maaf kepada keluarga kami atas kejadian ini kerana ia melibatkan kematian," katanya.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Eddy Wang, ketika kejadian beliau sedang menunggu rakannya di dalam kereta sebelum melihat anjing itu menyerang seorang lelaki yang sedang berjogging.

"Masa saya nampak kejadian itu saya terus keluar dan ambil payung di dalam kereta…saya pukul anjing itu tidak henti-henti tetapi anjing tersebut tetap tidak melepaskan mangsa," katanya.

Kirapu.blogspot: Mydin Mall Manjoi, Ipoh - hypermarket <b>di</b> tengah <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 10:28 PM PDT

Hari ni (22 Jun 2012) satu lagi Mydin dibuka dibuka di Ipoh iaitu di Manjoi dekat dengan pejabat tanah. Kemungkinan Mydin ni merupakan hypermarket pertama yg dibina di tengah-tengah kawasan kampung...haha. Dalamnya agak besar, dua tingkat dan ada sebuah food court bekonsepkan open space selain beberapa unit retail shop. Mydin ni rasanya lagi besar dari Giant di Bercham (yg baru dibuka beberapa bulan lepas).




note:
Dengar khabar pusat karaoke, hiburan dan bowling di Mydin Mall Meru juga akan dibuka hari ini...makin meriah lah nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan