Khamis, 7 Jun 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Mee <b>Kuala Sepetang</b> | Hidup Suatu Pendakian

Posted: 04 Jun 2012 10:43 AM PDT

Ramai orang menulis tentang mee udang Kuala Sepetang, tapi aku ingin menulis tentang mee,  bukan udang dan bukan mee udang. Mee itu diproses di sebuah rumah di Kuala Sepetang oleh En. Md Yusuf setelah beliau menimba ilmu dari pengusaha yang lain. Sebenarnya, beliau telah mempelajari teknik memproses mee ini dari 5 orang "guru", dan setelah diubah-suai beberapa kali, kini dia mempunyai formula tersendiri, dan mampu menghasilkan mee yang konsisten rasanya dan mutunya. Kegigihan anak muda ini amat aku kagumi, kerana kini dia telah mengusahakan produk itu secara sepenuh masa dari rumah.

Md Yusof memindahkan mee dari periuk untuk disejukkan

Mee basah ini dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum sebagai bahan asas. Ianya diuli dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati sebelum diproses dengan menggunakan mesin "extruder" bagi menghasilkan mee. Saiz mee itu bergantung kepada saiz pemotong pada mesin tersebut. Selepas itu, mee itu direbus di dalam air panas, disejukkan sebelum dipek untuk dihantar kepada pelanggan yang telah membuat pesanan. semua operasi dilakukan dengan cermat dan aspek kebersihan sentiasa dijaga. Jika anda berminat, sila hubungi Yusuf (017-5150952) untuk membuat tempahan.

Mee yang telah sedia untuk dihantar kepada pelanggan

Pekan Matang

Apabila sampai di Kota Ngah Ibrahim, aku bertanya kepada anak remaja, "Siapa dia Ngah Ibrahim?" Dia pun terkial-kial untuk menjawab kerana kehilangan fakta, atau mungkin belum lagi mempelajari tentang sejarah Taiping di sekolah. Kota Ngah Ibrahim kini dijadikan muzium dan terletak berhampiran dengan Pekan Matang. Haha, bagaimana pula anda? Kenal siapa Ngah Ibrahim?

Ketika itu aku teringat kepada sahabat lama, Man Bass atau Abd. Rahman Harun, pemain gitar bass semasa di STAR. Dia berasal dari Matang.

Ziarah Asam Kumbang

Pagi itu, sebelum ke Kuala Sepetang, kami menziarahi perkuburan Asam Kumbang, tempat bersemadinya ibu dan bapa mertuaku – sepasang suami isteri yang sangat intim di sepanjang perkongsian hidup mereka. Ke sana ke mari mereka bersama. Setelah berkongsi hidup lebih dari 60 tahun, Al marhumah Rafiah Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir pada 20 November 2008. Hari-hari selepas itu merupakan hari suram bagi bapa mertuaku Mohamed Noor Ibrahim. Dia kelihatan tidak bersemangat lagi dan menghabiskan sisa hidup dengan banyak termenung dan sentiasa menanti waktu solat tiba. Lebih kurang  3 bulan kemudian, diapun dipanggil Allah swt. Semoga Allah swt merahmati mereka berdua dan menempatkan mereka di dalam syurga yang kekal abadi. Semasa hidup, mereka telah melayan kami dengan begitu baik sekali.

Tanah Perkuburan Assam Kumbang

Bandar Taiping

Kali pertama aku sampai di Taiping ialah pada tahun 1977, iaitu ketika perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah yang diadakan di sebuah kem berhampiran Air Terjun Bukit Larut. Bandar yang sejarahnya berkaitan dengan perlombongan bijih timah itu tidak banyak berubah. Ianya sebuah bandar kecil yang lengkap dengan pelbagai aspek dan amat sukar dijadikan tempat untuk pesara. Ia mempunyai sebuah taman tasik yang cantik di samping taman-taman lain. Ia juga mempunyai sebuah zoo yang telah beroperasi lama. Ada bukit peranginan dan tempat berkelah di sepanjang sungainya. Jika anda ingin memancing, anda boleh menyewa bot di Kuala Sepetang (untuk memancing di laut) atau ke Bukit Merah (untuk memancing tasik). Namun yang paling menarik ialah ianya kerap hujan, jadi jika bercuti, anda akan nyenyak tidur.

Pekan Taiping – Amat sesuai untuk berehat

Bukit Larut

Kali kedua aku menjejakkan kaki ke Taiping ialah ketika kami pergi mendaki  Maxwell Hill yang kini dikenali sebagai Bukit Larut. Semasa mendaki, kami menaiki land rover, dan ketika turun, kami berjalan kaki. Malangnya, ketika itu hujan lebat membasahi pakaian kami. Haha Taping dalam kenangan. Kini ianya hanya menjadi bandar singgah bagi kami dari semasa ke semasa, tidak lagi seperti dahulu di mana ianya destinasi tetap beberapa kali setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan