Khamis, 7 Jun 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Pelajar Maut Dalam Nahas <b>Di Gerik</b>

Posted: 29 Mar 2012 08:20 PM PDT

IPOH – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6 Kampung Bandariang, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Trafik Perak, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi, berkata Mohamad Asnawi Ahmad, 16, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

"Nahas berlaku pada jam 9.15 malam ketika Mohamad Asnawi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bandariang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika di hubungi, hari ini.

Mohamad Roy berkata, akibat kemalangan itu, Mohamad Asnawi tercampak di atas jalan dan mengalami cedera di kepala.

Pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan